Monday, December 14, 2009

Kenang-kenangan dengan Institusi Bomoh

Antara kisah bomoh yang paling rare pernah menggemparkan Malaysia ialah kisah arwah Mona Fandey. Aku kira semua orang tahu dan aku tak mahu membukanya kembali.

Semalam aku menonton sebuah dokumentari di TV1. Bomoh cari hantu. Pelik juga aku tentang bomoh cari hantu pulak yang di highlight kan. Aku tengok saja la.

Dukun, pawang dan bomoh perkataannya seakan membawa maksud yang hampir sama. Tetapi bomolah yangs sering disebut-sebut. Memang aneh cara bomoh mengubat. Main baca-baca saja. Peralatan yang digunakannya juga simple ila. Telur, kunyit, sirih, air sejuk, limau nipis dan benda-benda biasa yang ada di keliling rumah di kampung-kampung.

Entah kebetulan entah apa. Aku lebih banyak mendapatkan khidmat bomoh apabila sakit berbanding perubatan moden. Mungkin disebabkan aku dibesarkan di dalam keluarga miskin dan cara hidup kampong agaknya. Waktu itu jangan kata ada kereta, motor pun tak ada. Arwah ayah cuma ada basikal saja. Bas tak silap aku ada pagi, tengahari dan petang saja.

Tetapi kebanyakan bomoh yang menolong aku tu bukanlah bomoh pun. Tak ada siapa pun panggil mereka bomoh. Malah tak ada pun masuk dalam suratkhabar atau majalah mastika pun. Masuk astro pun tak ada. Mereka jiran-jiran yang aku biasa temui saja.

Aku tak ingatlah masa kecik-kecik. Tapi yang aku ingat mula-mula tentang berjampi ni masa aku mula-mula masuk sekolah rendah. Aku sakit gigi. Tak boleh makan dan tidur. Dan malam itu arwah ayah membawa seorang kawannya yang bernama Pak Cik Yusof. Aku pun kenal beliau. Pak Cik Yusof minta dari ayah tukul dan sebatang paku. Masa tu aku dah takut. Aku ingat gigi aku yang akan dipaku. Rupanya dipaku ke tiang. Dan pengerasnya cuma syiling 1sen tiga keping. Mana nak cari syiling 1sen sekarang?

Kemudian masa masih sekolah rendah juga. Aku balik berkemah pengakap. Aku tengok mak baring saja. Tiga hari aku tak jumpa mak. Balik-balik mak jatuh sakit. Aku pun tak faham mak sakit apa. Tapi setelah sebelah petang tu didatangi arwah Wan Mahaya, baru aku tahu. Mak rupanya kena kanser perut. Masa tu aku tak tahu apa tu kanser. Yang aku tahu kanser tu boleh membawa maut macam dalam filem ‘Esok Untuk Siapa’ buatan Jins Samsudin tu. Bila Wan Mahaya tu cakap mata kanser tu masih baru dan masih boleh dimusnahkan, kami pun legalah sikit. Tapi arwah Wan Mahaya cakap, beliau tak boleh ubatkan. Jadi kami risau semula. Emak dah terlantar. Badan mak panas. Kami nak makan pun susah.

Tapi selang beberapa hari, suatu petang arwah bawak bapak kawan aku si Bogo, iaitu arwah Pak Itam Omar. Barulah aku tahu arwah Pak Itam Omar boleh menjampi. Selama tiga petang arwah Pak Itam Omar akan datang menjampi dengan hanya menggunakan telur. Aku dapat lihat sendiri ketulan darah tu dalam telur kuning. Pada hari ke tiga ketul darah tu makin kecil. Pada hari ke tujuh arwah Pak Itam Omar datang lagi. Proses sama diulang. Aku tengok darah di dalam telur itu dah tak ada. Tapi mak belum sembuh. Mak kena pantang 40 tak boleh makan makanan dalam tin, daging dan telur. Hari ke 40 arwah Pak Itam Omar datang. Telur masih digunakan dan kuningnya keihatan betul-betul bersih. Tapi yang peliknya arwah Pak Itam Omar tak nak duit satu sen pun. Tapi ayah bagi juga setelah puas dipujuk. Berapa entah aku tak tahu. Lepas tu arwah ayah buat kenduri doa selamat. Panjang umur mak aku.

Sebenarnya aku memang menghormati arwah Pak Itam Omar ni. Sekitar tahun 1997 aku selepas seminggu aku blah dari UiTM, aku dilanda demam panas yang memang luar biasa. Aku tak boleh makan dan muntah. Aku ke hospital dan kata doktor demam biasa. Aku pun mana tau. Biar saja la. Tapi tak kebah-kebah demam aku. Macam nak mati. Aku pulak kalau demam tak boleh baring. Jenis kena duduk kecuali masa tidur. Masuk hari ke 7 aku dah tak boleh baring. Tulang belakang terasa bengkok. Aku cuma duduk. Tak boleh makan langsung. Tak boleh tidur. Muka cengkung. Minum air pun muntah. Hampir dua hari aku duduk termasuk dalam tidur. Akhirnya aku bagi tahu arwah ayah dan mak, aku rasa nak mati saja. Masa itu mak dan arwah memang tak boleh cakap apa dah memandangkan aku sama seperti sepupu aku arwah Seman. Kami degil dan jarang sakit teruk. Arwah Seman meninggal dalam keadaan duduk kerana menahan sakit gara-gara barah usus. Cuma arwah Seman jenis kuat sebab boleh rahsiakan penyakit dia sampai dah nak tinggal 2 minggu hidup baru tahu. Itu pun sebab arwah tu dah tak daya sangat.

Maka akhirnya arwah ayat menjemput kembali arwah Pak Itam Omar tadi. Proses mengubat masih menggunakan kaedah yang sama. Guna telur. Tapi rupanya aku bukan kena kanser. Aku terkena kayap di bahagian dalam badan. Biasanya kayap di bahagian luar. Doctor tak dapat teka apa penyakit aku. Hampeh betul. Kata mak, kalau kayap yang melingkar dalam badan aku bercantum boleh maut. Tapi liat lagi nyawa aku.

Tapi itu antara segelintir peristiwanyalah. Di sekeliling rumah aku ni, ramai pakcik dan makcik yang boleh mengubat. Ada yang boleh ubatkan sawan, patah tulang, migraine, demam, sakit mata, sakit telinga malah kanak-kanak kena cacing sekalipun. Paling hebat mengubat orang latah pun ada (ha ha). Jampi guna pisang. Dan yang lebih penting, semuanya tak payah bayar. Bagi je la berapa nak bagi. Kalau ada pengeras pun tak sampai 10 ringgit. Sirih, kunyit, kelapa muda, limau nipis kadang-kadang percuma pulak tu. Tak adanya modal duit ribu-ribu macam dalam tv tu. Diorang ni sama je macam orang-orang kampong yang lain. Kerja guna tulang empat kerat cari makan. Bukannya buat kerja menipu.

Tapi aku sebenarnya nak kata percaya sangat tu tak juga. Aku cuma nak berjampi dengan jiran-jiran yang aku kenal saja. Kalau suruh aku pergi jumpa bomoh sampai ke Perak, Kedah atau pun Siam nun, jangan haraplah. Kena pulak yang jenis pelik-pelik dengan bertih jagung, dan segala macam lilin semua. Tak mahu aku.

Bila ada peristiwa bomoh kenakan cas ribu-ribu, tipu pulak tu, rogol orang la, bunuh la, aku terkilan juga. Dalam perubatan tradisional Cina dan India tak ada pulak aku dengar kes ni. Tak tau la kalau diorang sorok. Malah tahap perubatan tradisional/alternative orang Melayu ni jadi bahan ketawa dan lelucon pula. Apa nak buat. Bukan salah aku.

Jadi bila sesekali berjumpa dan bertegur sapa dengan jiran-jiran yang juga sahabat-sahabat arwah ayah aku ni, mendengar mereka bercerita tentang susah payah meneroka hutan Felda ni, baru aku faham. Orang lelaki kalau mahu merantau, mesti ada ilmu di dada. Bukan calang-calang hutannya dulu tempat yang sekarang jadi tanah rancangan Felda yang aku tinggal ni. Dahsyat dulu katanya. Nak makan nasik pun bukan main susah, apa lagi nak pikir pasal ubat-ubat yang hospital pulak jauh letaknya. Patutlah mereka saling tolong menolong dan tak berkira. Malah kata mereka dulu ada seorang penasihat Felda yang berasal dari Jerman dan pernah tinggal di tanah rancangan tempat aku ni pun, rasa aneh dan takjub tengok cara perubatan Melayu ni.

Bagaimanapun aku bukanlah tak cari perubatan moden langsung. Bagi aku yang berpendidikan dan terdedah luas kepada macam-macam hal dunia ini, perubatan secara moden lebih meyakinkan sebab dah ada macam-macam teknologi yang kita boleh nampak dan secara fizikal lagi. Canggih dan menakjubkan. Sepupu sepapat aku pun ada beberapa orang yang jadi doctor. Aku pun sekolah sains juga. Sebab tu masa kena kayap tu aku ke klinik dulu. Cuma aku saja nak suka pada perubatan tradisional ni. Macam aku kena migraine tak baik-baik hari tu. Puas makan ubat. Akhir sekali aku pergi jumpa Pak Azizi belakang rumah tu saja. Sampai sekarang alhamdulillah, tak sakit kepala dah bila waktu tengahari. Upah dia sebilah pisau dan seekor anak ayam saja. Jimat kan? Hehehe.

Namun hari ni semua benda ni macam dah nak pupus la. Pengamalnya pun dah tua-tua. Yang muda-muda tak minat pun nak belajar. Kalau ada pun yang jenis ilmu tangkap-tangkap hantu, nombor ekor, buat santau atau mensenyonong anak dara orang. Tu je la yang nak belajarnya. Apa nak buat. Nasib la. Zaman dah berubah.

Tapi sekarang perubatan moden pun dah jadi lebih kurang saja dengan perubatan tradisional. Dah ada doktor yang mula menipu. Jual ubat saja. Jual ubat batuk pun ada macam dekat tempat aku baru ni. Apa nak pelik. Bukankah penipu ada di mana-mana? Sedangkan nabi palsu pun ramai. Inikan pulak bomoh dan doctor palsu. Entah-entah, Perdana Menteri palsu pun ada tak? Kah Kah Kah!

10 comments:

Mimie.Candy Cane said...

tekun sungguh aku bace entry ko yang ni.suka sangat.masa aku kecik2 dulu pun jarang pegi klinik.kalo sakit gigi ke,panggil pakcik tepi umah je.

tp biasanya aku tercekik tulang ikan,panggil makcik belakang umah aku ni je..sekejap je ilang tulang tu..

bomoh skang ade yg boleh percaye ..ade jugak yang mcm haraaaammm...

Rahimin Idris said...

mimie,
hahaha panjang gila dok? saja aku tulis panjang2 bagi orang boring baca hahahaha

jo said...

aku baca tak boring pun..cuba buat 2-3 page. baru aku bulih boring. kot. selalu entri orang yang panjang ni aku malas nak layan. buku sejarah pun aku malas nak sentuh.

tapi ayat yang paling last tu tak bulih tahan la..hahaha...

Fadh Rahman said...

min, dunia berubah...tapi kadang-kala mentaliti bangsa kita tetap sama mcm dulu2.

macha_sezs said...

terbaik la entry ni!

aku tak tau kenapa aku buleh khusyuk abeskan entry panjang kau min.

ni kalau aku paste kan dalam Word dapat tak 2-3 page?

Dr. Bentara said...

bahaya bomoh ni. Boleh bawak kita jatuh syirik.

Rahimin Idris said...

jo,
nanti aku buat lebih panjang dan boring. haha

fadh,
aku rasa semua manusia sama saja. ada cara perubatan masing-masing. cuma orang lebih hightlight kepada jampi serapah, tapi tak highlight kpd penggunaan ramuan bahan-bahan semula jadi gitu.

macha,
dalam word 3 paste ni. asalnya nak bubug dalam zine. malas la pulak.

abg ben,
bomoh ni suatu istilah sebelum datang perkataan 'doktor'. kadang2 cuma guna bahan2 semula jadi je dan ayat quran. 'syirik' ni perbuatan menyekutukan Allah dan agak luas maknanya. mungkin perkataan 'ahli sihir' lebih tepat. 'riak' pun dikira syirik. percaya sembuh sebab diubat oleh doktor pun boleh jadi syirik.

Rajuna said...

aku tak setuju dengan abang ben. sebenarnya kita berusaha jugak. tapi tengok jugak cara dia. kalau berdasarkan quran apa salahnya.dulu aku kunun punk kental tak percaya apa2 pun dah macam haram aku ni dulu.

tapi lepas jiwa aku kacau meracau-racau dihambat rasa berdosa ntah apa-apa tak boleh tidur bermalam-malam. baru aku tau, sebenarnya ada yg lebih berkuasa dari diri kita. Tuhan kalau nak uji apa pun boleh dia bagi. Pergi klinik pun dia cakap kencing manis. haram. pergi klinik lain, tak ada apa pulak.


Ada tak ada, perubatan tradisional lah. paklong aku je ubatkan aku. Kasi aku mandi. doa-doa sikit. settled.

Redz da Tsar said...

Hehe..
Kalau dokter malas, maka kayap dikatakan demam...

Biase la, boring sangat hari-hari datang demam-batuk-selsema-demam-batuk-selsema...

hehe...

Aku nanti nak amik ilmu perubatan tradisional jugak... bleh?

Rahimin Idris said...

rajuna,
mandi bunga tu sebenarnya aroma terapi. itu istilah moden la. bau bunga tu sebenarnya mendatangkan kesan kepada psikoogi juga kadang2. dengan izin Allah la.

Redz,
lupa nak cakap. dr Fadzilah, anak peneroka jengka 10 yang bukak klinink dan rumah bersalin dekat bandar pusat tu boleh menjampi sawan/epilepsi. dia cakap sawan ni, jampi yang paling mujarab. itu aku tak tau la. dia yang cakap.