Tuesday, December 15, 2009

Drama Pendek: Jaka Sembung Mendidik Anak Tunggalnya

Sinopsis

Kisah seorang mekanik motor dan anaknya yang bercita-cita menjadi pemain saxophone profesional.

Watak

SAMEON Seorang remaja menunggu SPM yang bercita-cita hendak menjadi pemain saxophone tapi tak nak bei sendiri.

JAKA SEMBUNG Seorang mekanik. Bapak kepada Sameon yang sudah dua tahun menduda.

ONG TEE KEAT Pembantu di bengkel Jaka Sembung.

ARAHAN
Muzik mendayu-dayu di sampuk bunyi burung-burung kelicap menghirup madu sayup-sayup. Lokasi di sebuah dapur yang lebih kurang saja rupanya. Jaka Sembung sedang menuang air dalam botol air berbentuk buaya.


SAMEON
Bapak, lu nak ke mana tu. Tak sarapan dulu ke? (memandang Jaka Sembung sambil mengunyah cekodok)

JAKA SEMBUNG
Ke bengkel la, ke mana lagi (tanpa memandang Sameon).

SAMEON
Hari minggu sesekali rest la pak. Badan tu nak pakai lama.

JAKA SEMBUNG
Tu motor saleh buta tu, tak siap lagi overhaul? Kamu bukannya nak tolong pun. (mengetatkan penutup botol air sambil berpaling memandang Sameon kemudian mencebik).

SAMEON
Ni cekodok banyak-banyak gua masak ni, siapa nak telan ni? (buat dahi berkerut dan mata bulat).

JAKA SEMBUNG
Lu telan la. Seumur hidup, baru ni first time gua tengok lu masak, apa gila gua nak telan? Ni mesti ada apa-apa ni. Seram a gua.

SAMEON
Mesti la pak. Gua ni, tak kan lu tak kena. (ketawa kecil)

JAKA SEMBUNG
Dah agak (suara merungut). Nak apa cepat cakap. Gua nak gi operasi dah ni.

SAMEON
Nanti balik belikan saxophone seketul. Gua nak jadi pemuzik macam Kassim Selamat la. (muka tersengih-sengih)

JAKA SEMBUNG
OK la, OK la. Nanti balik gua sambar la seketul.

SAMEON
Cekodok ni sedap pak!

JAKA SEMBUNG
Blah la. Gua nak makan kat kedai janda Noni je ni karang. Nak mengorat Sally anak dia yang sekelas dengan lu tu!

SAMEON
Ptuih!! (bersembur cekodok dari mulut)

Pause.

Di bengkel. Lagu latar ialah Highway Star dendangan Deep Purple dari sebuah radio buruk. Kelihatan Jaka Sembung sedang membuka blok sebuah motor vespa. Ong Tee Keat pula sedang mengetip kuku sambil terjelir-jelir lidah).

JAKA SEMBUNG
Woi, lu buat apa tu Ong? Ular ka? (menjerit)

ONG TEE KEAT
Mana ada boss. Nak buat apa lagi? bagi la arahan…(mengangguk anggukan kepala).

(Jaka Sembung garu-garu kepala sekejap)

JAKA SEMBUNG
Hah, tu, ekzos buruk tu, lu nampak tu? (sambil menunjuk ke arah seketul ekzos buruk yang berlobang-lobang di suatu sududt bengkel) Kau otosol ekzos tu sampai berkilat.

ONG TEE KEAT
Okey, boss! (bangun dengan segera dan menabik)

Pause.

Di garaj depan rumah Jaka Sembung. Kelihatan Sameon sedang bermain-main dengan kucing hitam milik seorang jiran. Sameon merentap-rentap ekor kucing tersebut.

SAMEON
Yea, yea! (kesukaan sebaik nampak Jaka Sembung balik. Kucing hitam milik jirannya itu di campak ke atas atap) Mana saxophonenya pak? (sebaik dihampiri Jaka Sembung).

JAKA SEMBUNG
Ada dalam bonet belakang tu pergi ambik sendiri. Gua nak bersenam ni (sambil berlari setempat laju-laju). Apa nak jadi budak ni (membebel dengan suara menggumam). Aku ni pun tak sembahyang lagi ni (suara dalam hati).

SAMEON
(membuka bonet) Bapak ini bukan saxophone, ini ekzos la. Macamana nak main lagu P. Ramlee???!!! (menjerit).

JAKA SEMBUNG
Lu bersiul je la!!! (menjerit sambil membuat lompat bintang).

TAMMAT
Keluar kredit title diiringi lagu instrumental Jangan Tinggal Daku secara bersiul.

11 comments:

Redz da Tsar said...

1st... haha...Pendek ngat drama nye..tapi buleh blah la...

Nak wat Filem pendek ka?

♣ haNie ♣ said...

hahaahah..2x aku baca...
gile ong tee keat pn ada.. :P

Mimie.Candy Cane said...

kalo nak pentaskan or lakon kan drama ni ,aku nak berlakon jadi janda noni boleh?

Fadh said...

apasala aku rasa nak sumbat jer exzos tue kat dlm lubang idung ko hahaha

FarhanaLicious said...

oo. best jugak. kena banyak berimaginasi. macam best. buat yg jiwang pulak.

Don Balon said...

Waa..dah mula aok yek..
koi sibuk amat weh..
article untuk pungpang koi doh hantor tu..

Roxy Zaire Awod said...

assalamualaikum saudara... sekilas membaca skrip yang dikaryakan olehmu membuat aku ingin menulis kembali. inspirasional. tulisan itu membuat aku teringat akan zaman remaja aku sewaktu aku masih lagi aktif dalam penulisan puisi dan skrip2 teater... dan salah satu masterpeace yang pernah aku hasilkan ialah skrip teater "Puteri Gunung Ledang" yang pernah memenangi anugerah skrip terbaik DBP negeri sabah serta dipentaskan... huhuh... aku rindu dengan zaman2 itu.

teruskan menulis saudara...
good.

Webmaster@Echam said...

Hahhaha.. pendek pun ok dan jalan cite best. Kredit utk aok Min....

tasekM said...

nama pembantu bengkel tu yg paling tak bulih blah tu... he he.

paiseh said...

main alat sex ya~

Rajuna said...

ha ha ha
patut bagi buluh min
main didgeredoo