DRSA #8&10
DRSA #9
CD Inikah Hidup (Hurm.. mengingatkan aku kepada Hijrah a.k.a The Pilgrims -- dan mutu rakaman memang bersih dan baik)
Jumaat lepas aku terima 2 naskah zine DRSA dari Cikgu Fazri. Wo, aku kala-kala terakhir pegang dan baca zine ialah sekitar 1996 atau 1997. Tak ingat sudah.
Budaya zine ini bukanlah benda baru. Bagi kutu-kutu/ peminat-peminat muzik bawahtanah/ punksters/ siapa-siapa sajalah yang bijaksana dalam arena bawahtanah, ini benda biasa dan sangat penting sebelum kedatangan internet dan blog terutamanya.
Sekitar 90an dahulu, membaca zine dan membawa zine ke hulu dan ke hilir adalah sesuatu yang dianggap cool. Apatah lagi jika anda ada band (walaupun tak semestinya). Aku masih ingat salah seorang kawan aku yang bernama Chaosmadeath, yang memang cool dan paling nadir (rare) dan rakannya Nazdghul Azdguath [aku tak biasa sangat mamat ni dan tak pernah bercakap pun dengan dia ni sebab aku masuk sekolah SMJP dia blah] berjaya menerbitkan zine ‘Morbid Symphony’ [aku ada hingga isu #3 sahaja] untuk scene bawahtanah wilayah Jengka yang masa tu banyak lebih ke band Grindcore [paling berjaya sudah tentulah Parasite (r.i.p awal sebab asyik keluar masuk pemusat pemulihan dadah je kerjanya). Sekarang ‘Morbid Symphony’ pun sudah berkubur dan Nazdghul Azdguath pun sudah jadi pemilik dan editor mag EMPAYAR. Ya, EMPAYAR yang sedang meningkat popular itu. Kalau jumpa di mana-mana cubalah belek.
Kalau nak cerita pasal zine ni memang banyak, tapi aku tak la berpengetahuan sangat. Nama-nama macam Borzine, Aedes, Midiskirt, Zulmat, Mintakulburuj, Evil Rotten (Singapura), Undertaker (Jerantut – milik Jud dan arwah Anchee dari band Mousoleum), dan banyak lagi la. Itu antara yang pernah aku baca dan pernah miliki [tah mana-mana Aedes #6, Midiskirt#?, Undertaker #1, Morbid Symphony #1,2&3, evil rotten #?-- puas aku cari termasuklah last rehearsel tape aku jam dengan kawan-kawan. hilang lepas roboh rumah lama akhir tahun lalu la!].
Sewaktu aku diajak oleh Chaosmadeath dan Pendi untuk melengkapkan line up band diaorang, P.I.N.E (poverty is no excuse) dulu untuk pegang bass berat lagi panjang itu, ada juga terasa nak bikin zine. Tapi tak bikin juga. Sebabnya? Tak ada mesin taip. Ya. Malas nak tulis tangan walaupun ada kutu yang tulis tangan. Tulisan tangan aku buruk gila. Jadi aku lebih suka bikin kartun dan hantar ke majalah-majalah. Itu seronok juga ‘kan?
Baiklah. Berbalik kepada DRSA. Ini antara zine yang bagus. Dihasilkan seorang pendidik yang bermutu, dan aku memang suka artikel-artikel yang agak ‘berisi’ tetapi tidak terlalu berat. Banyak tulisan begitu santai dan bersahaja. Juga interview dengan Hisham Tukar Tiub (isu #9) dan Dum Dum Tak (isu #8&10). Dan ya, ada cerita pasal freemasonry. Oleh kerana aku tak ikut DRSA ini dari isu #1, tentulah aku tak dapat tengok evolusi zine ini, tapi dapat bertahan hingga isu #10 dan bernafas di bawahtanah selama 10 tahun adalah sesuatu yang hebat. Syabbas.
Bagi yang berminat untuk dapatkan zine ini, sila tanya Cikgu Fazri di http://www.kohong.blogspot.com/ atau emel beliau di drsa@rocketmail.com. Bagi yang muslim sila cakap, “Assalamualaikum cekgooo” terlebih dahulu kalau tak mahu kena rotan hehe. Ya. Kalau anda tak cuba, anda tak akan tahu macamana seronoknya menatap zine ni. Macam kami dulu-dulu. Hidup D.I.Y.

8 comments:
ehhh aku belum beralih minat...
terbelit belit lidah aku baca nama nama mereka tu. haip!
kenapakah aku tidak dilahirkan di zaman itu? haha
Mintakulburuj! ^^
Itu saja pernah terbaca dalam list yang lu sebutkan. haha.
Zine pertama gua baca (Newsletter sebenarnya) dari penang yg ditulis allayarham Rohaizad. Aku lupa nama NL tu. Lepas tu baru berjinak2 baca Datura, Kremaut, Nathias, eh banyaklah wa lupa nama. Haih memang tak berkat nama-nama setan ni. Haha.Entri lu benar2 bawa saya ke zaman itu.
Terima kasih!
kalo design kulit buku bersaiz A4 selalunya aku cash RM350 dan ke atas...
aku xpaham langsung pasal yang ko citer bab2 zine nie...aku mmg x tau menahu langsung he he he
ni kira otai ni. kalau sempat dengan midiskirt,zulmat, aedes tu kira macam generasi pertama tu.
kuina,
hehe info je ni
farhana,
konon ganas la nama tu. kosmadi n nazrul hehe
redz,
nak buat apa? hehe
facet,
aku mintakulburuj tak pernah baca. borzine, aedes, midiskirt, morbid symphony dan undertaker je. zaman tu internet dah ada sebenarnya. kat malaysia je x heboh lagi. hehe
abg dzul,
nego tak tu? hoho
fadh,
hehe
fastri,
2nd generasi. aku sekolah lagi. tapi ziner2 tu 1st gen la kan. aku sempat tengok aru, olie, kombat tu muda2 lagi. aku dah mula dengar demo pilgrim (masa tu hijrah) tahun 90 ke 92, tak ingat betul dah. depa belum keluar dengar soul asylum record lagi.
Post a Comment