Sunday, November 8, 2009

Nasional Geografi: Episod Burung Helang

Waktu itu. Aku sedang bermain-main dengan basikal jaguar milik aki di bawah rumah. Aku pun belumlah reti bawak basikal lagi. Cuma kayuh laju-laju dalam keadaan bertongkat. Pakai tangan. Lepas itu tabur debu tanah atas tayar belakang yang sedang ligat berputar. Debu berguguran macam salji. Sungguh indah. Kemudian kaut debu letak dalam tempurung comel penuh-penuh. Buat-buat macam orang siram air gula warna warni. Konon-konon sedang untuk buat ais kepal.

Tiba-tiba geng ayam wan dan aki riuh bubar serta bercempera di halaman. Mana yang ada anak-anak kecil, mengembang macam tengkuk sumpah-sumpah kena ganggu. Ada juga yang jadi pelarian ke bawah rumah mencari perlindungan. Aku pula segera tinggalkan pembuatan ais kepalku. Berlari ke laman.

O, rupa-rupanya ada helang berlegar-legar. Aku tau itu burung helang. Sebab memang kenal. Kalau burung kasawari lain sangat bentuknya. Serta-merta seleraku berubah. Aku lari-lari kecil naik ke rumah.

“Aki, burung helang boleh makan tak?” tanyaku dengan gaya budak memang masih belum sekolah.

“Eh, mestilah boleh,” jawab aki tersenyum sambil menghisap rokok ‘Signal’, sambil baca akhbar Utusan Zaman yang sekarang sudah hendak pupus sebab orang Melayu moden malas baca jawi.

“Haik, betul ke aki?” aku tak puas hati. Kalau betul aku hendak tangkap. Mahu makan. Kalau dapat banyak, boleh ternak. Komersial untuk ECER. Boleh masuk TV.

“Betul, boleh makan,” jawab aki lagi sambil memberi keyakinan seteguh tayar stemroll..

Aku segera berlari ke dapur. Cari wan pula. Wan sedang gobek sireh rupanya. Wan ada gigi. Tapi saja wan gobek. Sebab lenguh hendak kunyah lama-lama, kata wan.

“Wan, burung helang boleh makan tak?” soalku lagi sekali dengan soalan sama yang kutanyakan kepada aki.

“Eh, mestilah boleh,” jawab wan sama seperti jawaban aki. Selamba sahaja wan menjawab. Hendak kata jawaban berpakat, jauh duduknya. Tak nampak pakatan rakyat pulak.

“Aik, kenapa wan dengan mak tak pernah masak lauk burung helang pun? Betul ke burung helang boleh makan?” aku betanya lagi dengan perasaan yang amat aneh.

“La, kalau burung helang tu tak boleh makan, matilah dia, sebab tak makan!” kata wan sambil ketawa ha ha ha.

Ooo, aki dan wan buat lucu yek?







Nota Kaki:
Ditulis pada 31 Ogos 2009 yang lalu. Ingat malas nak pos dah sebab nak buat skrip filem doku pendek. Tapi sebab tak ada masa, tak buat. Amacam?

13 comments:

Fadh Rahman said...

kuikuikui...nasib baik laa yang buat lawak tue tok dan wan...klau rodong2 yang buat lawak gitu...harus lebam bijik mata bertumbuk1

Rahimin Idris said...

Fadh,
memang tu la lawok aki koi yang paling koi ingat sekali. tapi nok menyedap ke cerita, koi pusing2 la. ni bukan menipu, orang jerantut kata memungkor. kuikuikui

Hashim Zabidi said...

Kalaulah burung helang tu tak lari, ayamlah yang pendek rezeki. Mati tak makanlah deme, ha ha ha...

Lily Abdullah said...

bURUNG HELANG ?boleh makan...naifnya. Masa ni umur berapa agaknya hahaha!

ps: haa..buat ler filim pendek pulak :)

Suka Bebel said...

modal baru ni nak pekena budak budak.hehe

jo said...

kalau mcm tu..babi pun mesti la boleh makan kan min?


kau betul-betul nak makan burung helang ke kalau bulih pun?

Rahimin Idris said...

pak ngah,
haha tu la lawak orang tua dulu-dulu. bila ingat2, tersengih juga saya. tengok helang, ingat kat aki. hehe

kak WL,
mula2 nak percaya dah apa. haha

rasa nak buat skrip je dulu. tapi Hering dah ada dalam sastera malaysia kan?

suka bebel,
modal baru? lama dah tu hahaha

jo,
semua benda hidup boleh makan apa haha

Relevan said...

Lor..lawok dulu dulu..

terrarosa said...

peh aok ni memang cemerlang lah,
naik basikal belum reti dah fikir pasal ECER ...

kuikuikui...

Anonymous said...

Oh...lawak ni aki dan wan ko lah yg cipta!

Versi skrg guna binatang babi! keji betul.

tasekM said...

hahahaha... aku pulak yg tersaspen. ha ha.

lamanya aku tak datang sini min...



.

Hanisham Ab Halim said...

Pandai wan ngan aki aok buat lawok yek.. hahahhaha

Don Balon said...

Helang dan ayam..
sebab tu la ayam terkais-kais cari jarum emas yang helang bagi pinjam ke dia..
hampeh..
koi masa kecik ada jugok mengais sama mana tahu jumpa jarum emaas kuikui