Wednesday, October 7, 2009

Sweeping Dong Ah!

Semangat orang-orang Indonesia hendak mengganyang Malaysia bukan main berkobar-kobar lagi. Gara-gara Malaysia didakwa merompak tarian Pendet yang terteleng-teleng, terhinggut-hinggut dan terkeliting-keliting itu, semangat mengganyang mereka telah pun sampai ke kemuncak. Dengan senjata paling canggih – ‘buluh runcing’ – mereka pun masuk dan menikam-nikam bumi Malaysia.

Lihatlah foto (*) di atas. Sampai ke Kuala Lipis mereka masuk. Habis bangunan mereka musnahkan sambil menghisap Gudang Garam. Penyandar kerusi mereka cabut. Tanah mereka tebuk lubang. Lepas itu boleh pula mereka buat muka ‘tak tahu’. Tapi yang paling pelik; cukup bulan, orang Malaysia bagi mereka duit upah pulak!

Bila aku tanya; tak derma untuk tabung gempa bumi di Sumatera? Nak suruh mereka balik tolong dan dapat masuk TV, jangan haraplah. Orang Malaysia pulak yang beria pergi ‘menyemart’.

Pandai sangat menjawab rupanya geng ‘buluh runcing’ ni: Nak buat apa, bang? Indonesia sudah banjir manusia. Biar saja la. Pemerintah pun tak mahu tolong. Baik beli nombor ekor saja, bang. Kalau kena lumayan!

Orang Malaysia, siapa yang bertanggungjawab buat lagu kebangsaan ni? Sila tukarlah lagu ‘Memula’ Moon itu. Lagu ‘Orang Timur’ kumpulan SYJ lagi sedap dan bersemangat apa. Ah, buat iklan pun sub dekat orang bulat-bulat. Merdeka hapakenbenda macam ini. Nak jadi bahan lawak macam geng ‘buluh runcing’ itu juga ke?
Update: Foto (*) tak dapat diupload setelah 1/2 jam berusaha. Kena sentet kot. Korang imagin la sendiri. ha ha

16 comments:

Webmaster@Echam said...

Koi setuju amat ngan aok. orang Indon kat sini pun tak kesah ngan org dia yang tertimbus kat sana. Kita plak yang sibuk nak kesana nolong diorang.....

terra said...

keh memang ambil serius hal ini (isu tarian Pendet), sebab melibatkan maruah abe - abe KRU :P

rahimin idris said...

echam,
bab menolong tu koi setuju, sebab sesama manusia kita mesti rasa belas kasihan. tapi memang betul, ada yang diorang sendiri pun tak peduli. siap cakap 'bagus, biarlah mampus!' kehkehkeh

terra,
orang malaysia memang tak ada jatidiri. tengok isu bahasa dah la :p

jo said...

apasal dialog org indonesia tu cakap macam bahasa malaysia..?x feel langsung baca!

Bean Jinai said...

malaysia ni suka mengalah, isu tu pun hasil dari putar belit akhbar singapura, MALAYSIA LEMBIK, kalau gaya HANG TUAH HANG JEBAT.

Redz da Tsar said...

Malaysia cukup baik untuk menyalurkan bantuan kepada beribu-ribu penduduk Indon yang dilanda gempa dan tsunami dulu...

Tapi sebab beberapa orang amah Indon yang didera oleh beberapa orang Malaysia, mereka dengan bangangnya ank menganyang Malaysia...

Mereka macam tak tahu yang Malaysia hantar students ke Indon, dan meningkatkan taraf hidup rakyat mereka kat sana dengan berbelanja di sana...

Mereka tak sedar betapa ramai kawan-kawan dan sahabat-sahabat mereka yang masuk ke Malaysia untuk bekerja, tak kira secara HARAM atau secara halal...

Mereka tak tahu yang beratus malah beribu pendatang Indon melakukan jenayah kat Malaysia...

Kalaulah kita rakyat Malaysia sebangang diorang, komfem semua orang Indon kena sweep balik... Kena halau terjun laut... Kena tembak bila berenang masuk ke Malaysia... Kena cap dengan sterika dan air panas...

Diorang mengambil hal temeh yang hanya 100 dalam 26 juta rakyat Malaysia lakukan...

Pasal lagu pulak, lau tue asla dari rumpun Melayu... Tidak ada salahnya... tapi kalau diorang nak jugak, bagi j ela... Macam lagu tue dapat bagi makan rakyat diorang je..

Ego je tinggi, otak tak banyak guna... Bodoh sombong.,.

p/s: Kutukan ini kepada mereka yang mahu ganyang Malaysia sahaja... Cth: bendera... Bukan untuk semua rakyat Indon

dzul said...

indon..indon..aku x marah tp aku sedih dgn perangai x bijak dan nasib malang yg menimpa dorg..

buat apa nak marah pd org yg kita sedih..

prebet sapu said...

Dari diorang dok Ganyang Malaysia, baik dorg ganyang kemiskinan kat negara dorg.. Sebab aku rasa yang dok wat havoc tu dari para2 yang disuap ongkos... ditanggung beres dong! Bikin ribut2- ngak mau pikirin dong baik buruknya...

Heheh.. tengok sinetron tadi..
Bahasa pun salah 1 sebab jugek..

Kalau Malaysia perlukan Indonesia, makanya Indonesia 'butuhkan' Malaysia!

Fadh said...

huh...!

k.e.r.i. said...

ahmad dhani nyanyi lagu madu 3 dikira merompak tak?

norazman said...

dah dibagi pertolongan...pastu nak dilanyak nya tangan yang memberi makan itu. Samalah jugak dengan puak-puak Afghan, Somalia dan bangsa-bangsa bersatu sewaktu dengannya.

Don Balon said...

Ni yang mok koi kata "BODO tak boleh diajor..."..kuikui

Rodonc koi etnik Melayu dari Sumatera masa buat master dulu dia kata dia sedih dengan perangai orang Indonesia, sekecil-kecil isu boleh melatah..
masa ICJ buat keputusan bagi Sipadan Ligitan ke Malaysio.. berapa ramai daftar diri nak ganyang melaysia..dia cakap..
kat sini.. semua cool je..
cuma koi yanc namboh..
kadang2 terlajok cool..
Nok buanc bahasa melayuu masuk dalam lubang jamban sekoloh pun kita cool je..kuikui

Rajuna said...

min,
syj hati syaitan lah min.
boleh jadi anthem perjuangan!

FarhanaLicious said...

dem. aku ingat kan laptop aku rosak ke hapa. cari foto (*) takda. ceh!!

Facet said...

min, sila cuba gina flickr mungkin berjaya. isu lama ni bangkit semula, entah. salah sendiri banging lagu poco-poco.

Suka Bebel said...

hampes! penat aku carik mana la itu gambar.hehe