Sunday, January 3, 2010

Bertenang Dalam Bengang

Gula adalah sumber tenaga yang murah dan segera. Walaupun ia jelas merbahaya, tapi itulah gambaran rakyat marhaen. Tiada pilihan dan terpaksa. Susu tin pula semakin mahal. Gula dalam makanan lain seperti sayur, nasi dan buah-buahan memang tak mencukupi untuk yang memburuh dengan kerja berat. Buruh ladang, contohnya. Cuba la kalau tak percaya, kalau tak kena air manis, memang lesu. Bila lesu kena injek gula.

Kenaikan harga gula dengan alasan tak munasabah (sebab-sebab kroni yang mahu ambik untung cepat) adalah gambaran kerajaan menindas rakyat kemacar yang memang miskin dan hidup membanting tulang. Ini diikuti dengan masalah berantai yang lain. AKu pernah tulis pasal ni dulu. Adalah lebih baik naikkan harga dan cukai kereta-kereta mewah yang bersepah di jalanraya tu dari naikkan harga barangan keperluan. Atau kurangkan buat kerja bodo yang membazir. F1 dan papan tanda 1Malaysia contohnya.

KOMA

“Rumah kita ni, sekilo gula dekat sebulan lebih baru habis,” kata emak aku dengan selamba. “Kalau beras dengan susu tin naik rega, memang la bodo kerajaan tu.”

Peh, macam tu rupanya. Aku mana tau kami jarang guna gula. Tak berapa nak marah jadinya pulak!

6 comments:

Mimie.Candy Cane said...

hehehehe..mengong la aok ni..duk serumah ngan mak aok je ke? kopi aok tu mmg less sugar ke min?

Mimie.Candy Cane said...

aku pun nak cakap la..


"eh.FIRST!!"

Zamie a.k.a Az said...

Min,
Aok jangan lupa...
sebab gula badan binasa...hehehe
maksudnya...apa2 yang bersangkut dengan gula lepas ni akan naik juge...kala kopi aok kurang gula...orang lain mcmn pulok..driver bas,tokey kedai,upah noreh,upah kait sawit,dll... tanpa gula sebuah helicopter tak dapat disiapkan...mana doknye... deme tu nak kala tak kene air sirap tak jadi keje la...hehehe

Redz da Tsar said...

Haha... Aok punye rumoh buleh la.. Haha... Rumoh hok orang lain?

Bantei hok kencing manis kurang gule, pitam jugok kalo tak kena gaye...

Rahimin Idris said...

mimie,
memang la less. janji tak pahit je. tawor tak pe. rupanya mak keh banyak guna gula kabung dgn gula merah kalau buat bubur. kuih memang jarang buat. beli je.

zamie,
tu memang pasti la. sebab tu koi jarang minum dikedai. lepas ni kompeni kena sponsor dapor la kat bengkel. kuikuikui

redz,
koi sebenarnya tak puas hati sebab, takut kuoh rojak buah naik rega je. kuikuikui

mazru said...

koi pun x brp nak setuju jugek kjaan naikkan rege gule min..