Monday, February 23, 2009

Tribute To Joko

Pagi itu seperti biasa. Joko turun bekerja. Mahu menukar masin keringatnya kepada manisnya upah. Dan upah itu akan berubah kepada rupiah buat orang rumah di Jawa Tengah.

Di tapak bina sudah tiga hari mesin pembancuh simen rosak. Sudah beberapa orang pekerja juga cuba baikpulih namun masih belum boleh bergerak. Tiada tanda-tanda mahu pulih.

Joko pun mahu mencuba juga. Pagi itu. Pagi yang tidak disangka-sangka itu. Pagi yang keras panasnya belum merata. Dan Tuhan belum menurunkan sepenuhnya cerita kepada penghuni bumi.

Dengan tekun Joko berusaha. Digodek-godeknya mesin pembancuh simen itu. Setelah puas hati, Joko memutar engkol. Dan hiduplah mesin pembancuh simen itu. Berputarlah seperti sediakala.

Joko gembira tidak terkata. Joko menjulang-julang tinju ke udara sambil melonjak-lonjak tubuh ke udara. Joko kegirangan. Kejayaan. Kejayaan. Kejayaan.

Tidak sampai seminit. Joko rebah. Mesin pembancuh simen masih berputar. Joko tidak berkutik lagi. Mesin pembancuh simen berdaung dalam putaran.

Setelah diselidiki. Rupanya Joko sudah kaku. Mesin pembancuh simen masih berputar. Malaikat maut tentulah belum jauh benar. Masih berlegar-legar mengibas-ngibaskan sayapnya mahu membawa roh Joko ke suatu tempat yang tidak mampu sesiapa juga imagin.

Jasad Joko telah pun selamat dititip di dalam sampul bernama keranda beberapa hari lalu. Mungkin sudah bersemadi di perut bumi Jawa Tengah.

Joko mati selepas mesin pembancuh simen berjaya dihidupkan. Joko mati dalam kegirangan.

Apa lagi yang kau cari, Joko?
Al-Fatihah.

25 comments:

rose emely said...

joko mati sebab aper?
ke timbus ngan simen kew?
saket tangan ke?
saket kaki ke?
saket jantung ke?
huhuhu...sidey. siann joko.... :(

Anonymous said...

Mati pasal apa? Mati pikiran kah?
Apa kisah benarkah?

ijan said...

kalo mati tibe2 ni aku syak tak lain sakit jantung la ni...

Redz da Tsar said...

Apakah ini hanya fiksyen?
Jika bukan, Sangat-sangat berduka cita kerana kematiannya setelah berbakti kepada tokeynya...

Rahimin Idris said...

rose.
entah. sebab joko bukan mati kat site aku.

momotani,
mati betul la weh.

sultan,
aku rasa la. sampai ajal.

redz,
ini kisah betul. tapi sebagai latihan penulisan, aku tulis dengan cara macam ni. hihi

Anonymous said...

terkesima..mendalam!!

Shima Zahar said...

joko mati kenapa nie?
ke masa mesin dihidupkan JOKO berada di dalam pembancuh simen itu?
APAKAH?

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Joko Suprianto yang badminton tu ke?

Pok Li said...

Masih mencari punca...... belum jumpa.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Mati ada di mana-mana. Bekalan harus selalu ada, cukup! Baik sedang membancuh simen, juga leka membancuh teh. Ingat mati selalu ... tambah amal ibadat.

dzul said...

joko yang mana satu nih..? dan ke dengan aku..?
kes sds nih

Hajime said...

erk!

Ahmad Belia said...

rahimi,
aku syak ni jenayah nie!

report aa polis..

Anonymous said...

kisah benar ke ni?

Wardrobe kita said...

Erkk..mudahnya..takot!

k.e.r.i. said...

orang selangor memang suka nombor-nombor berekor gamaknya.

zairi said...

eh ko bior betul.aku beru lepas calling dia suruh beli karipap tadi.ni joko bin mane satu ni?

Don Balon said...

Al-Fatihah. Apa saja nama etniknya sama sahaja di sisi Allah. Aku pernah bertaraf boyan di madrid, aku paham apa yang mereka rasa bila dipersenda di Malaya. Mencari sinar kebahagiaan ekonomi di Semenanjung Emas.

Fadh Rahman said...

kesian joko...sekurang2nya mati selepas membuat kebaikan menghidupkan kembali mesin bancuh simen untuk kesenangan teman sekerja yang lain...

Fiziy said...

wah siapa Joko?

Radius.F said...

ada keluar dlm sinar harian dok?

S.YanaZ said...

Ya...Malaikat Maut setiap saat bekerja, bro....

Denanz ... said...

al-fatihah.
min, buat cepen sedap ni.

Darab Dua said...

macam ada unsur jenayah nih.
baik lu spokcek blk.
heh!

Suka Bebel said...

buleh dapat syahid ni.memang aku sentiasa kagum tengok orang luar gigih carik rejeki kat negara kita ni tanpa memilih kerja. al fatihah buat joko.amin