Wednesday, December 9, 2009

Tak Serupa Tapi Tak Sama

Benda ni tak ada la pelik sangat. Saja aku nak buat entri. Mana tau ada kawan-kawan yang tak pernah tengok, 'kan? Tapi masa kanak-kanak dulu pelik juga. Tapi tak la pelik macam masa aku jatuh dalam lubang arnab dan mengembara ke wonderland dengan Alice dulu. Itu cerita lain. Nanti aku tulis sampai jadi novel yea? Sabar menanti.

Foto dibawah ini iaah keladi tanduk rusa. Mak aku yang tanam dalam pasu untuk hiasan depan rumah. Perhatikan betul-betul.

Keladi Tanduk Rusa


Foto yang kedua itu pun keladi bertanduk juga. Tapi entah apa namanya. Siapa tahu tolong bagitau nama sebenar dia. Jangan nak mengada-ngada nak cakap nama 'keladi hardkor' la, 'keladi atroman taro' la, atau keladi '1Malaysia' pulak. Kena palu juga kang! Ia tumbuh meliar di hutan-hutan. Aku ingat nak namakan Keladi Impala saja. Dan jual dekat ebay. Letak harga dalam USD300+ppd kot-kot ada orang oversea nak beli. Ngam tak?


Keladi Tanduk Impala (nama tak rasmi)

10 comments:

Webmaster@Echam said...

Kah.. Kah.. kah.. Keladi Tanduk Impala... hahhahah...

rahimin idris said...

echam,
goner? ok dok nama tu? ke keladi springbok?

macha_sezs said...

terbaik!

lepas tu jangna lupa bagi komisen untuk ahli PungPang.

hehe~

Redz da Tsar said...

Keladi Hadhari ok jugak.. haha.. takpun keladi Tanduk Setan... Warna hitam, dah boleh guna buat pujaan Black Metal tanpa perlu korbankan kambing htam... Hehe

Abang Ben said...

tu keladi tanduk rusa tak cukup zat le...

FarhanaLicious said...

Impala. tak sedap. Impak maksima orait jugak.

Fadh said...

letok jer nama keladi tanduk mazru hahahaha

rahimin idris said...

Macha,
Ini keladi aku yg punya, komisen kapal selam aku yg punya!

Redz,
Boleh. Tapi kena tanya MAZA dulu. Berani?

Abang Ben,
Aku ingat nak suntik botox je keladi ni. Ok tak?

Farhana,
O, peminat awal ashari yang selalu lewat tu ya?

Fadh,
Keladi birah Mazru? haha

Redz da Tsar said...

Tanye MAZA mampus la nak dapat.. hehe... Tanye PakLah dapat la kot keladi Hadhari... Keladi tanduk setan tue ko takyah tanye sape-sape... Buat je

Suka Bebel said...

kalau keladi yang buat sayur tu aku kenal la.buah dia pun sedap.tapi nama dia pun aku tak tau, tau makan je.tapi gambo yg ko letak memang sah bukan keladi bunting sebab tak nampak perut dia.haha