Monday, December 21, 2009

Menyiasat sebab-sebab seram sejuk

Pulang dari hutan tapak kebun tadi petang, kononnya aku mahu mengupdate blog ini. Tapi entah mengapa tiba badan berasa lain macam. Terasa seram macam di hiji-hiji hantu ada. Terasa sejuk macam macam dalam bank pun ada. Pendek kata seram sejuklah aku ini. Padahal badan panas. Sikit punya siksa.

Aku pun cepat-cepat menyucikan diri. Tapi lepas mandi sama saja. Kepala pulak menjadi pening. Aku pun ambil wuduk dan solat. Mudah-mudahan dapat pahala dan setan Malika pun menjadi takut hendak rapat seketika. Teruk betul rasa nak menghabiskan solat petang tadi dengan kepala berat macam junjung tong gas.

Siap solat aku bergegas ke kedai runcit untuk membeli Panadol Activefast. Sambil tu sempat juga sambar roti kismis sebungkus. Mahal gila roti kismis ni, 2 ringgit 4 posen. Macam laknat, sempat pulak tu aku menyumpah dalam pening-pening.

Balik rumah aku terus makan roti. Cubit sikit saja sebab rasa nak muntah. Untuk alas perut sebab nak makan ubat tu la. Kena alas perut baru ubat ada berlari, kata doctor. Makan la roti. Kalau alas dengan batu giling tak jadi rasanya. Buat lenguh perut lagi ada la.

“Pasey aok makan ubat ni?” tanya mak aku bila tengok aku telan panadol dua butir.

“Pening, seram sejuk badan. Sakit badan tebang pokok besor tadi,” aku menerangkan apa yang patut.

“Te la, main beria sangat di hutan tu, pokok besor-besor jangan usik sangat,” kata mak aku sambil mengkerutis-kerutis kismis pada roti dan memakannya sebutir-sebutir. Mak aku memang feveret dia kismis ni. Sampai licin la kismis pada roti tu nanti.

Memang la aku ada tebang pokok tinggi gila tadi. Dekat 60 kaki tinggi. Tapi diameter dia tak la besar sangat. Dalam sekaki setengah saja. Entah pokok apa aku tak tau. Boleh tahan keras kayu dia. Bergegar bahu dan lepas tumbang pokok tu aku rasa menggigil badan. Tak ada pun nampak yang tak kena dengan pokok itu. Sarang kerengga ada la. Tapi entah mengapa teruk sangat rasa badan aku.

Jadi aku pun mengambil keputusan untuk tidor selepas asar.

***
Bila bangun tadi rasa lega sikit. Aku pun bercadang hendak pergi mandi. Ketika itulah aku nampak sebiji mug yang ditutup mulutnya dengan envelop di bawah meja sudut. Aku mula tak rasa sedap hati hati bercampur tak sedap ubun-ubun.

Setelah menyiasat macam detektif Conan, rupanya itu kopi aku pagi tadi. Lepas sarapan lepas subuh aku bawak kopi dan menulis. Aku letak di situ. Ralit sangat menulis sampai lupa nak minum. Patutlah aku jadi tak bertenaga. Rupanya aku pergi buat kerja berat tanpa minum kopi susu tu. Terus aku minum kopi susu itu. Aku rasa sungguh terharu kerana berjaya minum kopi susu itu. Aku pun terasa segar dan gembira kerana sihat semula.

8 comments:

Redz da Tsar said...

Haha... Demam sebab lupe minum kopi susu ker? haha... Aku rindu susu pekat manis.. Sini semua susu pure~ Heisy

Guru said...

assalammualaikum

wah ... 'penagih' kopi la ni...

hanie said...

apsal ayat2 last jd mcm karangan bdk darjah 3?

ceh..sebab kopi pn demam...haihh

Fadh Rahman said...

perenggan akhir tue ayat gaye budok darjoh 4...macam palat hahahaah

Rahimin Idris said...

Redz,
susu pure la bagus. aok campur gula sikit. susu pekat manis tak elok.

a kl ct,
waalaikusaam,
ha'ah. penagih kopi. kalau tak dapat menggeletar usus.

hanie,
tu la aok tak tau. aok tu tau minum rebina je.

fadh,
tu ayat penutup. letih nak ngabiskan entri ni tadi. taip pun lintang pukang dah tu. hehe

Mimie.Candy Cane said...

mula2 ingatkan ko kena denggi.tibe2 demam sejuk tu..

setan malika mmg berani nak rapat ngan ko..

skali ko 'ssssssss',meraung2 malika.

jo said...

entah-entah ada 'benda' tak min. bukan sebab kopi...haaaa......

achik ezam said...

nak jugak nama malika termention ye min....ni mmg giler follower nieh..hahahahahah