Wednesday, December 23, 2009

Berita Terkini Enjin Hilang

Hari semalam aku kena pergi ke Jerantut pagi-pagi buta lagi. Terpaksa temankan Zack. Dia baru beli kereta second hand. Baru gila babi belinya walaupun kereta buruk. Petang kelmarin dia dapat. Orang yang jual tu hantar senja-senja dah. Kereta buruk dah nak barai. Jenis Volkswagen, atau Zack panggil woksegen. Zack memang dah lama nak sangat pakai kereta tu.

“Woi, cepat la, kang tutup kedai spare part kang!” Zack menjerit dari depan rumah aku. Pada hal baru pukul 7.15 pagi. Jenis suka makan kasut agaknya. Kedai tukang tilik pun tak bukak lagi.

Setelah masuk kereta, kami pun gerak. Zack tersengih-sengih membayangkan entah apa. Jangan-jangan Zack imaginasi bawak Sarah Raisudin pergi funfair main baling tin dapat hadiah anak patung agaknya.

Gek, gek, gek, grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…krek krek kteh kteh kteh pis!

“Ah, sudah…” kata Zack. Aku rilek saja. Apa nak buat. Kereta buruk memang mudah meragam sikit.

Zack pun turun macam hero pomen. Aku tengok saja kelakuan Zack. Malas tunjuk handal sangat. Zack cepat-cepat ke bonet hadapan kereta woksagennya yang ada macam-macam warna itu.

“Hoh, hilang la! Siapa curi enjin kereta aku ni?!! Dah tak…”

Tak sempat habis ayat. Zack terpukang dalam longkang dengan mulut berbuih sebab muka kena 'rubber stamp' dengan kasut aku. Aku segera menalipon tow truck demi kemudahan anggota tubuh badan.

Kereta woksegen Zack tiba-tiba sahaja bermutasi jadi teksi kerajaan Nepal. Soalnya, di manakah kedudukan enjin kereta woksegen Zack itu sekarang?

13 comments:

Rahimin Idris said...

1st!

crawai said...

2nd!

crawai said...

enjin woksegen kat bonet belakang la woi!

Ahmad Belia said...

faking zack ni. nak kena hayun dengan gua...

hanie said...

deyy...enjin waksegen kat blkg laa...
aku yg pompuan ni pn tau..
p pelempang lg sekali member aok tu..

hahahahaha~

Hanisham Ab Halim said...

Huhhh.. aok bagi alamat umoh zack kat koi.. koi nok kirim selipar jepun suh dia tepuk kat dahi buat ubat....

FarhanaLicious said...

woksegen. Aku suka kereta tu. macam comel. Tapi kalau nak naik, pikir2 sampai 2 hari 1 malam juga lah.

Redz da Tsar said...

Aku rasa enjin wokswagen tue hilang macam hilangnya enjin jet TUDM baru nie... hehe...

p/s: Walaupun enjinnya di belakang, tapi tetap ku saspek hilang... Geraknya kete tue sebab ade penungu... hahaha

bokbon said...

najib najib..

eh...

zack zack..

Hashim Zabidi said...

Menceceh! menceceh! mencececeh, menceceh, menceceeeeh....
Aruah P Ramlee dah bagi tau dah bak hilang engine nie.

Fadh Rahman said...

palat laa...sendiri tulis sendiri komen '1st'...

najib...najib eh razak...razak...eh altantuya...altantuya eh silap sokmo more nie ngape...zack..zack...org suh belajo aok gie ngail...hahaha

jo said...

boleh berkenalan dengan zack?
aku teringin la nak naik woksegen dia.

Relevan said...

Enjin ada kat kedai potong Hup Chok..