Wednesday, October 21, 2009

Hentikan kezaliman sesama makhluk kalau tak nak kena sembelih!

Tadi malam. Sedang aku melayang-layangkan pikiran. Lama sudah aku tidak menulis sajak serius-serius. Hal ini menghantui otakku sedikit sebanyak. Jadi aku ambil keputusan untuk memikir-mikir kejadian dunia yang serba aneh ini. Contohnya: mengapa kekejaman dunia tak pernah berakhir?

“Woi, Brader Man panggil. Ada gang fight dia cakap. Ada anak buah dia parah!” tiba-tiba adikku menjerit setelah menjenguk ke kamarku. Sekaligus menghalau kantuk yang mulai mampir.

Aku tersentak. Cepat-cepat ke luar kamar seraya menuju ke hadapan rumah. Brader Man siap dengan short gun dan pelurunya sekali. Di pinggangnya memang sudah tersisip parang tak terbang. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Hulunya pun kalau buat ketuk kepala hotak jantan dayus penzalim kanak-kanak atau betina-betina bangang gila kote pun bagus juga.

“Hah, boleh ikut? Bawak kereta aok?” tanya Brader Man orang Kuala Lanar, Kuala Lipis itu.

“Boleh je, tapi apahal?” tanya aku berdebar-debar. Tapi muka masih steady lagi mengantuknya.

“Hemf, tak ada menda lain la. Berebut betina la tu. Jahat sangat. Tak boleh bangun dah. Patah rusuk, perut terbelah!” kata Brader Man dengan muka bengang macam badang.

“Siapa lagi ikut?” aku tanya lagi. Nanti bawak kaki yang banyak bunyi saja hendak buat apa.

“Brader Medan. Kita bertiga cukup dah, kot,” jawab Brader Man.

“Huih, tak cukup. Kes berat ni. Panggil Ereng la. Berempat baru cukup. Dia handal sikit main pisau. Bawak kemah sekali,” aku memberi ilham pujangga. Jam sudah pukul 11.30pm. Ini kes, jam dua tiga pagi tak ‘center’* lagi kalau tak ada yang pakar.

Setelah lengkap; dengan kapak, parang, pisau dan tali, kami berempak pun gerak khas. Suasana dalam perut wagonku agak riuh dengan perancangan yang harus dilakukan bila tiba ke lokasi nanti. Macam-macam hendak dibuat. Yang aku tak boleh terima ialah idea Brader Man. Dia kata kalau ada nampak ayam hutan, suluh. Dia nak tembak. Situasi kritikal pun mahu berayam hutan? Lempang kang, terlungkup.

Tiba di lokasi kejadian. Zakiah Anas tak sampai lagi. Mangsa sudah terbaring. Tak boleh jalan lagi. Bangun saja rebah.

“Sembelih saja la,” kata Brader Medan.

Anak buah Brader Man yang tak bernama, baru umur setahun setengah itu diikat, di tekan dan disembelih. Pandai-pandai sangat nak mengurat di kawasan orang. Dah kena tanduk. Jam 1.30 ‘center’* ke alam baqa.

7.30pagi tadi. Tak sampai dua jam jual. Habis.

Glosari
*Settle (sebutan orang-orang tua dekat kampong aku, Ha Ha)



Brader Medan mencari jam tangan yang sempat diragut lembu Brader Man. Alang-alang nak sembelih tu, palor je la dulu jam buruk tu Dan.., kata Brader Man yang kohoik menyuluh.

11 comments:

Mimie.Candy Cane said...

hahaha...giler cemas masa bacer perenggan awal..aku pikir,samseng benor mat rahimin ni..last2 hampeh..

settle = centre**??

yang ni aku takleh blah,aku pun ade sorang member yg kurang bijak berbahasa inggeris,slalu guna perkataan centre utk settle.haha

hanie said...

dia punya cemas...
pehh...
hujung2..
psl lembu..

Fadh Rahman said...

ceh gempak lebih laa lu brader he he he

eiza in the house.. said...

yerk2 jerk besau kan biji mata..hampeh!!..

Redz da Tsar said...

Haha... Giler thriller citer... Macam geng kapak je nak turun gempar geng orang lain...

alif-mikail said...

ahaha.. memang tahap dewa novelis ..

Don Balon said...

perghhh..brillante!!

FastRi said...

terkena jugakla..

Suka Bebel said...

Cis! Mau zakiah anas muntah kang.hehe

Rahimin Idris said...

Mimie,
La, kalau aku cerita direct kang, boring pulak ko baca hehe

Hanie,
Padan muko kau hehe

Fadh,
Hahaha mesti la gempak mau lebih

Ieza,
Bersabarlah ieza hehe

Redz
Haha itu la. Aku ingat apa cari aku malam2.

Alif,
Hah, aku nak buat filem dah ni.

Don,
Kehkehkeh

Fazri,
Ni nama dia teknik suspen hehe

Suka bebel,
Haha itu la. Tak selera aku makan daging dua tiga hari ni.

Jorji said...

jangan diuji darah pahlawan aku kalau setakat nak citer sembelih lembu. susah nak centre nanti!

:P