Saturday, December 5, 2009

Selamat Tinggal Sajak-sajak Sedih, Sudah Lama Saya Tak Rasa Benar-benar Besemangat!

PENEROKAAN ABAD DUA PULUH

Penerokaan abad dua puluh
Bukan ke bulan menjelajahi angkasa
Tapi petani-petani tercinta tanahair kami
Dengan berani mengambil miliknya sendiri.

Atas nama kemanusiaan dan rakyat tertindas
Pondok-pondok dibangunkan hutan direbahkan
Tanpa pidato dan guntingan pita.

(Mereka pernah menyaksikan kemuliaan hati
Penyerahan pulau yang bukan milik pemberi dan penerima
Di bawah kibaran megah panji-panji merdeka)

Tajam-tajam tangan dari undang-undang
Memusnahkan pondok dan menangkapi mereka
Petani abad dua puluh yang berani meneroka.

Allahyarham SN Usaman Awang
1967


Alam Memilih Hanya Yang Terkuat -- Azman Hussin, Apa Kau Cari, 2004

9 comments:

Fadh said...

akuilah, hukum alam yang kuat menindas yang lemah masih berleluasa.

rahimin idris said...

Fadh,
Kuat ada banyak makna. Bukan pada tenaga semata-mata. Yahudi kuat sebab perancangan yang teliti yang memakan masa panjang.

bokbon said...

azaman hussin orang pasir puteh ni ke? dah lama tak menulis rasanya dia tu, asyik bertukar kete sport je. dah senang lenang..

rahimin idris said...

bokbon,
ye. aku pun cadang nak berhenti menulis juga. nak asyik bertukar helikopter je. ha ha. (=D)

Hashim Zabidi said...

Temasik adalah sebahagian daripada tanah besar kita
telah bertukar bendera
bukan lagi milik kita.

Hamid Tuah pahlawan cerang
teroka tanah tanpa borang,
diakah pelanggar undang-undang?
dicap sebagaim petualang.

mazru said...

ramai yg dah berjaya cara camni..koi bile lagi?

Don Balon said...

Selamat berjaya sahabat.. :)

dzul said...

yie mmg bebaja juga..dia pakai mpob..jarang sgt juga bajanya. tanam kat platawar 4 ekar je kata dia buoh banyok n berat..

pesen rajin bebuoh benih cara tanam nursery nih..tp x silap aku perahan rendah..n risiko lain aku x tahu sbb xde kajian pokok..

molek aok pakai je la research punye..kang buatnye 10 thn pokok aook dah tumbang jenoh plak koi nak berjawab..hehe..

rahimin idris said...

Pak cik Hashim,
Hehehe kome ni runcit-runcit juga. ada juga rasa goyang ni. hehe

Mazru,
Aok duduk beloh mana? ada kaki beloh mentakab dok? Ada bedozar sedapnya.

Don,
Yeyeh!

Dzul,
Aku rasa samanya. Sebab masa sulam ladang dulu aku ada semai anak liar. Dah bebuah pun, sama macam benih research juga. umur 5 tahun, diameter sama besar dengan tayar bas. Tapi kalau ada benih baik aku try je. Tengok la kalau ada port baru nanti. Ada tempatnya, modal je tak ada. semua kebetulan je ni.