Thursday, October 15, 2009

Spark Plug Masih Relevan?

Entah apa kejadah. Palam pencuci wagon aku yang nombor satu dan nombor empat selalu saja kotor. Dua bulan guna kadang-kadang mampus terus. Satu set palam pencucuh tujuh belas ringgit. Bukan boleh beli sebutir-sebutir. Taik betol kilang spare part ni. Untuk jimat, aku kutip saja palam pencucuh lama-lama – cuci saja la.

Semalam entah apa wahyu, aku sikit punya rajin melayan palam pencucuh. Korek dia punya arang. Gosok dengan kertas pasir. Naik berkilat kepala palam pencucuh itu. Kuku aku pulak yang naik hitam. Bila pulas kunci, dia punya bunyi; peh, macam suara Sylvester Stalone. Mujur menjadi. Dapatlah mengurangkan semput wagon aku. Sekaligus mengurangkan semput poket aku.

Aku pun naik bersemangat. Masuk rumah tanpa memberi salam. Capai kunci kereta adik aku pulak. Buka bonet pun dengan penuh semangat. Macam pomen pun dah ada gaya jalan sikit-sikit.

Tapi macam memerang, hampir sepuluh minit aku tercangak-cangak depan kereta adik aku dengan perasaan misteri yang keterlaluan. Cemas-cemas dah aku nak angkat enjin kereta itu untuk belek-belek.

“Aok tengok amenda tu?” tanya adik aku tiba-tiba. Muncul macam magik.

“Kereta aok ni plug dia dekat mana, hah?” tanya aku pulak. Selalu juga aku pinjam kereta adik aku. Jadi apalah salahnya aku menunjuk baik dengan sesekali mencuci palam pencucuhnya.

“Kereta tu mana pakai plug. Kereta aok tu je pakai pakai plug. Toh menda-menda aok ni,” kata adik aku memperlekeh.

“La, ye ke?” aku tertanya-tanya. Baru tahu. Aku sangat jahil bab automotif ni.

8 comments:

Redz da Tsar said...

Haha... Aku pun baru tau banyak kete dah guna elektronik... hehe... Takpe-takpe, spark plug retro sket... Baru klasik

Don Balon said...

kuikui..
tapi koi pun tak tau weh.. kuikui

Suka Bebel said...

ye ke?nape aku pon tak tau?hehe...
keta aku tu plak aku tak tau nape air selalu boleh mencelah masuk kat plug no 1. kalau ujan lebat memang sampai umah aku nak kena bukak check, kalau lupa atau malas alamatnya semput lah enjinnya dikemudian hari.hehe

Webmaster@Echam said...

Kete apa yg takde spark plug ni???

Bean Jinai said...

penggunaan spark plug lagi mudah berbanding benda eltronik yang agak rumit.

FastRi said...

maknanya ramai lagi yg tak tau ni termasuklah aku.

rahimin idris said...

korang sume,
ya robi, aku ingat aku la yang kodi sekali hahahaha

korang cuba try tanya pipiyapong. dia handal sangat bab kereta ni.
muahaha

Suka Bebel said...

kahkahakah
adakah ini bermakna kita ni dah termasuk dalam golongan orang lama?hehe