Friday, August 21, 2009

Mari Buat Buku Bersama Brader Tommy - Siri (1)

'Hotmelt Glue Gun'. Amacam, nak tak buat buku macam aku tu?

Anda pernah buat buku sendiri? Kalau belum mari saya cerita. Baiklah. Kalau anda blogger, saya andaikan anda sudah boleh menulis [baca: mengarang, bukan mencatat]. Ya. Untuk buat buku mesti ada tulisan atau lukisan atau gambar. Lainlah kalau nak buat buku nota atau macam buku matematik kotak-kotak yang boleh buat main kepung-kepung bodoh masa sekolah itu. Jangan tanya macamana nak buat ikatan buku sila. Aku palu juga halkum tu karang!

Tapi sebelum itu, saya harus bagitahu dulu. Semalam saya beli ‘hot glue gun’ baru. Sebelum ini saya pinjam emak saya punya. “Hot glue gun’ emak saya itu dia buat gubah bunga dan aneka gubahan orang kawin siap lekat-lekat coklat ‘kendos’ pada polistrin jadi bentuk rumah, bot atau kukur kelapa. Kalau orang cina buat tok kong semayanglah, agaknya. Jadi, macam hendak jahanam dah saya guna reta mak itu. Saya pun belilah yang baru. Saiz besar dan harganya RM24. Tak tunggu raya, saya dah mintak ampun dengan mak, sambil puji bubur jagung taruk gula kabung Kampung Peruang mak masak sedap!

Nanti dulu. Bukan hendak berlagak. Cuma hendak bagi tahu. Ini antara benda penting untuk menjilid buku. Kalau anda buat buku yang muka suratnya hanya 10 muka, tak payah jilid dengan guna menatang ni. Guna stapler pun boleh. Kalau miskin sangat, guna nasi. Kalau nasi pun tak ada, sila mengembara jalan kaki pergi Kedah, pinjam beras.

Selalunya ‘hot gun glue’ ini murah dan boleh guna banyak ‘glue stick’ dia, kalau yang saiz besar. Hendak beli ‘cement contact adhesive’ mahal kalau nak guna banyak. Aku pun tak pernah jumpa yang harga seposen. Kena gelak agaknya kalau tanya hardware. ‘Hot gun glue’juga kuat dan mudah serta dapat melekatkan cantuman muka surat berbanding gam tepung ubi masak sendiri atau gam dalam tiub picit-picit itu. Cuma masalahnya ia cepat keras dan panas. Ala, mamak roti canai tu boleh tahan panas!

Ok, ok. Saya bukan hendak bercakap sebagai seorang jurujual. Cuma semalam. Bila saya buka kotak email, ada juga yang minta nak beli Bukan Déjà vu (BDV). Permintaan tertangguh sikit punya lama. Sebetulnya saya agak malas dua tiga minggu ini. Entah apa wahyunya saya jadi rajin kelmarin. Saya buat BDV untuk cetakan ke tiga.

Nanti dulu. Tolonglah jangan kagum. Malu saya. Setiap cetakan hanya 15 naskah [kah kah kah]! Ok. Saya buat 15 naskah ini, dan 7 naskah harus mahu pos kepada pemesan seberapa segera. Cuma kepada anda; yang kalau menerima buku yang kurang kuat gamnya, saya minta maaf. Ini kerana pistol gam yang lama itu rosak dan sukar untuk digunakan. Maka itu saya beli yang baru. Untuk saya lerai dan jilid kembali sebahagian dari buku itu tentulah mustahil dan merugikan. Oleh itu jika ia tidak tahan lama, harap maaf dan tolong gam sendiri. Jangan marah, Ok? Kalau bengang juga, buku itu boleh dikembalikan. Tapi duit aku tak bagi balik la. Aku nak kumpul beli laser jet printer ha ha ha.

Dan entah apa wahyu sebagai bekas pelajar art and design yang gagal, saya juga telah membuat rekabentuk baru untuk kulit buku bagi cetakan yang ketiga ini. Dan kerja menjilid buku saya juga semakin sempurna [ ada juga yang cacat sikit, saya bukan tuhan ]. ‘Practice make perfect’. Kata nenek Beckham.

Faham tak untuk permulaan ni? Pasal ‘Hot glue gun’ atau dalam bahasa Melayu ‘pistol gam panas’. Kalau tak faham juga entahlah. Baik pergi depan cermin, tikam hidung sendiri dengan senduk sendiri sampai cerdik!

Baiklah, bak kata lagu Arwah Sudir: Cukuplah sampai di sini, lain kali cerita lagi, moga-moga panjang umur, kita berjumpaaaa…

Babai dan selamat menjalani ibadah puasa dari brader Tommy!

11 comments:

Don Balon said...

Yaaa..
The Return of King Of Indie!!
(((Kulit hampir ditempah..over)))
(((Pistol akan bekerja keras..over)))
(((Hantar PDF segera kepada Jon Doe..over)))

rahimin idris said...

don,
king, king juga. bulan2 puasa ni king akan pergi memondok ke patani rasanyanya..

Dzulkarnain Mohamad said...

kes ingat aok pakai apa..rupanya pistol gam panas..pertama kali dengar. selamat posa

Water Lily said...

Selamat berpuasa Min.

Sya nak buku De javu.Nanti saya email.

Pipiyapong said...

Hah bila nak bukak kelas tuisyen buat buku ni? Yuran kautim laa sikit.

rahimin idris said...

dzul,
mana sajak 'ramadan menjemput lagi' tu? kasi upload sikit. sebab ada benedict, jadi tak relevan dok? hahaha

kak liliy,
email la. kasi habis stock paper last harga murah. hehe

pipi,
keh kasi free je info kat blog keh. aok jangan salah guna buat majalah porno pulak!

Don Balon said...

Aok kala nok gi royak ke koi..
koi ada worih-waroh boleh tunggu aok di imigresen beloh golok tu..
jangan main redoh je min..
deme boleh ejas la nok naik mende sampei ke patani tu..jauh ya amat lagi tu..

terrarosa said...

keh dah terer guna pistol tu
cerita lah lagi ,

kalu aok lambat sambung keh cabut BDV satu - satu pastu cantum balik

hik3

Fadh said...

salam ramadhan nul karim

Rajuna said...

power min.
ini baru punk.

biskutrajin said...

gam picit2 yg rege nye 2 posen tuh...bau die...perghhh