Saturday, November 7, 2009

Oh, saya sungguh bersemangat dengan apa yang sedang saya lakukan, baru sekarang dapat online!

NOVEMBER RAIN

seharian engkau menabur abu
ke wajah langit
mengurung matahari, dan burung-burung
pun kematian sayap

dengan ghairah engkau menerjah
ke bumbung rumah
meloncat dan berguling ke dahan ranting
berlarian di kulit tanah
hinggap dan menggelongsor di kaca jendela
kamarku. Mengheretku ke padang-padang
waktu kecil yang kian jauh
sesayup ingatan
setiap titisan bagai jutaan saat
yang cair dipulas perjalanan

seharian engkau datang
melagukan rindu, kasih dan sayang
memberi sebuah kehidupan
dan mengembalikan setiap kematian


p/s: Ada siapa2 nak beli hakcipta sajak ini? RM100 (standard majalah2 DBP). Oh ya, tajuk sila isi sendiri, itu tajuk lagu Gun 'n' Roses. :p

13 comments:

jo said...

tapi sekarang ni pun memang sedang bulan november yang selalu hujan dekat belah-belah selatan ni...nak bangun pagi pegi opis pun liat macam keropok lekor sejuk..

cincau and other drugs said...

wah, siap boleh jual hak cipta tuh..

semoga dapat pembeli..:)

MARSLI N.O said...

Selamat menjadi penyair.

terrarosa said...

kalu ada perkataan biskut , ikan budu , ubi kayu , kopi 3 in 1 , malas_nak_mandi atau baju_lembab_sidai_bawah_kipas
dalam sajak aok ni, hah baru keh sanggup beli....

baru sinonim dengan November kuikuikuiiii.....

Fadh Rahman said...

pejur datang lagi,
tanpa ketuk tanpa salam,
bersila ampuh di tikar hari,

pejur bertamu lagi,
meruntun hati si penoreh,
yang terkedu sakunya,

pejur bertandang lagi,
membadai hati nelayan,
yang tenggelam timbul poketnya,

pejur muncul lagi,
tersenyum sinis menatap,
airmata berjuraian di pipi,

pejur kembali lagi,
kala aku bergundah lara,
merenung esok hari yang belum pasti!

p/s: Ada sesiapa yang berminat untuk beli hakcipta sajak nie? murah jer...kira timbang kilo...RM10 jer he he he

(ada yg kena penerajang dek rahimin nie kang kuikuiku)

Mimie.Candy Cane said...

maraung2 la gun n roses bacer hasil karya ko ni .hahahah

Rahimin Idris said...

jo,
aku percaya kat ko. bab bangun pagi memang ko liat. tak kira bulan apa. liat sokmo.

sayapku,
ha'ah. nak beli. boleh juga aku bayar bil internet ni hah.

marsli n.o,
penyair? belum lagi ni bang. tinggi sangat tahapnya penyair tu. belum boleh lagi. blogger penyajak mungkin. tapi terima kasih untuk ucapan selamat tu.

terra,
nanti sambungan dia aku masukkan. siap dengan selut berselempet sekali. kalau aok tak beli siap. keh titik siku!

fadh,
kehkekeh belum pejor lagi ni. acah je ni, kuikuikui

mimie,
haaa, slash siap solo sambil bersimpuh punya la kalau buat lirik ni kih3

Melihat Kesunyataan said...

Rahimin,
Sekadar meluang waktu berziarah.

Lily Abdullah said...

Pagi itu
telapak tangan kecilku
mengetuk pintu banglo milikmu
sekadar di laman berbumbung menumpang teduh
dari tempias hujan menggila
agar unifom dan buku nota tidak kebasahan
nanti dikeji teman
disindir perli guru


kedinginan terus merusuh dalam khuatir
betapa jelas air mataku pagi itu


Engkau, orang ada-ada,
tak bisa menggantikan pilu rasa
sepotong roti berkulat, kau hulur
seraya mengherdik, nanti kucalit lumpur di lantai marmarmu

Ya Tuhan
pagi itu menjadi saksi
bagaimana kau tuangkan rahmat kasihNya
semata menjaga agar calitan lumpur
tidak bertompokan di lantai marmarmu.

1.14am
1/8/09

Min,

Ini pun nak jual juga...:)

hahaha!

Lily Abdullah said...

Dua tiga hari lagi, kalau tak laku akak delete komen ni..hehehe..

Rahimin Idris said...

sdr shapiai muhammad ramly ydh,

terima kasih sebab melawat blog saya yang tak sepertinya ini. demikianlah adanya. tak usahlah berkecil hati jika ada repekan-repekan saya tidak sesuai dan kurang bijak pula kelihatannya.

kak WL,
semoga laku. tak yah deletenya haha

mazru said...

mase koi kecik dulu ade org kampung koi yg bela burung helang..mmg hebat jugek lah orang tu,sbb spesis helang yg besor tu,bukannye helang padi..

MARSLI N.O said...

Sdr Rahimin: Tidak perlu malu dan segan. Menjadi penyair adalah pilihan. Setiap kita adalah penyair, jika mahu dan sanggup bertanggungjawab. Selamat menjadi penyair!

MARSLI N.O