Friday, July 3, 2009

Cerita Ceriti

BUKAN DEJA VU!

“Dari tadi membawa ke malam termenungnya. Apahal kau ni, Jamali?”

“Entahlah. Aku pikir aku ni dah terkena penyakit la sekarang, Kahar.”

“Hah, serius tu. Sakit apa yang dah menimpa kau?” dengan wajah serius Kahar bertanya tanpa prihatin kepada rakan serumahnya itu.

“Aku rasa aku dah kena penyakit Deja Vu la,” Kahar memberitahu dengan wajah menunduk

“Hah, penyakit Deja Vu? Deja Vu tu penyakit ke? Macamana rasa penyakit Deja Vu kau tu?” Jamali pula menanya Kahar bertalu-talu sambil menggaru-garu kepala.

“Itu la. Dah lapan kali aku ulang ambil ujian memandu untuk lesen motosikal aku ni. Tapi dah lapan kali, balik-balik aku gagal ujian titi. Ulang-ulang aku gagal bab titi. Tempat yang sama juga. Aku rasa itu penyakit Deja Vu kot?” ujar Kahar dengan jujur.

“Kepala lutut kau. Itu namanya lembab la. Bukan Deja Vu!” herdik Jamali dengan raut wajah yang amat menyampah.
***

Di petik dari Kumpulan Cerita Ceriti: Bukan Deja Vu.

22 comments:

terrarosa said...

keh baru nak mengamuk , kenapa tiada entri atau promosi untuk Bukan Deja Vu. Hah simpan je la semua buku tu. Keh tak heran dah....








keh dah ada sebijik kat rumah hik3

bokbon said...

suruh dia naik motor roda tiga la, senang sikit nak lulus heh!

eiza in the house.. said...

alahai cmner leh tak lulus2 nie..
tak baca bismillah kot..
atau terlampau gabra sgt tu..

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Aku ada sorang kawan, try laa pi jumpa dia. Mungkin ada petua. Nama dia Deja Moss.

biskutrajin said...

bikin aku gelak saja petang2 sejuk gini...

ijan said...

ah... dia gayat tu. pas ni time kat titi suruh dia bawak motor dongak ke atas. haha...

Anonymous said...

takpe....tak lepas titi yg ni, mungkin titian siratulmustakim nnt lepas kot!

Nuruddin Abu Bakar said...

Filem Dejavu lakonan Denzel Washington saya rasa sangat hebat tetapi kadang2 nampak mcm bodoh.

Tetapi taklah lembab macam Jamali cerita tu.

haha.

Redz da Tsar said...

bagaimana tempahan saya?

Fadh Rahman said...

ha ha ha koi dah bace dah cerite nie sbb koi ade buku tue...sape2 yg xde lg, pakat2 laa meraung merahang ramei2, kot2 rahimin terbuka pintu hati dia nok cetok lagi he he he

S.YanaZ said...

Saper yg berckp; Kahar or Jamali...?

Ker gua yg x fhm...

abuyusof said...

lemah dan longlai

jo said...

kang len kali lalu dekat titi tu turun je la...tolak motor...

cik fatihah said...

hahaaha!lembap

dzul said...

'membujur lalu melintang pukang' tu mmg terbaik..
budak tu berfikir macam Amerika..

l.i.f.e said...

dah ada buku?
bak satu

prima_chrome said...

cuba try balut mata dgn kain ... jgn kasi nampak, time nak lintas titi ... gerenti lulus ! wakakakakakaka !!!

Jorji said...

dia angkat tangan sebelah agaknya? (tanda berhenti nak masuk simpang)

Hashim Zabidi said...

"Bukan Deja Vu" Cetakan kedua nanti, jangan lupa senaskah utk saya. Sila beritahu No.A/c Bank atau alamat surat menyurat. Boleh saja kan...

Rahimin Idris said...

terra,
doh habis. nak iklan menda. edisi kedua nanti keh iklan ye? haha

bokbon,
meniti pakai kaki je. lagi bagus.

eiza,
saje je tu. buat2 jatuh. minta simpati macam orang main bola tu.

lan,
kalau jumpa ko minta kek lapis serawak. mesti dia bagi.

Biskut,
La, lama tak nampak ko gi mana?

Sultan,
Hahahaha

Facet,
Hahaha

Redz,
Aku simpan.

Fadh,
Terima kasih. Review aok best juga.

Yanaz,
Hehehe

Abuyusof,
Yo! Hehe

Jo,
Bagus!

Fatihah,
Btol3

Dzul,
Kahkahkah kisah mi kecik! Hahahaha

Life,
Nah3

Jorji,
Titi mana angkat tangan.

Pak cik hashim yang kaya pengalaman,
Insyaalah. Sampai la nanti kalau saya buat baru. kerja main-main (bak kata p.ramlee) memang camni hehe.

Perempuan Pemimpi said...

auwwww segan kat ko. selalu jenguk eh..heheheh..ok ok

fievelski said...

nak jugak..kalo ada edisi kedua bisa sampaikan ke email x? fievelski@gmail.coom.
trimas!