Saturday, December 19, 2009

Ubat Sejuk

oHari ni hujan mula dari jam 4 pagi lagi. Sampai saat tesis ini ditulis pun hujan masih turun dan hanya berhenti sekejap-sekejap saja. Macam semalam juga. Gaya rupa macam nak pejor. Tengok status member member dj Fesbuk semua kabor hujan. Seluruh Pahang hujan gamaknya. Seluruh pantai timor pun boleh jadi. Entah-entah sampai ke Hollywood hujan juga dok?

Aku nak menanam sawit pun malas hujan-hujan ni. Udara macam udara dalam peti aiskrim dekat supermarket rasa. Lepak melayan Fesbuk, tonton kartun dan man gitar lagu Semalam di Malaysia. Ada juga dengar bunyi deejay rumah kenduri orang kahwin sayup-sayup. Berkelincor la jadi paya laman rumah orang kenduri tu. Silap-silap lepas kenduri tu boleh semai benih padi. Tak payah beli beras dah. Aku tak kena jemput sebab blok lain.

Jadinya tak tau la nak buat apa lagi. Tak kan la tiba-tiba nak pergi buat latihan matematik pulak. Karang adik aku ingat aku nak mengulang SPM pulak. Masa sekolah dulu pun malas. Sampai la pukul satu tadi aku berpakaian macam rappers 4U2C. Cuma tak ada DVD tergantung di leher. Mula-mula pakai baju T. Tak cukup hangat. Nak bertenggek atas tungku dapur gas, mak aku tengak buat gulai masam ikan tenggiri. Kang disuruhnya aku yang membuat gulai tempoyok, tak pasal-pasal jadi gulai masin pulak.

Tiba-tiba masjid azan. Nasib baik pakai speaker. Kalau tak bukan dengar buat dek hujan lebat. Ah, apa-apa hal makan dulu la. Cuaca sejuk. Makan nasik panas dengan gulai masam tempoyak. Ada ulam pusuk serai kayu. Entah siapa la bagi nama. Lain langsung dengan serai yang macam lalang tu. Siap makan minum air. Lepak dulu.
Lepak lagi. Dengan pakaian rappers.

Hati merasa berat tiba-tiba. Tapi boleh jadi. Akhirnya aku bukak pakaian rappers 4U2C. Pakai tuala. Bulatkan tekad, teguhkan hati. Kuatkan azam, wajakan perjuangan.

Pergi bilik air. Dia punya sejuk, ferrrrrrrrr

Berjaya juga aku mandi tengahari ni. Lepas mandi terus steady pakai baju pagoda. Baru aku tahu. Rupanya dengan mandi boleh menghilangkan sejuk!





(Macam setan entri yang ke 222 ni, dok? Nak buat macamana, idea dah tak ada. Ha Ha.)

10 comments:

terrarosa said...

psst...psst
semalam keh ada beli buku 'grammar' B.I , musim hujan ni macam - macam perangai keluar...

tapi perangai malas mandi masa hujan tu, memang dah ada dalam DNA kehkehkeh...

Mimie.Candy Cane said...

aku ngah imejin ko dress up gaya 4uc ni min..

hahahaha..takleh blah laaa...

♣ haNie ♣ said...

mimie..ko jgn imejin lebih2..buleh bwk ke mengigau karang..hahahaha..

deyy..nih entry "sehari bersama rahimin" ke?

hahahah

Fadh said...

popalih...patut pun bau hamis jer blog nie tadi hahahaa

FarhanaLicious said...

Sini pun hujan lebat jugak. Banyak kerete terbabas. Hati hati dijalanraya!

jo said...

ah..4U2C lah sgt..kate je la malas nak mandi...ishh....

Hashim Zabidi said...

Kenduri kawin musim ujan cantik.

pakaian baru cepat comot,
laman penuh selut,
masuk bawah kemah berebut-rebut,
makanpun kalut,
sigung sana sigung sini melalut,
baru kari, kurma, nasi minyak campur minyak wangi berjujut,
lepas makan, tak jumpa tuan rumah lalu cabut.

Apalah orang tu tak jemput. Kalau tidak, pasti cepat mandi lalu pergi makan berebut-rebut. Badanpun panas kot.

Webmaster@Echam said...

hahahha.. malas mandi rupanyer rodong ni...

rahimin idris said...

Terra,
Keh keh keh. Hujan dan tak kerja. Kalau tak keh mandi.

Mimie,
Amacam? Fiona… haha

Hanie,
Tak tau nak updated apa. Haha

Fadh,
Koi tal mandi pun wangi apa. Kui3

Farhana,
Baik mek. :)

Jo,
Gua rajin. Sejuk je haha

Pak ngah,
Haha. Tak de bajet tu kot. Sini ada 450 buah rumah. kalau satu rumah ada 5 ahli cukup la. macam pasar malam la jadinya. Hehehe.

Echam,
Hahaha jimat air weh.

Rajuna said...

aku lebih kepada nico dan kriss kross.