Thursday, June 4, 2009

'Money For Nothing'

Anda kenal Dire Straits? Tak kenal? Tak mengapa. Mereka bukan rasul-rasul kita. Jadi tak penting sangat. Tapi aku suka Dire Straits. Terutama bunyi-bunyi bising tapi bersih yang mereka luahkan.

Tapi Dire Straits memang satu macam bukti juga. Bahawa banyak benda yang kita capai juga kadang-kadang bukanlah sengaja sangat. Hidup kadang-kadang macam satu ‘joke’ yang akhirnya buat bikin kita fikir, “Aik, boleh jadi ini macam ka?!!!”

Niat lirik Dire Straits untuk memperli pemuzik termasuklah yang menghasilkan muzik dengan menggunakan ‘guitar distortion’. Tapi mereka juga juga masukkan bunyi ‘guitar distortion’ itu ke dalam lagu ‘Money For Nothing’. Dan ia jadi sangat hit. Macam kejayaan yang memakan diri pula.

Mungkin begitulah sesetengah dari apa yang kita buat.

Ah, entah apa jadah aku tulis ni?

Lantaklah!


15 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Pasal gambar distortion, memang aku tak puas hati. Nak plak poster pameran yang baru nak print tu. Gmbr aku yang slim kelihatan seperti mengembang!! Tapi ... 'music distortion’ kurang peka lak kawe. huhuhu...

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Keh dengan Dire Straits ni tak ngam sangat. Keh pengikut The Cure. The Cure dengan Dire Straits memang kuat kelahi.

Rahimin Idris said...

lan,
hehehe tak paham tak pe benda ni.

pipiyapong,
hehehe keh tak la diehard dire straits, tapi sound dia ori.

Anonymous said...

aku kena ulang baca 3 kali, baru paham nih.

terrarosa said...

dah 2 kali masuk ni,
okess baru bleh komen...

kejayaan yang memakan diri ??
ermm... tak pernah rasa la fulak, sebab keh percaya 'success breed success' , mesti ada sesuatu yang kita buat membawa kita kearah kejayaan itu...

eh tiba2 serius fulak,

Ah, entah apa jadah aku tulis ni?
Lantaklah!
hik3

kuIna said...

berpeluh tunggu nk dengar lagu nie... rupa2 speakr aku 'mute'..

ceh...

Anonymous said...

Maknanya, jangan kutuk2 org sgt...hehehe.

jo said...

a'ah...
entah apa jadah la yang ko tulis ni rahimin idris oiiii....

Don Balon said...

Min..
Keh paling suka Sultan of Swings..
perghhh.. lagu paling selamba dalam dunia...

oyett said...

yesss...sultan of swing memang pure

Suka Bebel said...

aku buta bab istilah muzik ni.lagu sedap aku dengar, lagu tak sedap aku pekakkan telinga.hehe

Rajuna said...

aku pernah baca ulasan yg lebih kurang sama dengan pendapat kau.
ya, kadang2 prinsip diri yang kita pegang bertahun2 lamanya akan kita redah selamba hanya mungkin oleh kerana sesuatu perkara.

seperti,
awek, tunang atau isteri contohnya.
ini tidak true.

Nuruddin Abu Bakar said...

Sumpah baru beberapa hari yang lalu aku berpeluang dengar muzik mereka melalui Youtube. sebab The killers cover lagu diorang.Romeo and Juliet.

Dah berabad baru tahu natang dire nih. sigh.Lirik Romeo and Juliet tu.. Mak aih. Buat aku speechless.

How can you look at me as if I was just another one of your deals ? -romeo tgh bermonolog

Anonymous said...

Maaf mencelah.
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

View Profil: Rantong™

SATIRA + KACAU said...

Min, tinggi maqam kau bab Dire Street. Namun lawan tetap lawan. Dari hanyut sia-sia, baik juga bertempik dan melaung, walau ada orang cakap seperti anjing menyalak bukit. Kadang tu, jadi anjing pun baik juga dari sekadar jadi tukang jilat. Kenapa? Kerana anjing boleh jugak menggigit.

Satira + Kacau