Saturday, July 11, 2009

Kemalangan Paling Cantik Di Kampung Saya

Kami cadang nak main konda kondi petang itu. Musim permainan lain semua dah tamat masa itu. Main konda kondi senang saja. Modal pun tak banyak.Tak payah pinjam ah long. Bank Negara lagi la kami tak pandang. Ada kayu sehasta sebatang, dan sejengkal sebatang sudah boleh main walaupun tak ada karan.

Tiba-tiba..

“Woi, ada lori terbalik jatuh dalam paya dekat korner depan tu. Jom cepat kita tengok. Baru lagi!” tiba-tiba kawan aku jerit macam ribut.

Apa lagu, kami pun pecut laju-laju. Mana tahu kalau-kalau bantuan kami diperlukan. Apa guna kami jadi pengakap dan dapat lencana keris emas.

Di tempat kejadian sudah ramai kerumun mangsa. Lori ubat gigi rumahnya. Mujur tak ada kemalangan jiwa. Pemandunya luka di kepala agak teruk. Kelindannya patah tangan.

Ramai yang memberi pertolongan. Orang kampong memang suka tolong menolong. Kami pun tolong kutip barang-barang yang bertaburan. Buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat.

Selepas menolong seba sedikit kami berasa puas yang amat sangat. Setahun lebih juga kami tak membeli ubat gigi.

16 comments:

bayan said...

Hohoho...teringat pula kemalangan lori babi di kampung kawan saya. seumur hidup kami tak makan babi. Ngeh ngeh ngeh....

FastRi said...

tolong kutip bawa balik eh

Webmaster said...

Hok olohhh... Aok tak jual ke pekan ke wehhhh...

@tune® said...

ceh..
baik hati la tuh

Redz da Tsar said...

Huih...
Kesian lori tue...
Tapi bab ubat gigi setahun tue aku sokong...
Tak elok membazir, kan?

Hashim Zabidi said...

Off topic.

"Bukan Deja Vu" Citakkan kedua nanti, jangan lupa satu naskah untuk saya ok! harap beri No.A/c Bank atau alamat surat menyurat, utk hubungan...

biskutrajin said...

weh..aku rse ada org plagiat entree ko yg KEMALANGAN PALING CANTIK DI KAMPUNG SAYA ni ar..ni link dia..tetibe mamat neh msuk page aku .cek it out..
http://kotakoren.blogspot.com/2009/07/kemalangan-terindah-di-halaman-kampung.html

FarhanaLicious said...

hahah. mesti putih gigi ko kan.

jo said...

tolong jualkan sekali ke?

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

kalau ada lori TV plasma, atau lori kontena telefon nokia, ajak aku sekali min. Sanggup aku ke sana. Kat sini, lori jarang plak terbalik.

abuyusof said...

ubat gigi..
diberi ke dicuri..

Fadh said...

dulu penah lori limau terbalik kat kg koi, jenuh kome makan limau...siap main perang2 lagi dengan buah limau.

eiza in the house.. said...

hehehe...tolong pungut ekk..pastu bwk balik..adeiii lawak..

rahimin idris said...

bayan,
ah. budak ni. kena kang!

fazri,
dah bersepah. mencemarkan paya. Amik je. hehe

webmaster,
sape ke nak membelinya weh?

tune,
memang la. hehe

Redz,
Lori tu terpaksa dibawa jampi.

Pak Hashim,
Baik pak cik. Saya usahakan.

Biskut,
Hahaha dah check. Biarlah dia. Dia pun dah janji nak bayar aku rm2 juta. Kita kongsi yek? Haha

Farhana,
Hahahaha tak boleh blah ar ko ni!

Jo,
Kalau aku ada kedai runcit masa tu, boleh juga jual.

Lan,
Tak ada pulak. Lori ayam ada hari tu. hehe

Abuyusof,
Ditinggal je.

Fadh,
Tokey depa dah kaya. Malas nak pikir dah. Ke ada insurans menda gini?

Ieza,
Lepas tu pakai. hehe

Don Balon said...

tempat koi pun pernoh..
lori sawit terbalik..
tapi takde sapa kutip makan pun..
kuikui

lepas tu ada sekali..
lori balak terbalik..
takde sapa pun curi batang balak tu..
padehey sebatanc beribu jugek tu.. kuikui

StingRay said...

kalau yang terbalik tu lori kondom?





mesti menurun kadar kelahiran bayi kat tempat ko.ha ha ha.