Wednesday, August 26, 2009

Menetang bidaah Mat Yie di bulan Ramadan

Aku tak ingat bila masa aku kena paksa puasa betul-betul. Tapi masa darjah satu memang aku dah puasa betul-betul macam professional. Aku tak sekolah tadika. Jadi tak ada kenangan puasa masa tadika baju kotak-kotak kecik dan topi ada gambar beruang bangang itu. Itu pun antara sebab aku takut sekolah tadika dulu

Aku dulu dua sekolah masa darjah satu. Pagi sekolah agama rakyat. Petang sekolah tak agama kebangsaan. Sekolah tak cukup kelas. Pelajar zaman tu sikit punya ramai macam penghuni pusat serenti zaman sekarang. Kerajaan pulak tengah sibuk buat Proton Saga dengan jambatan Pulau Pinang.

Dua tiga hari memanglah arwah ayah aku hantar. Dua tingga minggu lepas itu jalan kakilah. Selalunya aku dengan Syed Norizlan. Sikit punya jauh jalan. Kena lalu ikut jalan tanah merah, kena lalu ikut paya, kena melompat parit dan lalu belakang rumah orang. Sempat jugalah jeling-jeling buih ikan karing dan joran orang.

Jauh tak jauh pun kena henjut juga. Puasa pun puasa la. Apa ada hal. Mak ayah aku dah cakap, kalau puasa penuh dapat baju askar celoreng-celoreng macam komando. Siap topi dan kasut ‘johnson’ atas paras buku lali lagi. Siapa tak nak? Masa tu memang tengah top. Tak sabar-sabar lagi aku nak beraya dengan pakaian askar dari satu ladang ke satu ladang getah main mercun. Sambil-sambil jalan tu sempat juga la aku buat gaya-gaya askar baling bom tangan, buat bunyi bom melayang dan meletus. Bila Syed Norizlan tanya, apahal? Aku cakap, Vic Morrow!

Sampai sekolah macam biasa panjat pagar dengan sopan untuk masuk. Sekolah bukan main kecoh macam hari penamaan calon YB. Orang toreh getah pun tak riuh macam itu. Ada yang melukis di papan hitam. Ada yang berludah tak tentu arah. Ada yang angkat-angkat tayar depan basikal BMX. Ada yang melukis gambar hantu di pokok cempedak guna pisau seposen. Yang paling dahsyat ada yang pura-pura beratib berkumpulan sambil sebut ‘Guru Yahya! Guru Yahya! Guru Yahya!” mengejek Anuar rakan sekelasku yang ayahnya bernama ‘Yahya’ itu. Situasi waktu itu langsung tak menggambarkan Ramadan al Mubarak.

“Mu puasa dok hari ni, mie?” tiba-tiba satu suara menerjah dari belakang. Pada mulanya aku sangka suara ustaz Jabatan Agama Islam Pahang. Tapi tak kan dengan budak-budak pun nak buat soal siasat pasal puasa?

“Hoh, mestilah!” jawab aku ganas. Rupanya Mat Yie yang soal. Aku dengan Mat Yie memang tak berapa ngam sebab aku lagi cerdik dari dia, tapi dia lagi banyak duit belanja sekolah dari aku.

“Mu baca niat dok?” Mat Yie tanya lagi.

“Eh, mesti la baca!” aku jawab.

“Mu tau macamana baca niat puasa?” Mat Yie tanya sambil buat muka paling eksyen.

“Mesti la tau!”

“Kalu tau cuba mu baca!” Mat Yie mencabar.

Aku pun apa lagi. Tepuk meja serentak terus buat silang panggung gaya Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi. Siap goyang-goyang kaki sambil baca niat puasa cakap arab dan melayu sekali.

“Ha ha ha, puasa mu doh batal! Sebab mu baca niat puasa. Kira mu puasa semula!” Mat Yie ketawa berdekah-dekah.

Darah aku mula menaik kerana baru tersedar bahawa Mat Yie sekadar mahu memerangkap. Namun aku berasa sikit pun tidak bersalah. Sebab dia yang menyuruh aku baca. Namun kesayuan tetap wujud bila mengenangkan seragam kadet tentera.

Tapi aku tidak berpuas hati. Saat itu juga aku mencabar Mat Yie berjumpa ustaz. Cemas dah Mat Yie nak kena lempang, mujur dia menurut perintah.

“Tak batal pun. Niat tu dalam hati. Baca tu kat mulut tu lain. Puasa je la sampai habis,” kata Ustaz Sulaiman dengan lembut sambil tersenyum. Aku menjeling Mat Yie yang sudah bermuka konyo.

Hidung aku pun kembali bersinar kembang-kembang. Terasa masa depan semakin cerah. Hari itu berjaya juga aku berpuasa sekerat hari tanpa pengetahuan Mat Yie. Tengahari itu sebelum ke sekolah, aku makan tengahari dulu. Barulah gagah sikit melangkah nak ke sekolah petang untuk menimba ilmu!

p/s: kepada komen2 tak berjawab, mintak maaf la banyak2. tak dan masa. ni pun nak offline la kejap lagi ni!

13 comments:

Fadh Rahman said...

ceh...mcm ye ye jer pose penuh...rodong koi dulu kenakan koi juge...suruh baca doa berbuka...koi pun bace laa...bantai nye kabor pose koi dh batal dan kena berbuka sbb dah bace doa berbuke...mana punya mazhab ntah...tapi koi berbuke jugok ha ha ha...

Hanisham Ab Halim said...

cheh.... tak habih rupanyer pose aritu....

dzul said...

ikut jalan pintas meredah belakang rumah orang utk ke sekolah agaknya dah jadi kebiasaan budak2 felda..
aku pn sama..bila dah dpt basikal barulah boleh lalu ikut jalan crusher run blum berpremix..

Amir Razain said...

Kenangan manis sewaktu di zaman kanak2 adalah kenangan yang paling terindah. Ada alat tak yg boleh bawa kita kembali ke zaman silam? tanya doraemon lah..
_______________________
View Profile: Rantong™

FastRi said...

kitaretsu pun mungkin blh buat alat tu.
darjah 1 dah mula pose kira ok dah tu. aku dulu darjah 4 baru start blajo pose. nasib baik dapat penuh. budak skrang lagi bagus. umur 5,6 tahun dah puasa penuh. macam upin dan ipin

Hashim Zabidi said...

Orang macam Mat Yie dewasa pun banyak,
kerja jual tahi minyak
kalau dengar sangat kita yg bengap
lebih baik senyap

hzrh said...

masa tu kau tk belajar melempang org lagi ke?
:P

jo said...

keh..keh..keh...
tertipu jugek...eleh....

semangat2 trotsky said...

boh..!! koi respek betul penulisan awok ni..!

Don Balon said...

aok awey sket min..
Koi darjah satu fulltime tok pose..
Darjah dua baru pose..
tu pun 3 hari je...kuikui

Kikuri-hime said...

Semangat macam pose penuh...

Err... hidung yg bersinar tu camne ek? Aku takleh nak imagine ni...

JHaZ KiTaRo said...

salam ramadhan dari penuntut di bumi Eire.. blog hopping.. kalau rajin, lompat2 laa ke blog hamba.. :)

man_helang said...

kah kah kah...cita ko nostalgik la bro...