Sekolah rendah dengan rumah mak aku bukanlah jauh sangat. Berjarak 200 meter saja. Setiap hari boleh dengar bunyi dentingan loceng sekolah. Dan budak-budak nyanyi lagu Negaraku di susuli lagu Negeri Pahang.
Masa kanak-kanak aku teringin benar-benar ke sekolah. Saban pagi aku berteleku di kepala tangga sambil memerhati pelajar sekolah jalan kaki di jalan tanah merah rancangan Felda. Diam-diam aku menyimpan impian untuk ke sekolah. Belajar sungguh-sungguh. Dan jadi macam cerita 'BJ and Mc Kay'. Bawa treler laju-laju angkut baja.
Tibalah masanya. Selepas hari daftar aku ke sekolah sendirian. Hari ke-2 lah itu. Pagi-pagi benar aku sudah berkawad dengan beg hijau tersangkut di dahi penuh semangat. Budak-budak pula ada macam-macam gaya. Ada yang pendiam tapi pemikir macam aku. Ada yang terhiling-hiling macam 'Charlie Chaplin'. Ada yang bapak hantar. Yang lelaki rambut panjang sampai punggung pun ada. Sumpah.
Sampai di suatu sudut. Mataku terpaku ke suatu objek. Loceng. Itulah loceng yang sering aku dengar dari kejauhan saban hari persekolahan. Ia diperbuat daripada tembaga. Zaman itu belum ada kuasa elektrik lagi di tempat tinggal kami. Dalam kelas semua kipas pakai buku yang ada sifir sampai 12 di kulit belakang kala panas.
Aku menghampiri loceng itu. Sangat cantik. Berkilau-kilauan. Di ‘autosol’ selalu oleh tukang kebun yang rajin barangkali. Sebesar buah nenas saja saiznya. Ada tali panjang. Berjuntai dan mudah dicapai.
Tiba-tiba.
Tang! Tang! Kelentang! Tang! Tang! Tang!
“Hei, you. Come here! Mari sini!” seorang cikgu memanggilku. Dengan nada deras.
Aku hampir kepada cikgu itu. Cikgu Anuar namanya. Semua mata yang ada pun memandang ke arahku. Mana yang ada jam tangan sibuk-sibuk memandang lengan. Yang juih-juih bibir pandang serong pun ada.
“Sekolah ni ada peraturan. Sekarang baru pukul 7.15 pagi. Belum boleh bunyikan loceng lagi. Awak darjah berapa?” Cikgu Anuar tanya sambil membulatkan mata.
“Err, saya tak sengaja. Darjah 1 biru cikgu.” Jawabku tulus dengan mata mula berkaca.
“Itu kelas saya. Dah. Pergi ke kelas awak.” Dia tidak memarahiku. Aku tersengih-sengih. Tak jadi merembeskan manik-manik di mata.
Baru aku tahu. Sekolah ada peraturan. Tapi aku dah lama teringin membunyikan loceng itu…
Tuesday, February 3, 2009
Kisah Loceng Puaka
Labels:
Nostalgik Tragik,
Saja Nak Tulis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
time aku dulu budak2 slalu wat lawak murtad. dia kate tu bunyi loceng kuil. pastu trus ajak sembayang...
hahaha...
itu ghupenye bunyi tang kelentang tang tang tang tue eh..
aku bunyi ape..
bunyi beskal jatuh ke ko jatuh ke..
ape ke..
ghupe2nye...
ade org tgh test cube kempunan die..
haha!
"Ada yang pendiam tapi pemikir macam aku"
Ayat sentap je.
Saya teringat semasa saya tingkatan satu. Dilantik menjadi pengawas. Dan ditugaskan membunyikan loceng. Loceng eletrik. Tekan punat suis macam nak 'on' kan lampu. Saya tekan banyak kali. Cikgu bengang. Semua murid berkumpul di padang sebab ingatkan ada 'fire drill'. Hahahha...
Tekan suis kat bilik guru, tapi bunyinya tak dengar langsung dalam bilik tu. Saya fikir loceng eletrik itu rosak. Susah betul dibuatnya.
hah..patutlah nak pegi sekolah sangat..nak main loceng rupanya..
haha.
keh keh keh...
teserlah jugak ke'sengal'an nyer...
kalaulah ada subjek loceng!
Sultan,
Haha lawak tu JAKIM dah senarai hitam sekarang!
Nad,
Hah, tu la. Loceng tu sentimental tau. Sebelum orang gelor, pakai rim basikal je!
Bayan,
"Ada yang pendiam tapi pemikir macam aku" haha..terfikir macamana nak jadi ninja masa tu…
Hah, lepas tu cikgu anuar lantik aku jadi pengawas jugak tau! Haha
Edi,
Hahaha gua geram la kat loceng tu masa tu!
Alina,
Haha
Rose,
Hehe itu kira prodigy la tu. hakhakahak
Momotani,
Ada. dalam silibus ninja!
besday nt..
nk kasik loceng 1..
mau?
hahaha
Oh, aku pula benci loceng.
Waktu darjah lima, loceng elektrik warna merah darah yang amat besar letaknya betul-betul di tepi kelas kami, kelas yang paling hujung (kedudukan - bukan ranking). Di setiap tingkat, akan ada sebiji.
Terlebih sengal, waktu itu setiap setengah jam loceng akan berbunyi sekali sebagai tanda perubahan period matapelajaran. Sistem penunjuk waktu yang tidak praktikal.
Sambil menahan derita telinga, hari-hari kami berharap loceng tidak akan berbunyi, dan harapan kami hampa.
Tiada nostalgia dengan loceng sekolah.
tahniah..kira golden dream mu dah tercapai aa time tu
Mesti kau banggakan? Mesti masa tu idung kau kembang kempes...
Beli skilo la bang letak kat umah..kasik bunyik sejam skali..
namapak sangat kau ni dari ulu2. loceng pun nak kagum macam tu skali.
haha.., ramai sangat yang geram nak bunyikan loceng tembaga kuning itu..
balik rumah hari tu kau misti cerita kat anak jiran kan..?
malam karang, ko pegi sekolah tu. ko ketuk la loceng tu sampai ko puas. nak lagi bes,record sekali.
kenapa takleh nak dekat ngan loceng tu?
kuat sangat ke bunyi nya?
~~ kompius
masa sekolah rendah dulu takut nak bunyikan loceng yg tembaga tuh.. berat pun yea.. pastu dlm darjah berapa tuh dah tukar loceng elektrik... ada masanya mcm tak brp clear jer bunyik nyer.. hemapeh tul ler... tapi itu ler nostalgia zaman sekolah dolu2....
lebih kurang jugak dengan loceng penjual aiskrim.
sekolah aku dulu pun pakai loceng tu. sekolah kampung. sekolah bandor tak pakai kot loceng gitu gaya. ha ha.
tapi ko pandai min. aku hr ke2 sekolah tak tau lagi aku kelas kaler apa. ha ha.
.
dapat jugak merasa bunyikan loceng tu! koi tak sempaT!
nota : esok2 koi bunyikan loceng aiskrim je la allalalaa
aku tingin gak nak kasi kelentang kelentung itu loceng stiap kali lalu bilik guru...ade rse teruja semacam kan?kan?kan?huhu
Hanie,
Nak! Kasi duit sekali! Hehe
Indrasakty,
Loceng aiskrim ada nostalgia?
Che sue,
Taik lu! Hahaha
Kikure,
Haha aku saja masa tu. gatal tangan!
Qaseh,
Mana ada da loceng pesen tu.
Yoshz,
Ah, kl bukan jauh dari kg aku. Naik helicopter 15 minit je.
Dzul,
Hahaha semua sekolah pakai loceng tu. semua rebut nak bunyikan!
Farhana,
Sekarang pakai loceng letrik weh!
Keri,
Kuat. Mana boleh bunyikan tak tentu hala.
Latifah,
Ah, kalau takde letrik langsung tak bunyi loceng letrik tu.
Bro denanz,
Haha ye ye. Betul la. Kalau roti pom pom pom. Hahaha
Tasik,
Akak tu tau nak ngorat je., hahaha
Aliff,
Ah, kat kuil banyak lagi. Hahaha
Biskut,
Ada. rasa cam pengarah. Haha
kat skolah rendah aku pn dlu ade
Post a Comment