Monday, February 16, 2009

Hulu Tembeling 2004: Aku bukan Tuhan...

Tempat yang asing. Memang asing. Lagi sunyi. Minum kopi memang bagus. Kalau ada masa dapat berangan dan menyusun kata-kata memang terbagus. Asyik betul.

Kalau ada daun terup. Buka meja judi. Polis pun tak sampai.

Kalau dapat baca sajak-sajak Indon, lagi haru.

Tapi gangguan memang ada juga di mana-mana.

Akita: Ayie, buat air.

Ayie: Mie, buat air. Sedap juga kena kopi malam-malam.

Aku: Tak reti la buat air.

Ayie: Taik aok. Buat air kopi.

Aku: Tak reti. Aku bukan tuhan. Tak reti.

Ayie: Haih. Nak buat air kena suruh Tuhan? Kena pijak ni kang!

Aku: Ha Ha. Ye la..ye la. Nak bancuh kopi la ni. Tuhan je reti buat air ni. Aku bancuh air boleh la. Ha Ha Ha.

Ayie: Payah bercakap dengan orang suka sastera ni!

Malam itu aku bancuh kopi. Malam yang pekat aku teguk sekali…

16 comments:

stu_comot said...

mmg lawak je kamu ini..hahaha..sempat lg pikir mende2 cmtuh..comell2!! i mean air kopi itu comell..

Pok Li said...

Memang sastera

yoshz said...

kalau aku mmg tak reti buat bodoh.

bayan said...

Itu bukan jawapan sastera. itu jawapan hati, jawapan diri, jawapan nilai dan jatidiri. Mungkin.

Suka Bebel said...

hulu tembeling? rasa macam aku penah singgah dalam perjalanan nak ke air terjun jerangkang.itu berlaku dalam 10 tahun lepas rasanya.fuh! cepatnya masa berlalu

abu lola said...

apa pun bro gua suka le cerita lu.

tasikmerah said...

min org seni ni mmg ada sewel2 sikit. ha ha.


.

Dzulkarnain Mohamad said...

banyak cerita dari 'rumah sengsara' haha..

aku nama Ungu~ said...

hahaha..

satu lagi cabang seni yang sgt unggul
seni lawak!

k.e.r.i. said...

cara orang seni berfikir memang pelik sikit.

nama pun 'seni' kan.

Fiziy said...

haha selamat kau pandai tiaw ayat. kalau tak, confident je aku ckp ko anytime bleh kene sambar petir.. HAHA

sultan said...

budak umah sewa aku dl sume pemalas. kalo ada sorang wat kopi mmg dapat pujian melambung2. walaupun kopi tu nmpk jernih je...

Fadh said...

aku dulu bancuh air kopi campur kicap...ha ha ha berguling2 aku gelak bila housemate aku minum sampai termuntah sebab rasa masin hu hu hu

Hidemichimomotani said...

Malam itu aku bancuh kopi. Malam yang pekat aku teguk sekali…

pasal ayat ni je cukup aku nak bagi standing ovation!

Qaseh.Darwisy said...

panjang akal namanya..

Abg Mie,aku rindu kat ko punya citer2 klaka tahap dewa2 macam dulu yang bley buat aku gelak kat ofis smp bos aku marah..da x de ke?

rahimin idris said...

Stu comot,
Ala, cakap je aku comel. Aku tak marah. Hahaha

Pokli,
Sastera mende lagu tu. hihi

Yoshz,
Hah. Buat cerdik?

Bayan,
Jawapn pemalas tu. ha ha

Sukabebel,
Woi, ada ke tempat tu?

Abu lola,
Terimakasih.

Tasikmerah,
Tapi akak tu sewel banyak. hahaha

Dzul,
Banyak gila. Rumah sengsara tu pun dah takde. Haha

Aku nama ungu,
Hehe apasal nama kau ungu, bukan indigo?

Keri,
Ah, seni malas tu. haha

Fiziy,
Woi. Haha

Sultan,
Haha woi, ko ingat aku perajin?

Fadh,
Wah3x, dajal suci ko ni!

Momotani,
Haih. Ayat hentam jet u.

Qaeeh,
Cerita ada. masa je takde. Macam ko jugak. Sibukkkkk je manjang. Haha