Friday, February 27, 2009

Stesen Muzik Jaha

MALAM ITU…

Dulu-dulu nama DJ Isma Halil Hamzah memang top gila. Asal pukul 12 malam saja budak-budak tunggu suara beliau ke udara di Radio Muzik- Rentak Muzik Anda (sekarang Muzik FM daa..). Memang la. Masa itu Isma Halil main lagu Rock memanjang. XPDC memang tengah meletup pulak.

Di rumah kami yang aman damai lagi sejuk, bak rumah para-para wali itu, radio buruk milik Bob amatlah diperlukan. Sebab malam-malam masa itu tayang ‘Smart Shop’ saja di TV. Nak tengok siaran siam tak reti bahasa. Apa ke jadah Jacky Chan pun reti cakap siam dalam cerita Cina?

Maka kerana minat sangat dengan Isma Halil, kawan saya yang nama Jaha itu amatlah gemar mendail ke Radio Muzik. Rancangan apa entah. Rentak kot. Aku pun ingat-ingat tak ingat lagi. Huruf ‘R’ itu di sebut panjang (RRRRRRRentak!). Rasanyalah (siapa yang ingat lagi sila ingatkan aku).

Isma Halil ini mesra melayan peminat masa itu. Suara pun, bagus. Jadi ramailah yang suka. Nak telefon dan bercakap dengan beliau. Memang payah la. Tapi Jaha tidaklah putus asa. Patah saya bertongkat dagu meniarap jua. Telinga kemek pun tak mengapa.

Tapi mujurlah zaman itu sudah ada telefon ‘dail semula’ secara auto (redial). Jadi apalah susah. Jaha tekan-tekan saja. Sambil buat aktivi lain, Jaha tekan ‘redial’. Tapi tidak pernah menyangkut pula. Begitulah Jaha selalu bila Isma Halil ke uadara. Perkataan redial pun tak sedar dah naik pudar di butang talipon itu.

Suatu malam macam biasa. Jaha mencuba juga. Tidaklah putus-putus asanya Si Jaha. Redial tetaplah redial. Tapi akhirnya Jaha berhenti juga. Bukan sebab penat. Hanya kerana menuju ke jamban.

Usai kencing Jaha ke talipon lagi. Tiba-tiba tak semena-mena Jaha melompat-lompat kegirangan. Macam budak-budak kuat enjoy dapat khabar duit ‘loan’ masuk saja gamaknya.

“Hoh, buleh. Buleh. Ado masuk ni weh. Buleh kecek dengey Isma Halil maley ni!”

Sukalah sangat Jaha.

“Hallo, Radio Muzik ko tuh?” Jaha bertanya.

Tiba-tiba muka Jaha berubah. Macam muka YB kena ‘booo’ dengan mak bapak sendiri.

****

IMBAS KEMBALI…

Sebenarnya semasa Jaha ke tandas, aku telefon ke rumah Rahmat. Mahu pinjam nota Teori Struktur.

Aku lupa nak bagi tahu Jaha. Lagi pun nak buat apa bagi tau?

Jaha pula main redial saja.

***

ESOKNYA DI KELAS…

Kami, diketuai oleh Rahmat secara koir -- ramai-ramai menyanyikan lagu tema Radio Muzik:

Radio, radio
Radio Muuuuuzik..
Stesen Muzik,
JAHA!!!!!

17 comments:

k.e.r.i. said...

isma halil dengan radio muzik memang kacip masa tu.

tapi jaha kena lagi kacip.

mahu muka jadi biru.

hahahaha!

Hidemichimomotani said...

hahaha...kesian jaha haha!

miSz.haNie said...

sian jaha..
[hahahahahahaha!!]

kikiEy said...

haha..cian jaha tu!

hegira said...

Eh, betul aok nak oder perempuan simpanan nih? Barang dapat 1 april.

detail ngn address emel ke saya. hegiraz@yahoo.com.


(macam ibu ayam aje aku nih)

Rajuna said...

tapi kalau lu pernah dengar time highway radio circa 1999-2001 lu mesti ingat alternative rock show dj dia pak kamil.

tasikmerah said...

zaman tu tak hotFM ye dak... :)

Don Balon said...

kuikui..
koi paling maleh menelepon rodio..
tok mbohnye mendapatt.. :)

Radius.F said...

hahahaha...

kalo pahang fm, org2 tua je ramai yg menelepon..

Kikuri said...

Kesiannye Si Jaha... tak pasal2 kene pedajal ngan kau.... Kalu aku, dah lama pinggang kau kene libas!

Che Sue said...

hahhaa...sabotaj sungguh!

. said...

hehe- dulu saya selalu jawab kuiz di radio tiga melaka. sekarang melaka fm daa.
heheh. dan saya selalu menang kuiz sejarah. hadiahnya ialah hamper besar dan tiket masuk zoo melaka. best!

Fadh said...

wah nostalgia bro...isma halil mmg terbaik dari ladang tapi manusia bergelar melayu nie hasad dengki cukup teruk...tak pasal2 jadi pasal ke isma halil...mmg nostalgia sngguh laa...

ha ha ha sian jaha...

Dzulkarnain Mohamad said...

zaman tu sapa yg tak kenal isma halil..aku rasa dia lagi best dari fara fauzana n faizal ismail..

zairi said...

isma halil? hmmm...ape la nasib dia skang ni. dia memang best time tu.aku x penah tutup radio bila masuk tido.sampai ke pagi la radio tu becakap sesorang.bateri kena tukar tiap2 minggu.

Hartini Omar said...

ya, aku pun suka sangat dengar radio muzik zaman2 isma halil dulu. sekarang aku dengar sinar je. banyak lagu2 lama. lagu2 sakarang aku tak minat. mengarut tahap karat!

Suka Bebel said...

hahaha...kesian si jaha.isma kat muzik fm dulu ke thr dulu?thr ke?entah pekenama stesen muzik tu.masa tu memang aku layan sebab rumah sewa masa tu ada radio.layan sampai pagi copy lab repot.haha