Friday, May 8, 2009

Bagi kami, tiap-tiap hari adalah hari ibu dan bapak

Kawan aku dulu yang paling handal bersukan nama dia Mang. Ajak la main apa pun Mang memang raja. Macam senang saja dia main. Entah-entah masa mak dia hamilkan dia dulu, asyik main saja tak?

Tapi paling aku suka tengok Mang main snuker. Peh, kalau Mang ajak aku main kira satu mata 20sen, aku lagi rela pergi buat majlis qiamullail dekat masjid seorang diri. Makan black sokmo. Aku pulak minum air sokmo.

Entah mana Mang menuntut ilmu snuker itu pun aku tak tahu la. Masa mula-mula kenal dulu memang aku tak tahu. Handal betul dia. Nama-nama pemain snuker dunia pun Mang kenal. Aku haram tak tahu selain Sam Chong dan Ogeng budak Padang Piol tu.

Snuker, snuker juga. Tapi pelajaran Mang tak lupa. Suatu hari aku ke rumah Mang di Jengka yang lain. Kami ada tutorial Kejuruteraan Tanah untuk disiapkan. Sikit punya ilmiah kami petang itu menutorialkan diri di beranda rumah.

“Hah, ni apa benda ni?!” tiba-tiba kedengaran suara ibu Mang bertanya dari dalam.

Terkejut juga mulanya. Aku ingat pertanyaan itu Ibu Mang lempar ke muka aku. Tapi mana ada orang berborak suara sayup-sayup balik dinding macam itu. Kami sama-sama terdiam.

“Haih, tak habih-habih awak ni membeli nombor ekor. Kena tak juga.” Ibu Mang membebel lagi.

“Ala, main-main je. Bukan banyak mana habih pun…” bapak Mang membela diri.

“Tak banyak apa. Lepas beli, beli. Lepas beli, beli. Banyak la tu. Membazir je. Duit tu kalau bagi dekat Mang lagi bagus. Boleh juga dia buat belanja pergi main snuker dekat Tong Kiat!” bebel ibu Mang lagi dengan jujur.

Mang hanya tersengih memandang aku. Baru aku tahu macamana Mang boleh jadi handal main snuker. Tetapi waktu itu kami tetap belajar bersungguh-sungguh supaya dapat diploma dan buat ibu bapa kami gembira bila kami lulus periksa.

15 comments:

Fadh said...

err...Mang tue keturunan apa?

koi heran gak, pasal hari ibu dan hari bapa...ngape setahun sekali jer org beria2 nok sambut? ngape tok hari2...?

zairi said...

hari2 adalah hari untuk diorang.tapi hari istimewa tu kena sambut secara istimewa lebih dari hari biasa mengikut keupayaan.mari kita sama2 meraikan hari ibu sementara dia masih ada. kita pun dah sama2 x de ayah.

sultan said...

dah min... jom la snuker kalah bayar. aku tak macam mang. aku selalu makan kuning je...

terrarosa said...

errr...
keh yg ajar adik beradik sambut hari ibu , sejak tahun pertama keh
ada duit sendiri, dari jauh keh atar kad paling besar...

Kadang2 kami kumpul duit sket sorang beli hadiah dan sign kad ramai2..
mak keh nangis wooo... terharu.

hati ibu , siapa yang tahu..
apatah lagi dengan adanya pengaruh iklan di TV. Mungkin dia juga mengharapkan sesuatu...



*keh pun dah tak ada ayah.

jo said...

tiba-tiba gua rindu sama org tua gua dikampung...

FarhanaLicious said...

isk. rindu mak plak.

tasikmerah said...

osmang?

Redz da Tsar said...

Kepada sahabat, jumpalah mak dan bapak kamu sementara masih boleh jumpa... Semnetara masih ada peluang...

Aku nak tengok gak famili aku, tapi jauh di sana... memang payah nak balik...

Bulan 8 aku balik... Komfem... Erks, kalo umur aku panjang

Don Balon said...

baler..sporting lisboa betui mok dia...kuikui

terrarosa said...

entri aok ni, ada harapan nak menang pertandingan Hari Ibu 2009.

jom daftar dkt blog keh. serius .

S.YanaZ said...

Mang mmg 'gifted'.
:]

NaD said...

hahahah!!!
cis tol entri nieh...
sepatah haram ending die mem'blur'kan aku...
uhuk!uhuk!

dnasura said...

saya pun confuse Mang tu keturunan apa..

alif-mikail said...

mangkak la koi syak.. mmg terer main snooker.. kira raja snook la.. bukan tenuk

terrarosa said...

rahimin,
keh dah ambik markah tuk entri hari Ibu 2009 ,apalagi apdet la blog wei..

wahaha...