Thursday, May 14, 2009

Entri Dari Komen

Ingat tadi nak tulis sesuatu. Terkomen panjang lebar pulak di blog Azli Shukri. Aku bukan suka sangat komen dan cakap pasal politik ni. Tapi dah terkomen, nak buat macamana?

Jadi, kalian baca sajalah komen aku ni. Lepas tu kalau kalian nak komen, komenlah. Kalau tak nak tak apa. Tapi komenlah secara berhemah. Baik dari orang BN atau PR pun, sila berhemah. Ha Ha.

Salam Azli,

Bagi aku pula sebaliknya. Nik aziz seorang politikus yang bagus dan bijak. Pas memang sedang bangun dan berkembang. Itu kenyataan. Ia pun sesuatu yang baik agar pemikiran orang melayu berpolitik agar tak lagi seperti awan yang bergerak sehala. Dahulu apa saja yang dikata Pas, semua orang cakap salah. Sekarang Umno pula melalui situasi ini. Umno cakaplah apa saja, memang ada yang buat aksi jolok tekak macam orang nak muntah.

Soal perpaduan, kalau Nik Aziz menolak, beliau ada alasan. Lagi pun di dalam Umno sendiri ada banyak masalah khianat mengkhianat, cantas mencantas, tibai menibai – sampaikan Pak Lah itu pun tak sabar-sabar diperhambat, macamana orang umno nak ajak Pas berpadu pula? Memang Pas malah PKR, DAP dan lain-lain setuju berpadu suara jika ada isu-isu tertentu seperti isu palestin tempoh hari. Itu kita semua pernah nampak. Isu perpaduan dan kemajuan orang melayu? Dah berpuluh-puluh tahun Umno-BN dapat peluang ni. Orang Melayu nak merasa pegang geran tanah pun ada yang sampai mati tak dapat.

Walaupun aku tak pernah dan tak akan serta mana-mana parti politik, tapi hari ni melihat apa yang berlaku di perak amatlah malang dan menyedihkan. Ini bukan soal siapa betul atau siapa salah. Apakah merebut kuasa dari sebuah kerajaan yang sah (media kerajaan selalu sebut 'pembangkang', pada hal kerajaan) itu elok sangat? Kenapa tak dibiarkan sahaja PR mentadbir dan rakyat akan menilainya di PRU13? Atau kenapa tak diadakan pilihanraya semula? Tak membazir mana pun aku rasa.

Sekarang rata-rata orang yang aku jumpa (kecuali dalam media arus perdana yang dikuasai kerajaan) tak menyalahkan PR pun dalam hal di Perak tu. Umno-BN lah yang banyak kena. Jarang sangat, malah tak ada pun kawan-kawan aku yang setuju dengan tingkah laku Umno-BN merampas kuasa di Perak itu. Dan kawan-kawan aku tu pun bukanlah ahli mana-mana parti politik. Betul-betul memalukan dan entah apa yang di cari oleh pemimpin Umno-BN sekarang ini pun aku tak tahulah.

Aku sebenarnya menyampah juga bila Anwar Ibrahim sibuk dengan 16 september tahun lalu. Rasa menyampah aku tu sama la dengan rasa menyampah terhadap apa yang berlaku di Perak sekarang. Menjadikan Perak zon perang politik amat kejam sekali. Yang menjadi mangsa rakyat Perak juga kesudahannya. Macamlah PRU13 tu tak datang (kalau panjang umur). Ingat, rakyat sedang menilai dan semakin bijak. Yang penting bukan memenangi satu pertempuran, tapi memenangi satu peperangan.

Harap kau faham dengan komen aku ni. Dan kalau ada yang kau, atau siapa-siapa yang tak setuju, itu adalah biasa. Bukan semua perkara kita bersetuju.

25 comments:

azlishukri said...

rupa-rupanya saudara mempunyai kemahiran yang terpendam dalam penulisan politik. Walaupun nampak simple, tetapi tajam pandangannya. Malah, saya juga agak teruja membaca komen panjang saudara ini. sekali sekali beri komen cukup bertenaga.

kuIna said...

klu azli teruja aku pun teruja...

gajah sama gajah bergaduh
semut bertepuk tangan

Rahimin Idris said...

azli,
semua orang ada pandangan masing-masing. yang penting bukan perbezaan pendapat atau cara kita menyuarakannya. tapi tujuan atau niat kita. apa guna kita mengakkan benang yang basah kalau kesudahannya menuju ke gaung bala?

kuina,

kau pun teruja? ni baru main2 ni..haaa hahaha

NiNAYuSoF said...

Setuju dgn pendapat kamu. harap Malaysia tak kan jadi macam Empayar Rom, hancur kerana politik. (correct me if i'm wrong).

peihong said...

mau copy boleh ka?

Rahimin Idris said...

amanina,
hah, macam tu ka rom hancur?

peihong,
copy je la. kau nak buat apa?

dzul said...

haha..mi, dah sampai masa menulis dan buka blog politik atas pagar. mana ada org tulis lg. lgpun kau pandai mengarang.(ramai org ada idea tp x pandai mengarang)

aku suka tengok senario politik malaya sebagai seorg pengundi tetapi x juga ikut mana2 parti politik (walaupun org kata ni sikap org tak ada pendirian - apa jadah, sebenarnya org yg x ikut mana2 parti la yg ada pendirian iaitu pendirian sebagai rakyat yg ada kuasa memilih).

pada aku jangan jadi totok untuk sesebuah part politik nnti otak tak berkembang. nampak apa yg ditotokkan aje yg betul. suruh terjun gaung pun ikut..haha

bila berdiskusi mula lah ada muka merah2 sebab rasa mcm terkena. padahal nak diskus aje tengok mana yg betul..

Rahimin Idris said...

dzul,
tak mau la aku. kau nak aku tunjuk pandai dan jadi macam hang nadim? aku tulis bodoh2 je hahaha

NiNAYuSoF said...

Terdapat pelbagai faktor yang dikemukakan oleh sejarahwan mengenai kejatuhan Empayar Rom termasuklah sebab politik, ekonomi dan sosial. ini(http://members.tripod.com/PBMUM/sejarah/47.html)

Kalau saya salah, harap maaf. Tapi dari apa yang saya pernah baca, politik salah satu sebab Rom jatuh.

Sedih dengan politik di Malaysia. Hairan pun ada juga. Mereka berebut kuasa krn nk bantu ekonomi rakyat atau nak bantu ekonomi sendiri?

Rahimin Idris said...

amanina,
kalau kau salah pun tak apa. aku tak ambil serius dan gelakkan kau pun. jangan bimbang. tapi kau memang betul pun. hehe

FarhanaLicious said...

rasa macam dapat tazkirah politik.

pakcik!

Aku said...

Tuh la..aku pon rase politik kt malaysia ni kacau bilau skg...lg2 kat perak tuh...ntah apa yg diorg rebutkan sgt aku pun tak paham...macam bodoh...macam takde otak...dah la berita selalu siarkan berita berat sebelah...diorg xperasan lagi ke kaum lain bersorak jer tengok perpecahan melayu ni..huh

Nuruddin Abu Bakar said...

rahimin..always hit the nail.
:)

Fadh Rahman said...

ha ha ha sesekali biler aok bercerite tentang politik mmg hebat...tapi terus terang koi nyatakan koi benci politik sbb dalam politik terlalu banyak noda dan nista...dan terus terang koi nyatakan di sini...koi menyokong ketuanan Islam ditegakkan kembali.

Redz da Tsar said...

Tabik SPring Buat Rahimin!!!
tahniah...
Kalau azli shukri kagum dgn ko, aku lagilah kagum...
Tapi tak perlulah jadikan mati pikirann 100% politik...
Meluat..
Kalau keluar pandangan macam nie, kire bagus la

jo said...

semalam aku pegi interview...
apedehal aku tercakap pasal politik pulak???

adeshhh....

SATIRA + KACAU said...

Wow, Rahimin.

Satira+Kacau

S.YanaZ said...

Bro.,
Bg gua, semua manusia ada pendpt masing2. Salah atau benar belakang kira.

Ada yg gua stuju ttg Azli.
Ada yg gua stuju ttg lu.
Tp Anwar Ibrahim bg gua, bg gua laa kan...'pencetus virus'.

Don Balon said...

Bravo min..
Tapi tiap orang ada pikiran sendiri..
bagi koi..jemaah islam perlu disertai atau paling tidak disokong..
bangsa tiada undang2..
Islam ada undang2..
Dan hak Allah mesti ditegakkan tak kira di mana jua di muka bumi atau di muka bulan..

Cuma koi tok setuju sistem politik malaya warisan british ni..
dan sistem undang2 malaya..
dan sistem pendidikan malaya..

Terasa Islam dipinggirkan dalam segala aspek...

abuyusof said...

..sama lah kita..

terrarosa said...

ini komen pasal Hari Ibu



tahniah weiii...
aok pemenang ke dua !

Rajuna said...

seperti rahimin
aku dan mungkin yang lain-terdiri golongan muda.

kami tidak mudah dipengaruhi.
sebaliknya, dari setiap detik kami terus menganalisis kebobrokan seseorang manusia yang terlupa bila tangan menggenggam kuasa.

Basuh Baju said...

jadi kita sebgai rakyat, hendaklah menyokong siapa yg benar dan menolak apa yg salah tak kira ia parti apa pun..betul x?

salam ziarah.

Unknown said...

Salam sdr.

Saya pun setuju dengan pandangan saudara. Saya juga nak termuntah bila Anwar dodoikan dengan projek 16 September.

Apa pun orang politik melompat adalah sangat hina di sisi pandangan saya. Mengkhianati amanah pengundi. Munafik!. Tidak kiralah melompat dari BN ke Pembangkang atau pun sebaliknya. memang hina.

Hartini Omar said...

min,
-tak sangka kamu pandai juga bicara bab politik. apa yang kamu cakap itu benar. dalam diam rakyat melihat dan menilai. kita bukan lagi bodoh, mampu pangkah apa saja kerana beras sekampit, batik sehelai

menang dan kalahlah dgn cara terhormat. itu lebih berkat..