Wednesday, March 11, 2009

Keretapi

Di sebuah hentian keretapi
yang belum tiba
wajah-wajah entah siapa
tak pernah kunjung meski dalam mimpi
tergurat di setiap sudut
menunggu.

Rel-rel besi
terbaring menanggung berat matahari
tompokan rumput kecil dicelah kerikil
sepasang ketitir mengutip sisa waktu
seperti selalu
membisik dengung lagu.

Bila keretapi tiba nanti
semuanya tak juga bakal ke hujung
bagai masuk ke perut ular
mengheret entah ke gua mana
dan dari jendela langit
berguguran kisah-kisah kami.

1999-2009


Dulu-dulu. Aku dan kawan-kawan selalu tak cukup duit. Kalau balik dari Politenik Kota Bharu, sampai jam dua tiga pagi, terpaksa kena tidur di stesen KTM Jerantut. Siap sedia dengan ubat nyamuk dan selimut. Prebet sapu jangan cerita la. Terutama Pak Zali kawan Dzul. Macam-macam ugutan dari cerita yang direka. Banyak penyabit la. Banyak budak dadah la. Penculik tangkap orang untuk buat hamba atas kapal la. Banyak kuman termasuk kuman AIDS la tidor dekat situ. Sekali servis hantar balik jengka kena RM50. Aku 50 sen boleh la bayar.

Namun kami tak goyang. Kami tidur juga di bangku stesen. Bangun-bangun saja penuh tok peraih keliling kami. Bawa telur puyuh la, pucuk paku la, jeruk jering la dan macam-macam dagangan kampung. Rasa macam tidur dalam pasar tani.

Agak-agak Mini Bajet 60 bilion tu cukup tak kalau nak buat laluan keretapi ke setiap kampung..??!!!!

11 comments:

Don Balon said...

Min,
60 billion? Kita jangan harap la..
dulu kata masa minyok naik nok guna duit yang dijimat dari sabsidi meningkatkan prasarana awam hampeh koi tok nampok..
tamboh2 kita di jerantut ni layan jalan zaman british lagi la nampoknye..
member koi engineer kompeni yang buat jalan maran-benta koi tanyer pasey bertahun2 tok siap.. dari maran sampey kuala sentul baik tok payoh..sepelaung je..
dia jawab..
Kerajaan negeri takde duit..
demeh buat on-time..
doh gonner????

Dzulkarnain Mohamad said...

stesen keretapi lama jerantut baru la klasik..

@t00neY r00neY® said...

erm..mane cukup...
yg korupsi lg..
nk suap contractor lg..

tasikmerah said...

min, bajet mega pun tak cukup ini kan bajet mini. he he.

kampung aku.... rel keretapi ada la. keretapi dah tak ada. haih~


.

FarhanaLicious said...

teringin nak balik naik keretapi. huhu

j or ji said...

gua dapat bunyi keretapi lalu pun ok..ni bunyi pun takda kat kampung gua tu.

onenonly said...

salam.. nak menjemput alumni poli ke forum pelajar dan alumni politeknik di http://www.mypolycampus.net :-)

Rajuna said...

cukup untuk membantu saudara-mara sahaja. awk, saya dan mereka yang takda apa-apa patut tunduk patuh dan setia.

Kumprinx said...

gua selalu gak hangout stesen ketapi jerantut tu masa muda-muda. turun hari ahad layan pekansari.

man_helang said...

aku baru sekali rasa naik ketapi...lrt banyak kali la aku naik...teringin gak nak naik ketapi g jejauh...

sultan said...

aku rase cam tak bape cukup la. nama pun mini...

woi... banyak betol fitnah ke atas stesen ktm jerantut tu. haha...