Friday, May 22, 2009

Melawan Buruh-buruh Asing

Dulu-dulu British bawa masuk orang asing. Mereka dikerah melombong dan toreh getah. Alasannya orang Melayu pemalas. Kuat duduk kedai kopi dan sabung ayam. Sampai ke raja pun laga ayam masa tu. Macamana rakyat tak ikut?

Berbalik kepada orang Melayu malas. Ye la. Dah tiba-tiba datang sini jajah, buka tanah dan lombong – suruh kerja dengan upah murah. Siapa nak? Lepas tu bayar pula cukai ke Inggeris. Tak ke bodoh?

Hari ini ada 2.2 juta buruh asing. Itu belum campur yang masuk ikut pintu belakang. Alasannya sama. Orang kita pilih kerja. Dan tak reti cakap orang putih. Tak mahu kerja teruk dan kotor.

Memang la betul. Kalau dah masuk Universiti, apahal nak jadi buruh kasar jolok lubang jamban yang tersumbat tuala wanita. Ngeri gila. Baru tengok sudah ngeri. Belum buat lagi. Mahu tak makan seminggu.

Katanya kerja berlambak di Malaysia. Ekonomi stabil sangat. Tapi apahal banyak bangla merempat bawah jambatan? Mat Indon pun macam dah banyak jadi perampok. Kenapa? Haaa, kenapa?

Dulu aku pernah jadi kuli kontrak di tapak bina masa cuti semester dua bulan. Gaji RM35 sehari. Kerja teruk macam celaka. Hari pertama kerja aku terpaksa beli sirap 2 bungkus. Sebab bekal air dalam botol semua aku curah atas kepala bila masuk jam 1 tengahari. Macam nak mati kerja. Panas jaga lemang pun tak macam itu.

Jadi bila habis belajar, tak kan la kita nak kerja macam tu? Namun kalau terdesak aku sanggup. Bukan aku saja. Semua pun sanggup. Tapi jangan la bagi upah RM35 sehari lagi. Bangang-bangang bagi la RM60 untuk kuli paling kodi pun. Buat apa kerja mati-mati tapi bos saja hidup.

Sebab apa orang kita tak nak kerja teruk-teruk? Upah murah sangat la. Sekarang Indonesia punya buruh pun sudah kalah. Di tempat aku geng Vietnam pula sudah mari ramie-ramei. Mat Indon pun sudah kecut telur. Dulu tukang-tukang Cina dan Melayu saja yang bengang bila Indon mari. Sekarang tukang Indon pun jenuh bersilat ala-ala Jaka Sembung!

Tukang Cina kalau bagi kurang RM100, jangan harap dia nak plaster dinding rumah kau licin-licin macam skrin komputer. Tukang Indon hulur RM60 dah cukup. Nah, sekarang Vietnam mari – RM30 pun sudah okey!

Apa kata peniga-peniaga tenaga manusia pula? “Orang Vietnam manyak bagus maaa!”

Dulu british bawa masuk orang asing ramai-ramai. Hari ini kerajaan kita benarkan pekerja asing masuk ramai sangat. Aku rasa, ramai sangat la. Menyampah pun ada tengok. Yang untung cuma peniaga tenaga-tenaga manusia ini. Mereka goyang kaki dan kutip telur sahaja.

Tapi kalau tak ada buruh asing susah juga kan? Owh ya, dulu aku dan adik kait sendiri tandan-tandan sawit di ladang mak aku. Meracun, potong dan susun pelepah pun aku buat sendiri. Sekarang tak lagi. Ada kawan-kawan yang balik kampung sebab kilang banyak tutup minta upah buat kerja itu semua. Aku suruh mak aku bagi pada mereka saja. Mereka terdesak mahu wang. Aku dan adik boleh rehat saja. Rehat macam raja.

Kalau Indon Lombok Felda, satu ton RM25. Orang kita, kami semua bagi RM40. Ala, Felda sudah sub-sub-sub-sub- sub semua kerja ladang. Semua mahu makan atas angin. Lombok dan Bangla tu kerja teruk dapat RM25 satu ton. Kontraktor ladang dah makan banyak sangat. Bodoh, bodoh dan bodoh. Blah la main sub-sub ni.

Maka tinggal la ladang-ladang persendirian macam mak aku, mak Don Balon dan mak Dzul saja yang bagi budak Melayu buat. Siapa kata budak Melayu dah tak boleh buat semua itu? Janji upah okey jadilah.

Woi, bawa la lagi orang asing masuk ramai-ramai. Nak untung sangat. Otak letak kat mana? Bodoh punya bahlol!

14 comments:

Redz da Tsar said...

Panas betul Abang Min nie.. Hehe... Aku sokong...

Betul, bukan rakyat Malaya taknak kerja, tapi upah macam sial sikit...

Dah la sikit, siap sub-sub-sub... haha... memang la lagi sikit jadinye...

Kat India nie, pekerja diorang berbilang umur dan jantina... Lelaki atau pompuan selamba angkat bata, curah simen, bawak baldi penuh dgn pasir... Orang tua pon banyak...Diorang kerja sebab terdesak...

Kat malaya, hidup aman dan senang... takde kerja pulun duit mak bapak... Malas nak berpanas... Belum kira gaji lagi campur kutukan orang kampung...

Bab pendatang asing, ramai sangat dah kat Malaysia nie... rakyat malaysia 29 juta, pekerja asing jer dah 2.2 juta... dekat 10% dah tue... Bapak Ramai...

Pekerja asing dalam sektor perubatan (doktor kontrak) pun ramai... Sebab ape? kurang doc Malaya yang kerja dengan kerajaan... Semua pakat lari swasta...

Aku said...

Betul tu...Aku sokong...Takkan la ada degree, pastu nk keje sapu sampah(bukan nk ckp keje ni hina)...Klu cmtu, baik aku start keje sapu sampah tu lepas habes SPM. Silap2 skg dh jadi supervisor.
Aku pun penah keje kilang time cuti sem..Gaji mmg die tekan abes..Indon2 tuh pulak die bagi gaji lebih, jwtn pon tinggi...Diorg pulak yg buli org2 Malaysia ni...
Klu tak continue study, ckp org melayu bodoh, malas...Ble smbg blaja pulak, ckp kite memilih keje, demand gaji...PELIK SUNGGUH!!!

white. said...

cayalah pengalaman lu..

sultan said...

kat taman aku ramai gile indon. semua set2 berjalan nak ramai2 kat tengah2 jalan. aku herdik kan je pakai hon kereta aku. haha...

jo said...

peh...
cerita pasal org asing ni pun buleh bagi aku hangin..sekarang dah rasa macam duduk diseberang pulak.padahal kita org messia nak duduk messia aman2..tapi..diorg buleh datang ramai2..dah datang ramai2 buat macam negara sendiri pulak..bila dh jadi macam2 baru nak gelabah sebab bagi diorg masuk ramai2..

tapi..betul jugak.org kita sendiri bukan nak jadi kuli..semua nak mudah..yang bila goyang kaki pun boleh mari..lepas tu yang bisnes asik pikir untung sendiri..

terrarosa said...

keh bersyukur duk klate, susah nak tengok buruh Asing kat sini.. hik3
tukang sapu kebanyakannya makcik2 ,tak dak kelayakan SPM pun tapi masih buleh bekerja tuk tanggung keluarga... tak sama dengan makcik2 yang kerja di Penang dan Johor, kilang tutup , siapa lagi nak ambil mereka bekerja - mati pikiran deme.


eh aok ada ladang? wah best tu... tak der projek ternakan adik - beradik kah ?

terrarosa said...

keh follow aok :))

hai said...

masa tunggu result spm aku penah kerja kilang sebulan je....bodo apa ngadap ke mesin bergerak...pastu kena keje shift malam..tak tido sampai ke pagi...tak kuasa aku!yang peliknya minah2 kilang tu punya make up tebal ngalah ke artis ,sapa nak tgk aku pon tak tau,pasal kat dalam tu..mesin lebih ramai pd org.

tokey2 kat m'sia ni memang kedekut,bagilah gaji tinggi skit kat rakyat sendiri,pastu antar2 la buruh asing ni balik...aku tak larat kalo gi wad hospital k'jaan..dah rasa cam hosp.kat india...

Dzulkarnain Mohamad said...
This comment has been removed by the author.
Don Balon said...

Min,
Alhamdulillah ramei yanc sependapat dengan koi..
Budok kita pun doh terdesok..
bagi je la deme..
memanc keje slow sket..
dan kita payoh sket nok sound segan sama-sama oranc kampung..
tapi koi suka sebab sekurang-kurang kampung ada oranc yang sihat duduk buat keje..
yanc tok sihat layan "dapur" je memanc takdok harapan doh..

Tapi masa'aloh ni bukan di sektor perburuhan je min..
sektor koi keje sekaranc aok bayanc la sendiri..
lebih ramei filipina dari melayu bukannya terer pun..
bos koi yanc minat sangat nok ambik deme koi pun tok paham..
..
doh tu goner?????

Dzulkarnain Mohamad said...

aku kecikkan skop kepada penggunaan buruh asing diladang2 persendirian..

selepas kata sepakat diambil dalam miting aku,mok aku n abg aku..kami ambik keputusan bagi peluang sorang budak blok yg paling boleh dipercayai hok yg lepak di kg utk kerja kt ladang mak aku.

lama juga mak aku bagi can. malangnya baru2 ini dekat 2 tan sawit mak aku dirembat pada waktu siang hari. bayangkan dekat 2 tan. harga sawit dah ok skang. tp harga baja ttp mahal x berubah.

walaupun aku tidaklah menuduh budak blok tu yang jadi dalang kehilangan buah sawit. tp mok aku terpaksa menghentikan perkhidmatan dia dan menyerahkan kpd sorang budok lain/membe aku anok tokey kedai(dia ni ada 3 bijik lori).

budok ni pn ambik upah yg sama utk se tan tp disub pula kpd indonesia. sejak bulan 3 sampai skang (tiada kes kehilangan), urusan adalah di bawoh budok ni kecuali membaja dan browning (buat sendri la yg ni)..

sementara itu pakcik2 blok aku bg ladang persendirian mengusulkan kpd aku supaya cari 2 org buruh indon utk tujuan upah kerja ladang.

mereka yg berpengalaman ni pun dah x percaya lg pd keupayaan budak melayu kita selepas byk kes curi sawit berlaku kat kg aku..(termasuk sawit felda)

budak2 mana hok duduk di kg banyak yg kaki stone. sapa lagi yg kami nak percaya.

aku pun dah kecewa dgn budak melayu kita..

p/s-kalau ada kontek pekerja ladang indon kasi aku..haha

xull said...

Aku pnh kije gak bidang binaan nih.. sapa kata indon punya kerja perfect?

diorg nye kije sama je mcm org kiter. Just ader sekor dua yg dah ader pengalaman lebey kat indone sana, dtg cni ajar yg lain2. Nilai dit kita lebey besar , so kalo gaji RM50 sehari dah kira kaya dah diorg tu. Tambah2 lagi, diorg xperlu byr cukai, mkn minum boss sponser, xyah nak byr ptptn n mcm2 lg. Diorg just dtg, bwk perot msing2. Kerja. Dpt duit, bwk balik indon. Ckup 10 thn kije cni, blik indon dah jadi jutawan.

Masalahnye, indon2 ni dtg dia bwk perangai2 dia skali. Jin jin dia pon ader ikot skali. Pukau, santau mcm2 lagi la. Kerja bunuh org pon ader. Tp duk Malaysia, dah mcm negara dia sendiri. Jgn terkejut kalo pemandu teksi melayu membawa indon umpama boss.Duk blakang. Pergh.

Kalo time holiday, pergh.... Berlonggok suma pendatang2 tu. pesta. Kalo lu org g ke kelang time holiday, dah mcm Indon-Bangla town dah.. Penuh.


Malaysia bukan lagi malaysia waktu kita kecik2 dulu. Jgn terkejut jika 10 thn akan dtg, anak2 kita bgtau cikgu. Bangsa2 yg ada di Malaysia islah melayu, india, cina, iban, indon, bangla, vietnam, dan juga kemboja. Bahye.


Kalo korg rajin, leh cari fact kat tenet, purata gaji mengikut bangsa. Malay biasanya 1/2 dari india n cina. same position, same education lwvel, but less power, and salary. This is new Malaysia. Racist and discriminating. Its true.

rahimin idris said...

Redz,
Tapi dalam sector pembinaan memang tak boleh pergi. Panas sangat. Hahaha

Aku,
Orang melayu tak banyak firma.

White,
Yay!

Sultan,
Ala, ko boleh cakap jawa kan? Hahaha

Jo,
Tempat aku kalau pasar malam jangan cerita la!

Terrarosa,
Eh, betullah. Kelantan kalau orang siam ramai la. Hahaha

Hai,
Sekarang depa pakat cau ke Vietnam dan China kan?

Don,
Hehehe keh bukan tamak. Tapi keh tak orang selalu cakap melayu malas. Macamlah bangsa lain tak ada yang malas. Manusia ni sama je kan?

Dzul,
Tu la masalahnya pulok!

Xull,
Pasal gaji tu aku setuju. Kata 1 malaysia sangat.

sultan said...

cilakak... aku lupa dol. aku pun ada sedara-mara indon...