Friday, December 4, 2009

Sumpah di Bumi Menghujan..

Dengar cerita tahun depan susah sikit nak beli bahan bakar. Kena tunjuk MyKad. Tunjuk MyKad jadi 20sen seliter ke? Nak naikkan harga bahan bakar la tu. Bukan ada kerja lain kerajaan ni. Nak buat duit je.

Jadi hujan-hujan lebat ni memang aku dah rancang aktiviti yang seronok. Isi masa lapang. Sambil main hujan, melabur sikit-sikit. Supaya bila petrol naik harga, tak la terasa sangat. Kerajaan ni bukan boleh harap sangat. Sembang je lebih cakap negara makmur la, berak keluar emas la, bersatu taik la. Tapi serupa palat. Ada subsidi nak potong. Tak kompetitif dia kata. Wa hal subsidi tu fungsinya nak menyeimbangkan harga kala-kala tak stabil.

Sekarang masa-masa ekonomi teruk ni, guna subsidi memang penting. Lagi pun itu harta rakyat, bukan harta bapak kau. Kau buat rumah besar-besar, naik kereta mewah, projek untuk anak bini billion billion. Tapi apa yang ada untuk rakyat, itu juga nak cekik? Subsidi tu memang hak rakyat.

Sudah la. Nak menulis pun naik malas dah. Hujan-hujan ni aku nak pergi main drift 4x4. Aku bukan setakat main-main je. Sampai lokasi rahsia tu aku tanam la sawit. Hujan ni mudah hidup subur. Tak banyak. Dalam 200 lebih pokok gitu. Nanti lama-lama, aku tambah la jadi sampai 2 3 juta pokok. Cukuplah untuk aku beli Eurocopter 5000 bijik bila minyak naik harga nanti. Buat sewa. Tapi tak nak sewa ke kerajaan Malaysia. Bukan ada duit. Sembang saja lebih.

Ya. Sudah-sudah la Malaysia!




Jangan tanya apa sumbanganmu kepada kerajaan, tanyalah apa sumbangan kerajaan kepadamu -- Mat Lengkung (peneroka tanah haram), 2009.

19 comments:

jo said...

best jugak kalau berak keluar emas. hari-hari gua makan julap pun x pe...

Rahimin Idris said...

jo,
hampas lu. benda2 merepek, cepat je komen!

hanie said...

ntahnya..harga emas mahal ape..
hahahaha~

pehh..nk beli bahan bakar tunjuk ic..mcm la buy 1 free full tank 5 kali..

Hanisham Ab Halim said...

Kata-kata mat lengkung tu yang buat aku tabik spring...

FarhanaLicious said...

semalam pegi tanya harga emas. gila mahal. Kalau berak keluar emas, basuh cuci cuci. buleh buat gelang emas, pakai sampai lengan.

dzul said...

siap ada parang terpacak sebelah sawit..haha..

ko pakai benih beli mana ni.? kecik lg gaya nye nih. ko tanam sendri ke.

x bleh bla kerajaan skang. tak macam zaman tun razak dlu. mak aku kata zaman tu tun razak mmg berjuang utk rakyat. tp orang kata, org baik2 hayatnya pendek. beliau mati muda.

kalau keliru dengan berita pelik2 yg macam nak cuba kelirukan pemikiran kita..bawak2 bertenang n cuba baca tukar tiub.
**
projek membodohkan org melayu bukan setakat mengatakan 'diebetes adalah punca harga gula perlu dinaikkan.'

Guten Tag said...

hahaha, aku sudah bila soalan disoalkan kembali, apa sumbangan kerajaan terhadap anda..heheh

Redz da Tsar said...

Terpaksa di'delete' memandankan aku ada kontrak dengan kerajaan.. hehe

Redz da Tsar said...
This comment has been removed by the author.
Rahimin Idris said...

hanie,
gila dah kerajaan ni. ingat nak naik beskal letrik je la.

webmaster,
mat lengkung tu kawan aku. gila sikit dia tu.

Farhana,
Geli la pulak nak makan nasi. Teringat. Haha

Dzul,
Ni benih research la. aku beli bijik. Berapa bulan tah tak ingat. Ngam dah ni tanam musim ujan. Sehari sepuluh pokok. Tanam dengan adik aku. Cukup la buat main-main 3 lebih ekar ni. Nanti cari modal sikit, cuba masuk belah Mentakab pulak.

Tukar tiub tu, baca boleh la. jangan percaya semua dah la. bonsai minda kau nanti. Mana baik ikut la. tak baik buang. Dah setahun baca kadang2 menyampah juga asyik kah kah kah je. Sama la apa kerajaan buat. Baik ikut. Tak baik lawan la. bukan ada siapa pun nak tolong kita ni. selain diri sendiri.

Donat,
Apa yg kerajaan sumbangkan? Tak banyak kan? Kitalah penyumbang sebenarnya.

Redz,
Apa la nak takut. Biar je la nak cakap apa.

biskutrajin said...

hhooho....tanam byk2..

dzul said...

research punya ok le..aku pn ada guna research buat sulam dulu. tp pokok dh sethn. kalau kecik mcm ko tanam ni molek la tanam masa hujan.

org kata cari benih belah2 muazzam shah,segamat,pesen buah banyak n berat. dorg tanam benih style nursery. org kg aku yang kabo..

molek sgt buat ladang skang..sok2 kutip hasil je.

ko dpt tanah area mana..? beli ke tol..

pasal tukar tiub..kah kah, sbb 2 aku baca komen2 kt n3 dia..n3 dia lebih berfungsi utk provok..

Mimie.Candy Cane said...

sy skolah kerajaan.


hahahaha...lariiikkkkkkk...!

Admin.PBB said...

hoh. kutuk kerajaan nih. Orang Bukit Aman dah ketuk pintu umah lu?


heh. get ready la.

Rahimin Idris said...

dzul,
ini tanah patut buat padang ragut ni. tapi saja buat kebun sikit. standy utk tanam semula nanti ni

hurm. tukar tiub tu yg buat filem 'dari jemapoh ke mancestee' yang aku cerita dulu tu la. dari dulu2 dah aku baca tulisan dia. masa sekolah lagi. tapi yg kat blog dia tu boring la pulak. tak provok sangat pun. biasa je. sama je lebih kurang dengan utusan malaysia/berita harian/harakah. lebih ke sebelah pihak je. dia kata no partisan, tapi tak pernah pulak kritik PR. aku nak juga tau kelemahan PR ni. politik kan bullshit.


mimie,
alah, kerajaan kan kita punya juga. patut free je.

hanie said...

dari jemapoh ke manchester tu faveret movie aku weh..

hahahah~

terrarosa said...

keciwa.... keh ingatkan anak pokok durian !

Hashim Zabidi said...

tanam sawit jangan satu
sekadar sarang burung tempua
jangan disulam pokok kabung
baguslah kalau begitu
ada azam dan cita-cita
jangan sampai disebut dikata
bagai ayam telur sebiji riuhnya sekampung.

Don Balon said...

Bravo min.. sasaran 30 ekar..
getoh jangan lupa weh..
letok jugek kurang2 5 ekar..
karang research koi jalan ,getoh Insya-Allah naik harga.. :)