Friday, February 20, 2009

Geng Pukau Paling Bangsat Pernah Aku Hadapi

Dulu masa di asrama kalau nak tidor malam memang payah betol. Tapi yang gampangnya masa prep bukan main-main ngantuk pulak. Baru buka buku rantang muka surat isi kandungan rasa macam nak luruh saja ulas mata. Senior masa itu jenis buat asrama macam kampung dia. Orang tidor masa prep pun nak tarik meja?

Jadi bila sampai waktu tutup lampu aku susah hati. Orang berdengkur, aku terkebil-kebil. Lampu jam 12 memang harus mati. Nak buat apa gelap-gelap begitu. Ada juga rasa nak beli tiket bas. Balik kampong dekat Jengka sekejap. Main karom dengan Abang Atan.

Suatu malam. Malam itu seperti malam-malam lain juga. Gelap kalau tak nyala lampu. Aku melayan mata. Usai baca ayat-ayat suci dan doa tidor. Aku harap tertidor la. Tapi macam biasa. Memang mata aku pesen kena berpaksa baru emboh lena.

Senang aku asyik dalam kelenaan itu. Tiba-tiba…

“Bangun..bangun..syhhhh…” satu suara dalam nada membisik kejut sama aku. Bahu aku yang berketul-ketul macam Rocky Balbao turut digoyang-goyang.

Perlahan-lahan aku buka mata lagak orang buka mata lepas operate. Dalam samar-samar cahaya lampu koridor di tepi katil terlihat aku dua ekor malaun. Muka tak berapa cam. Gelap. Tapi dua-dua ada iras-iras cenekah dan siamang.

“Syhhh…jangan bising. Tengok sini. Tengok sini.” Brader itu suruh aku tengok satu rantai panjang. Nampak macam kunci saja di hujung rantai itu. Brader yang satu lagi diam saja. Jadi balaci saja gamaknya. Mencangkung tepi brader yang pegang rantai berkunci itu.

Rantai kunci itu dibuai-buai ke kiri dan ke kanan. Aku pun ikut la pandang kiri kanan, kiri kan, kiri kanan. Dekat dua minit juga aku buat benda entah hapa-hapa itu. Terasa juga tak nak buat. Tapi tak nak buat takut kena pelepuk. Lagi pun benda senang sangat. Kalau dia suruh basuh bas asrama malam-malam susah sikit nak buat.

“Nama kau siapa?” brader yang membuai-buai kunci tanya. Apa ke jadah entah malam-malam duduk tepi katil orang tanya nama. Nak berkenalan pun tengoklah masa.

“Rahimin.” Sepatah aku jawab. Lebih-lebih nanti takut juga. Buatnya mereka agen CIA.

“Nama ayah?”

“Idris.” Aku dah mula cuak. Masa itu aku dah tahu pasal ISA ni. Risau juga.

“Nama mak?”

“Rosiah.” Aku tambah serius menjawab.

Lepas itu macam-macam siamang dan cenekah itu tanya. Semua aku jawab dengan jujur, ikhlas, tulus lagi istiqomah. Dekat sepuluh minit ada rasanya berborak dalam suasana macam celaka itu.

“OK. Kita orang nak tanya. Esok nombor ekor, apa yang keluar?” brader yang itu la tanya.

“Hah, nombor ekor?” aku jawab tanya dengan tanya. Tiba-tiba soal nombor ekor ke aku. Memang la nak maru gamaknya.

“Ye la. Bagi tau kita orang apa nombor-nombor ekor yang nak keluar minggu ni?”

“Laaa, mana la saya tau nombor ekor yang nak keluar bang. Tunggu je la surat kabor. Tengok nanti…” Aku menjawab dalam jasad yang masih terbaring mengiring.

Aku pun tak tau la panas hati rasa nak menampor ke nak menerajang malam itu. Ikut hati yang amarah, memang rasa nak turun ke tingkat bawah minum air dekat water cooler dah.

“Eh-eh, kau sedar ke ni?” lagi la celaka barader satu lagi yang selama itu cuma diam. Apa ke bangang dia tanya aku sedar ke tak sedar pulak. Kalau aku ni pak cik jaga, makan cotar dah dahinya.

“Aik, apahal ni? Mesti la sedar. Bila masa saya tak sedarnya. Dah abang kejut. Sedarla saya!” aku meninggikan sedikit nada suara.

“Hek elehhhh..” hampir serentak mereka menyebut ‘hek elehhh’ dalam intonasi yang panjang.

“Tak jadi la ilmu pukau kita beb. Jom la blah.” Brader tukang pukau itu ajak member dia berambus.

“Kita cari budak dorm lain la. Ingat boleh dapat nombor tadi.” Sayup-sayup suara stail budak KL belah-belah Selangor brader balaci itu berhajat buat operasi lagi demi nombor ekor.

Aku dalam gebar menyumpah-nyumpah itu masa. Sudah la mata susah nak lena-lena. Jam sudah dekat 330 pagi ada pulak budak KL belah-belah Selangor datang memukau nak mintak nombor ekor. Pukau kepala hadas mak bapak korang la!!!!!

29 comments:

oyett said...

ahahah...no ekor brape??aku org selangor beb...

rose emely said...

nak test pukau jugak arr malam ni...tapi kat umah tak der kunci berantai plak. aper leh ganti???

Fadh Rahman said...

apasal ko tak kasi no kat malaun 2 ekor tue...patutnye ko sebut jer apa2 nombor yang terlintas kat kepala ko masa tue...bior ke padan muka diorg bila no yang ko bagi tue xkuarkan pn...

hanie said...

sape nk nombor..
mintak kat incek rahimin..
cepat..
seblom kehabisan stok..

hehehehehe

mrblind said...

hahaha..geng pukau indon pun takde buat macam tu..

Jorji said...

mereka berusaha sebenarnya.lu sepatutnya join mereka.mereka juga ada masalah nak lelap mata.

Rahimin Idris said...

haha woi, ingat aku pawang nombor ke?!!

rose emely,
hoh. ko hayun pakai kaki je!

fadh,
gila. tak pasal2 kena lempang kalau tak jadi nanti!

hanie,
sila bawak kereta antik dulu sebijik!

mrblind,
hahaha macam laknat!

jorji,
tak ingin aku. baik bukak meja main 21 terus!

ijan said...

bagi satu no. pastu pura2 mintak pengeras. biskut krim setin. haha...

Suka Bebel said...

kalau aku kena gini tobat mamat dua ekor tu mandi air kencing.hehe dah terdesak sangat sampai main pukau pukau plak

zairi said...

x kan lu layan syabu kot ni? layan syabu je yang payah tido malam ni.

Rahimin Idris said...

sultan,
lepas tu celup biskut dalam air water cooler? haha

sukabebel,
ala, konon2 hipnosis la tu. haha

zairi,
woi, mana ada. syabu mahal!

Rahimin Idris said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

mmg sesuai sgt dua mangkuk tu dgn tajuk di beri...sapalah cikgunya?

hzrh said...

hodoh gile perangai malaun 2 ekor tu..mcm selipar!
ahaha

dzul said...

'budak kl belah-belah selangor' memang kuat melawak style macam ni..
tunjal je dahi dia dengan penyendal pintu..haha

Anonymous said...

heheheh.. lawak tak ingat budak2 kl belah-belah selangor.. aku rasa pukau tu tak jd sebab kamu belum lelap la min..

Rahimin Idris said...

Momotani,
Cikgu shaari!

Hazirah,
Selipar pun tak macam diorang!

Dzul,
Hahaha diorang memang macam tu..

Tini,
Hahaha budak KL belah2 selangor? Diorang advan sikit kat sekolah aku dulu.

tasekM said...

patut lu sebut je nombor mende2 min... bior padan muka. ha ha.


.

Kikuri-hime said...

Ilmu pukau mendela yg dorang pakai? Aku rasa, kalu nak menurun, kat jirat cina lagi menjadik. Cenekeh menatang ape? Sila jawab...

Don Balon said...

Koi hanya mampu gelok tak terkomen... harharhar

Anonymous said...

haaa..kali nih blh arr ckp..encik rahimin comell!! tp geng2 wat pukau tuh lg comell.hahahaha..lawak pny pukau

Pok Li said...

Jangan main nombor :)

FarhanaLicious said...

hahaha. nampak sangat ko ni layak nak kena pukau. haha

@tune® said...

asal pukau jer minta nimi ekor...
nomo kepala xmo ke?

Rahimin Idris said...

Tasik,
Kena penampor dengan senior tu nanti. Aku budak lagi. Jujur la weh. Haha

Kikure,
Cenekah tu macam lotong rasanya. Cuba google. Haha

Don,
Hahaha

Stu comot,
Ah. Ko saja dengki kat aku yang comel ni. Hahaha

Pok li,
Haram boss.

Farhana,
Hahaha inosen weh!

Tooney,
Nombor kepala diorang tak berani mintak. Sebab dekat Zimbabwe je ada jual. Nak buat apa.

Anonymous said...

kalo encik rahimin comell, gwe nih taraf miss world la kott..ngeh2

Wardrobe kita said...

Hahhaha...apesal ko x tengking jea..x pun ko bangun bsajak..mesti dorang cuak..hehheh...

k.e.r.i. said...

orang selangor memang suka nombor-nombor ekor gamaknya.

JEJAKABANJARTERAKHIR said...

ish ish...( air hingus ngan air mata cam nk kluar) eh...nie citer sedih kan???...