Thursday, March 5, 2009

Selamat Berjuang

Di Afrika, negara-negara seperti Gambia, Ghana, Nigeria, Zambia, dan Zimbabwe menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal masing-masing.

Burkina-Paso, Benin, Chad, Republik Afrika Tengah, Congo, Gabon, Ivory Coast, Mali, Togo dan Zaire, dan Haiti pula menggunakan Bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi masing-masing.

Selain itu ada juga negara yang menggunakan lebih dari satu bahasa rasmi. Contohnya, Cameroon dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Surinam pula memilih Bahasa Inggeris dan Belanda.

Tetapi yang anehnya, negara-negara yang tersebut di atas tidak pula menjadi negara maju walaupun menggunakan bahasa kepunyaan negara-negara maju lagi berteknologi tinggi sebagai Bahasa Rasmi.

China, Jepun dan Korea hari ini bangkit sebagai gergasi ekonomi, sains dan teknologi sebelah sini dengan tidak mempedulikan bahasa-bahasa orang barat pun di dalam urusan rasmi mereka. Jiwa mereka memang besar. Sebesar fikiran mereka juga.

Malaysia, Indonesia dan Thailand yang tidak memlih Bahasa Inggeris, Perancis atau Sepanyol sebagai bahasa rasmi tidak pula mundur sangat seperti negara-negara Afrika itu. Malah sedang membangun dan menuju ke arah negara maju.

Jadi apa masalah dengan Bahasa Melayu? Guna sahajalah. Kalau ajar budak darjah satu one plus one equel two, budak itu boleh buat robot macam orang jepun ka? Kalau buat ujikaji ‘bunyi pop’ dalam Bahasa Melayu, ‘bunyi pop’ itu jadi ‘bunyi pek’ ka?

Bahasa amat penting. Andai tiba-tiba Barrack Obama sedang berucap, tiba-tiba melompat tikus di hadapannya, dan beliau melatah dalam Bahasa Melayu, “Opocot tikeh, tikeh, tikeh!” Dalam loghat Pahang pula tu. Tentu dada kita semua jadi kembang bukan?

Orang yang memperkecilkan kemampuan bahasa sendiri, samalah seperti ayam yang malu menjadi ayam. Dan berangan hendak jadi musang.. Kena gelak la dek itu musang berbulu ayam!


P/S: Sesiapa yang mampu hadir ke perhimpunan GMP (Gerakan Mansuh PPSMI) menuju ke Istana Negara pada 7 Mac ini, sila berbuat demikian. Aku pun teringin juga ikut serta. Tapi faham-fahamlah tentang jarak dan waktu. Kampung aku pula asal cuti saja ada la yang nak buat kenduri kendara. Sabtu ini sepupu bernikoh. Kampung aku bukan macam Beverly Hills. Jiran tetangga mati pun tak sedar!

20 comments:

yoshz said...

kamu bila nak nikoh pulok? jgn la asyik nak karipap ajer..

Rahimin Idris said...

yohz,
karipap@epok-epok tu idea pipiyapong ek. kamu nsila pastikan kecerian berjalan lancar. haha.

maza said...

wah! Betul tu Rahimin...aku sokong..huhuhuhu

Bahasa Jiwa Bangsa!

k.e.r.i. said...

entahnya encik rahimin.

bilanya deme nok bernikoh.

Hashim Zabidi said...

Rahimin idris,
Salam,

Ya, satu pengamatan yg bijak dan matang.

Pak Hashim

Fadh Rahman said...

Min, aku sokong perhimpunan itu cuma aku musykil kenapa produk pertama ppsmi nie skrg dah ting. 1 baru nak bantah...kenapa tidak dulu semasa ianya mula2 diusulkan oleh sape ntah aku pun tak tahu...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Bahasa di tanah air kita yang sedang subur mekar juga ialah:
i. Bahasa Pasar
ii. Bahasa Slanga
iii. Bahasa Kesat
iv. Bahasa Kasar
v. Bahasa mencarut
vi. Bahasa lucah
vii. Bahasa budak2 punk!

Bahasa jiwa bangsa...

Rahimin Idris said...

Maza,
Aku pun sokong.

Keri,
Ah. Aok ni nak tanya macam jugak?

Pak Hashim,
Terima kasih sebab melawat blog komeh. Itu semua fakta. Kenyataannya…

Fadh,
Kau kena tengok balik. Memang ada protes. Dan ia berterusan. Kenapa mesti bertanya tentang bila ia harus dilakukan?

Lan,
Haha. Itu tak boleh nak elak juga. Produk ini semua siapa yang bentuk. Bak kata orang, kalau keruh di hulu, jangan harap nak jernih di muara.

Redz da Tsar said...

huh..

aku agak sokong...

tapi lebih bagus kalau KPM buat pilihan, BI dan BM...

Sekadar mencadang

Anonymous said...

Kau pegi aku pegi min...baru padan alasan aku jauh jugak!haha

Anonymous said...

gua terai aa berbahasa melayu kat sini..gua bangga jadi rakyat mesia gak..(mati aku mcm mana nk beli garam ngan org french ni?)

Suka Bebel said...

politik, biasa la tu.tiap kali tukar bahasa buku teks, mesti kena cetak baru.tengok la pulak kompeni mana yang cetak tu nanti.sekolah yang jadi masa depan anak bangsa pun dipolitikkan.tah apa apa

ijan said...

ai... macam2 isu yg ntah ape2 timbul skrg. tumpukan kat ekonomi la. aku dah jd makin sengkek ni...

Anonymous said...

sbg bakal cikgu, bukanla comot nk jatuhkan bhs kite.tp xke mbazir..bile kite tukar2 polisi?hmm..

Pok Li said...

Serius sesekali. Ok gak.

Umie said...

sedih kan bila pendidikan pun nak dipolitikkan... lg sedih bile tengok generasi skrg hilang minat nak belajar disebabkan tak phm pengajaran di dalam BI.. kan lg bagus kalau subjek BI tu diperkukuhkan dulu sblm implement dlm subjek yg lain2...

dzul said...

tikeh tu org kampung baru..tikuih org so'ti..tikuh org platawar..heh heh..

ye ke..?

kuIna said...

aduhhhhhh... jemputn dah melambak nie...

klu kita sndiri tak menghargai bahasa kita siapa lagi nk hargainya..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Eja 'tikeh' tu keh tak puas hati. Sebiji macam orang kampung keh sebet..

dzul said...

hahaha
hampeh pipi..keh nok keh sebet..