Friday, June 19, 2009

Melihat Anak Kucing Melintas Jalan

Semalam pagi sewaktu memandu
Mataku tiba-tiba terpaku
Kepada empat ekor anak kucing
Yang sedang melintas aspal
Kutebak umur mereka barangkali empat minggu
Dibuang oleh tuannya yang dungu.

Aku yang mengejar waktu
Terpaksa memperlahan dan memberhenti kenderaan
Empat ekor anak kucing itu
Lambat-lambat melintas jalan
Barangkali mereka habis daya, dingin dan kelaparan.

Sungguh Jin Ifrit mantan tuan kucing itu
Mahu pelihara kucing tak mahu jaga betul-betul
Mahu buang tunggulah dewasa sikit
Biar boleh cari makan secara indie
Atau buanglah di tempat selamat
Bukan tengah jalan dalam ladang sawit luas begitu
Barangkali tak pernah mengaji
Perangai macam setan gondol
Otak macam jubur lembu buruk
Tak ada hati perut pundi-pundi busuk
Aku mencarut menyumpah seranah dalam hati
Sambil doakan dia cepat mati.

Sepatutnya sebagai manusia
Harus ada belas sesama makhluk
Barulah sempurna sifat kemanusiaan
Harta, pangkat dan bintang di dada
Tak ada gunanya bila terkedang di lahad
Berbudi kepada anjing lebih di pandang Tuhan
Dari sesama manusia tapi berinti tujuan.

O, tapi aku juga harus cepat
Perlahan-lahan aku mengelak
Dan mahu terus ke destinasi
Beberapa orang Bangla Felda yang memikul sabit sawit
Yang melihat perlakuanku mengucap salam
Aku menjawab sambil menganggukan kepala
Dan berlalu pergi
Meninggalkan anak kucing comel tapi malang itu.

Mahu makan malam baru aku terfikir
Entah apa jadi kini kepada anak kucing itu
Hidup lagikah tanpa makanan?
Barangkali hancur di lenyek lori sawit?
Ataukah digonggong anjing liar?

Ah, sedap-sedap aku mengutuk mantan tuan kucing itu
Aku pun apa kurangnya?
Ada upaya menyelamat dan merawatnya
Tapi berlalu pergi
Hanya mementingkan diri sendiri
Pura-pura sufi tapi hipokrasi menebal di hati
Sembang saja lebat tapi tak buat apa-apa!




Gambor cilok kat blog Yoshz. Jangan harap aku nak bayar ko. Engko pun dapat entah dari mana!

Mari kita selamatkan anak kuuuuucingggg. Itu anak kuuuuuucinngggg. Anak kuuuucinggggg!!! (Ikut nada wonderpets).

19 comments:

bayan said...

Sedikit puitis. Sedikit monolog. Sedikit satira.

Tapi banyak sinisme.

Saya kira begitu encik.

haNie said...

hebat betul binatang ajaib tu..
semakin menular pengaruh deme..
:P

rahimin idris said...

bayan,
agaknya.

hanie,
pasal anak kucing tu memang betul pun. wonderpets tu hiasan je. saya kira anda pun mungkin pernah melalui situasi seperti ini. barangkali. kura2, biawak, babi, kambing blablabla...

Hidemichi said...

aku pun tak tahu nada wonderpets! Tunggu masuk astro ceria lah!

Qaseh.Darwisy said...

wei kucing..p balik slamatkan dia!!

hai said...

Hehehe...tau tak pe!!!

terrarosa said...

"Berbudi kepada anjing lebih di pandang Tuhan
Dari sesama manusia tapi berinti tujuan"
vah.. vah... vah...
(baca gan nada hindustan-gaya memuja seorang penyair) hehe


p/s ini seriuuuuuus !
ada haiwan dalam bahaya disana....

Don Balon said...

min..
Alhamdulillah aok sedor...
koi ingat zaman sekoloh dulu..
tanya dzul la..
ada operasi tgkap kucing..
cikgu cakap nok hantor buat makanan harimau..

Water Lily said...

Di kuartes aku ni,banyak Min. Hingga aku tak daya nak jadi SPAC. Hujan sudah lama tidak turun, banyak yang mati dahaga dan kelaparan.

Ku beri makan diseranah jiran.

adoii!!!

Danielle_Corleone said...

sajak kamu ada kesan untuk kita sama2 diskusi. ya aku lebih setuju ini sindiran. :-)

S.YanaZ said...

Tak suker kucen, tak pulak penah menganiayanya.

FarhanaLicious said...

wah. kebetulan ada jumpa kucing dicat kaler hijau sampai tercabut cabut bebulunya.

macam x caya lak ko ada tengok wonderpet. heheh!

abuyusof said...

..banyak sangat kucing kat dunia ni.. tak terlayan kita..

imahgiro said...

aku suka sajak..tapi kalau aku baca sajak aku akan otomatik migrain..jadi aku hanya tengok gambar wonderpets sahaja..

tasikmerah said...

min, aku ada banyak kucing terbiar. kamu mahu seekor...?

:)

Fadh said...

koi geli kucing...maaflah kalau koi pun mmg koi biorkan jer

Zakiyah said...

owh kalo cikgu ojie tgk mesti gugur air matanya... ;)

Naz said...

yeah... wonderpet2... kami dtg... hehehe

kHa!Sa said...

sgt kesian sama itu anak kucing even diri sdiri geli sama kucing..patotnya u ambek anak kucing tu n then gi antar kat pasar..br la penyayang..=P