Sam duduk di atas belakang seekor lembu jantan . Macam biasa. Sam merepek sorang-sorang. Jalan ke padang ragut berlubang-lubang. Makin teruk. Macamlah dia naik kereta. Pada hal dia naik lembu saja. Absorber lembu ‘kan fleksibel. Itu pun nak membebel, Sam?
Lembu-lembu Sam tekun meragut rumput sambil buat-buat tekun dengar Sam membebel. Makan rumput sama sedap dengan mendengar Sam membebel. Sedap dan lucu, kata salah seekor lembunya. Sam berjanji suatu hari nanti, jalan-jalan di Malaysia akan jadi terbagus di dunia. Dan tak ada lagi kemalangan jalanraya walaupun memandu sambil tidur.
Sebelum pulang petang itu. Sam mengira-ngira lembunya. Haik, cuma ada sembilan ekor? Tadi ada sepuluh ekor. Sam terkejut dalam hati bukan kepalang lagi. Jantungnya bergegar bagai dinding gunung berapi hendak meletus.
Kenapa tinggal sembilan ekor saja sekarang?
Satu kali kira. Dua kali kira. Berkali-kali Sam kira. Memang tinggal sembilan! Sungguh. S-E-M-B-I-L-A-N – sembilan!
Mana lagi seekor?!
Kesian Sam yang mulai runsing. Sam hampir mengangis. Bayangkan; muka Sam makan pun sudah macam orang mahu menangis. Balik nanti memang kena selipar la dahi Sam dengan apak dia. Itu hari pertama Sam diarah menjaga lembu oleh apaknya. Memang apaknya sudah ingatkan; lembu harapan mereka ada sepuluh. Sekarang bagaimana boleh tinggal sembilan?
Ada sesiapa yang boleh tolong Sam? Kenapa Sam kira lembu-lembunya sudah jadi sembilan ekor bila Sam kira?
MUAHAHAHAHA!!!

11 comments:
Aku teka!
Dia terlepas pandang lembu yang dia duduk sambil mengira.
komen pertama pun jawapan dah betul.
hahahaha.
salah la...
lembu die yg lagi sekor tu orng seludup ganti lembu mati tertimbus dalam sampah kat slangor tu..
hahhaha...
apasal laa ko bg tekaria mudah amat...x rock langsung.
sam ialah lembu yg kesepuloh...
haha... aku harap sam tak kecik hati dengan jawapan aku tu...
Ala...dia kan tengah tunggang sekor lembu..so, lembu yang kesepuluh tu, lembu yang di tunggang lah kan...dah di ade atas lembu tu, cmne die nak nampak lagi sekor...kan..kan...
seekor lembu lagi ada kat blog pipi :P
Walaupun aku tahu jawapan pada komen pertama itu sudah benar bagi aku, tetapi sebagai seorang yang kreatif, aku mahu beri jawapan yang lain..
Sam sebenarnya telah ditipu oleh bapaknya... Bapaknya menyatakan 10 ekor lembu padahal dia hanya punya 9 ekor sahaja dari awalnya...
lagi sekor lembu xdak ekor...
amacam?
kalau korang nak tahu jawab dia. tunggu isnin ni la. aku pun tengah pikir nak jawab cam ne ni hahaha
jawapannya ialah 1Malaysia..kuikui
Post a Comment