Monday, December 7, 2009

Menangani Pokok Misteri Berpuaka

Petang semalam aku dah siap-siap asah aku punya chainsaw. Tuang minyak hitam. Tuang petrol campur 2T. Cuci spark plug. Langir limau lipis tak buat la. Baik buat langir kepala aku sendiri. Tujuannya senang nak guna bila-bila masa. Dah lama juga aku tak menggunakannya untuk menumbangkan balak. Risau juga. Nanti hilang pulak otot-otot Rambo aku.

Trut! Trut!

Trur! Trut!

Tiba-tia henpon aku berbunyi. Lamunan aku terhenti. Memang tak boleh tengok orang senang sikit manusia ni. Angan-angan menjadi model iklan chainsaw dengan badan berotot macam Sylvester Stalone punah ranah dan jadi tak mengikut skrip asal.

“Hello, ngapenya weh?” aku menanya terus. Malas nak bersalam-salam dah. Mulut tengah mengunyah kuih cekodok panas.

“Di senang dok weh? Ada pokok misteri la. Keh, tebang tak tumbang-tumbang!” kawan aku bagi cerita tak sedap pagi-pagi lagi dah. Kalau cakap nak sedekah Isuzu Trooper ke aku boleh la berkira juga. Tolong ganti puasa dia sebulan pun aku sanggup.

“Nanti la keh datang!” aku membentak dengan berlagaknya.

Orang Pula Tawar, Jerantut; bab berborak ni memang first prize. Kena pulak benda-benda tahyul. Pungkor ya amat. Pokok tebang putus tak tumbang la. Langsuir jubur berapi la. Hantu guni la. Sampai ke arwah Tok Mat Kilau yang dah lama meninggal itu pun ada juga yang buat cerita nampak arwah tu hidup lagi. Kalau M Daud Kilau tu memang aku percaya, ada la juga aku nampak tergelek-gelek menyanyi dalam TV.

***
“Mana pokoknya?” tanya aku dengan tak sabar-sabar nak membalak.

“Te ha. Doh buat muka, balas belakang, tak tumbang-tumbang juga. Berpuaka gamoknya. Misteri weh!" Kawan aku tu tunjuk-tunjuk pakai muncung. Tangan pegang botol air. Jenis tak bersivik sangat dah budak sesari ni.

Inilah rupa pokok misteri yang dikatakan tebang tak tumbang itu. Tak purba langsung.

Aku memandang pokok yang dikatakan misteri itu sambil menggeleng-gelengkan kepala. Inilah pengaruh TV. Orang putih, orang Korea, orang India buat filem hantu, demeh nak ikut juga. Orang lepas ke angkasa, demeh menumpang roket orang je. Orang buat loji nuclear sendiri, demeh jual tanah ke Singapore.

“Di duduk tepi sikit. Bior keh mengerjakannya!” aku memberi amaran awal.

Aku pun dengan ganasnya menghayun chainsaw. Biasanya jarang sangat aku buat-buat muka pada pokok ni. Aku potong saja separuh sambil aku sendiri buat-buat muka Undertaker dan membelasah. Untuk menjimatkan petrol dan mata chainsaw, aku terajang dengan kaki.



Hiyarghhh. Aku membuat tendangan tanpa bayang menggunakan kasut Puah Chu Kang.

Aku meletakkan chainsaw di pangkal pokok sebagai tanda berbakatnya seorang pejuang alaf baru yang menjanjikan.

Amacam?

Glosari:

Di = awak.

Demeh=mereka, diorang.

Pungkor = borak suka-suka yang 'menipu' tapi bukan menipu macam orang jahat tu, kita tau dia menipu, saja suka dengar.

Te = tu, itu.

Sesari = sehari-hari, zaman ni.

Buat muka = membuat takah dahulu, bentuk V di bahagian pokok yang akan tumbang, kemudian barulah di potong 45 darjah condong di bahagian belakang (prosedur penting untuk menebang pokok).

Ada faham? Tak faham lantok la!

17 comments:

Redz da Tsar said...

ngape gaye besor benor pokoknye? Padehal bile gambor hok menebang kecik mat...

aok gune efek kamera ke Min? hehe...

Aok pon suke sembang lebat juge ye? Pungkor kuat deme nie

hehe

Mimie.Candy Cane said...

aok nampok gagoh sungguh berkasut pua chu kang n berchainsaw..

bayan said...

Hahahha....entah hapa-hapa. Nak cakap aok gagah la tu?

macha_sezs said...

hahaha~
apsal mula mula tu nampak pokok tu besar kemahen?

lepas tu nampak kecik pulak disisi kaut phua chu kang.

ni gua nak salahkan angle kamera ke nak salahkan orang yang ambil gambar?

Fadh said...

min, dzul xterasa ke aok kabor gitu?

Webmaster@Echam said...

Huhhhh.. koi bayangkan aok RAMBO....

Pengembara silam, said...

caye..caye..keh caye aok memang gagoh pekasa..he he

jo said...

ah...cerita dia, dia yang paling pahlawan sekali..pokok nak tunjuk yang paling misteri sekali..cheh!

tapi aku ingat pungkor tu macam pungkok (org utara punya loghat).hehe...

dzul said...

aok ni memungkor jugek gayenye..kecik je pokok teh..

fadh,
xde ke pade haje* ler..aok kene paham maksud 'memungkor' tu sedalam2nye dulu..

xde ke pade haje* = takde hal langsung..

aok kene duduk area2 jerantut ni baru aok paham bahasa n org belah sini. memungkor ni lebih kurang dengar boleh..tapi kena pertimbang juga sebab bercampur dengan kebenaran..

ramai yg memungkor..ahli politik contohnya..blogger jgn cakap la..hehe

Abang Ben said...

pokok pakai spesel efek tu...

rahimin idris said...

Redz,
Pungkor ni untuk seronok2 je. Best juga. keno pulok masa2 tengok bolo piala dunia keh keh keh.

Mimie,
Kehkehkeh. Gagoh ke benda. Kalau pakai jari baru le gagoh.

Bayan,
Hahaha mengarut je ni. saja nak updated.

Macha,
Tu gambor jauh memang kecik. Bila dekat, lagi kecik. Haha

Fadh,
Mana keh tau. Dok nye. Doh orang pulau tawor memang johan memungkor nok buat goner. Hakikat hahaha.

Echam,
Memang le power Rambo te. Dok?

Pengembara Silam,
Mat nye nama aok gini gayanya weh?

Jo,
Aok jangan menghina bahasa orang pahang weh. Kang bersempudei muka keh tonyoh kang!

Dzul,
Politikus tu bukan pungkor do tu. menipu tu weh.

Abang ben krenmaut,
Pokok betul tu weh. Gambor jauh memang kecik. Cuba ukur. Ha ha ha.

alif-mikail said...

tahap editor zine urban memang cenggitu.. ahhaha

pungkor la aok! kencing lebat..

A.C POpCorn PIMP said...

pokok yang first skali tu gaya kin g of puaka..tp ble potong macam adik2 pokok je??

Rajuna said...

ah kau min.
macam selebriti felda lah aku tengok. kat kebun pun nak bawak kamera? ha ha nak jadi melayu minimalis eh? ha ha ha

Guten Tag said...

nasib baik ada juga glosariu kat bawah tuh..kalau tak naik tak reti aku nak paham skit..

bokbon said...

Langsuir jubur berapi

nak juga tengok lagu mana rupa dia, hah..ha..

rahimin idris said...

Alif,
Kencing dengan pungkor mana sama. Jangan salah terma be..

Ac,
Tu silap mata je.

Juna,
Jangan samakan aku dengan MM. dia urban. Geng dengan geng urban je. Aku kampungan. Keh3.

GT,
Faham? Bagus…

Bokbon,
Hehe mana ada langsuir jubur berapi hehe