Wednesday, February 11, 2009

Cinta dan Lapar Menguasai Dunia

Aku tak suka tonton program ‘Bersamamu’ di TV3 itu. Sungguh. Aku kira semua sudah maklum rancangan apa itu. Perihal miskin dan susah itu bukanlah sesuatu yang manis. Di bumi Tuhan yang menaburkan jutaan, barangkali tak terjangkau nikmat di bawah tapak kaki umat manusia ini – tak usahlah kau bisingkan pasal tak cukup makan. Kerajaan, sila ambil perhatian. Itu pun kalau kau tahu makna kasih sayang.

Mari kita selak lipatan-lipatan hidup masing-masing. Lainlah kalau kau anak raja yang lahir atas tilam empuk (itu pun mungkin ada juga kisah sedih yang kita tak tahu). Akan adalah kisah-kisah sedih yang tersendiri. Kerikil-kerikil yang menanti di sepanjang jalanan. Kalau langkah kau mudah. Kau pun penerima nasib. Tak ada yang buruk. Tak ada yang baik.

Emak dan arwah ayah berpindah ke rancangan Felda yang macam tempat Jin bertendang. Ketika itu aku masih anak kecil. Masih belum mampu mengukur gerak hari. Seumur empat ke lima tahun. Satu pili dikongsi lima ke lapan buah rumah. Berpelita minyak tanah malam-malam macam dapat bintang. Aku suka ambil tahi pada sumbu pelita. Dan bikin nandek di dahi. Tak pasal-pasal kena tangan dek emak.

Suatu malam. Tengah malam. Arwah ayah pulang kerja dari kilang papan. Pokok getah masih kecil dan belum boleh ditoreh. Semua peneroka harus bekerja sampingan. Mahu kasi anak bini hidup terus. Arwah ayah seorang yang rajin dan tabah. Seperti ayah-ayah orang lain yang bertanggungjawab juga.

Kerana lapar sudah tentu arwah ayah mahu makan. Kami sudah lena kala itu. Dan malam itu arwah ayah makan nasi yang cukup-cukup tinggal satu pinggan. Dengan berselera. Lapar dan cinta menguasai dunia. Begitu kata pujangga.

Usai arwah ayah makan. Emak yang setia meneman arwah ayah, mengeluarkan tin biskut. Emak makan biskut. Rupanya emak belum makan lagi. Nasi hanya cukup-cukup untuk kami tiga beradik. Dan selebihnya untuk arwah ayah. Arwah ayah terdiam melihat keadaan emak..

Di malam yang sunyi itu, air matalah yang mengalir di pipi seorang lelaki yang baik hati. Tentulah arwah ayah bersedih. Kerana arwah ayah seorang lelaki yang baik hati. Selepas peristiwa malam itu, arwah ayah tekad berusaha lebih tekun. Tanpa sebutir keluhan pun. Malah tak pernah bising walau betahun-tahun tak ada talipinggang dan baju baru untuk berhari raya. Kami macam biasa. Baju dua tiga pasang.

Dan janji arwah ayah untuk menjadikan kami manusia yang baik, dan dapat menyenangkan emak, telah pun tertunai sebelum menutup mata. Sekurang-kurangnya kami tak pernah hisap dadah. Jadi bagus macam Don Balon dan Dzulkarnain.

Bertahun-tahun kisah ini bermain-main dalam diri aku. Aku gendong ke hulu ke hilir. Ketika belajar. Merantau. Berfoya-foya. Atau ketika dirundung dugaan sekalipun tak pernah lupa. Bagi aku itulah makna kasih sayang. Hanya secebis kisah dari banyak lagi kisah-kisah cinta agung. Kasih sayang seorang wanita kepada seorang lelaki. Kasih sayang seorang isteri kepada seorang suami. Atau sebaliknya. Bagai kasih sayang Tuhan. Tak ada timbal balas. Hingga ke akhir hayat.

Kerana itu sewaktu aku pernah dapat sekeping kad dan seketul coklat pada ‘Hari Valentine’ 1999 dahulu, dari entah gadis bodoh mana yang ingin berkenalan, aku hanya tersengih dan mencarut, “pukimak kau la. Bodoh macam cibai…”.

Kad yang tertulis kata-kata bangang, dan jadi lelucon bersama-sama kawan-kawan itu aku buang. Coklatnya itu aku makan juga. Sedap juga. Aku tak ego. Jangan membazir. Ha Ha Ha.

32 comments:

yoshz said...

aku pun tak suka tgk bersamamu. aku tak paham camner ada org yg tak cukup mkn kat sini lagi. padahal kutipan zakat berjuta. lagi satu yg cibai: kalau kau sms Rm2. dia caj kau rm4.

miSz.haNie said...

katanya..bersama mu tu..
kl nk kn bantuan..
mmg kene berlakon gitu..
tul ke tidak..
wallahualam...

[asenye anak2 yg knal lampu gasolin, minyak tanah..lebih cenderung jd manusia..dr anak2 yg knal lampu letrik..cenderung jd sampah masyarakat]

Dzulkarnain Mohamad said...

kahkahkah..jadi bagus..

aku tengok juga kalau takde cerita best kt channel lain..tengok saja la sambil mata terkelip2..

ah..walaupun dulu aku kecik lg tapi aku tau sengsara mak ayah (budak felda toksah nak cong la kata hidup mewah)..
ish tak mau la cerita susah tu kat sini..biarla jadi kenang-kenangan yg indah2..

p/s-hoi banglo dah siap blom..gamba kasi upload la kalau dh 90% siap..

rahimin idris said...

yoshz,
la ye ke kena caj macam tu? tapi aku dulu cukup makan. masa mula-mula je susah sikit. biasa la. no pain no geng! hahaha

hanie,
ah. budak2 ni macam2 pesen. hisap gam pun ramai.

dzul,
hahaha
woi, biasa la. susah senang tu adat dunia. apa nak dikesalkan. kita cuma bercerita. apa la yang nak dikisahkan. tuhan saja yang tahu kan?

Suka Bebel said...

sangat aku bersetuju apa yang ko bangkitkan ni dan aku juga datang dari family yang sangat susah tapi tak pernah mengadu domba dan meminta minta. kalau terserempak yang idup susah ni memang dihulur juga seringgit dua, tapi dalam bersamamu tu dah melampau sangat mengadu.paling aku tak boleh nak lupa ada sekali aku termenonton satu family ni makan lauk siput babi.krew tv3 boleh sampai ati ambik gambar dan tengok diorang makan semata mata mohon simpati??bangang. sebab tu lah setiap kali terserempak iklan bersamamu, rasa kesian bertukar jadi menyampah.mintak maap banyak banyak kalau ada yang terasa

akuduniaku said...

cakap pasal susah ako pon stuju jugak sb ako pon anak felda..

tp ta susah sgt kecuali taon 1997,1998. susah gler sampai makan pon ta cukup sgt..

n skang ako lae susah sb hidup sendirixx..tp kdg2 pao jugak ma n abah..he3x (da jd anak manja tepaksa lah)

he3x

rahimin idris said...

sukabebel,
aku pun pelik kadang2. tak faham. kata duit banyak sangat malaysia ni. tapi nak makan kena masuk tv!

akuduniaku,
ah. masa tu koi pun susah juga. sebab buat diploma. banyak buku kena katam!!!

ierma said...

baru cadang nak kasik kad valentines kat ko..
hahahaahahahahaha
(acah mak enon)

bayan said...

Saya tidak pernah menonton bersamamu. Tidak praktikal untuk menyedarkan diri.

Saya hanya menonton iklan rancangan itu.

Saya tidak fikir kemiskinan harus ditangisi, bagi yang muslim la.

Redha, dan usaha sedaya yang mungkin, itu lebih baik bukan?

Berdosa menangisi sesuatu yang telah ditentukan Tuhan. Macam mempertikai pula apa yang Tuhan tentukan. Eh, berdosa ke? Entah, tak pasti.

hajime said...

ape kene mengena minah yg kasik cokelat tu?
patut ko layankan aje...
at least every year ko dpt makan cokelat skali...

rahimin idris said...

irma,
kasi je. taruk duit rm100. hahaha

bayan,
mana la aku tau pasal dosa2 ni. kau pun tak jawab pasal gunting gambar kat perpustakaan tu! hahaha

hajime,
ah. coklat bukan sedap sangat. kami ada kebun koko masa tu!

sultan said...

org pompuan mmg suke bg coklat kat org laki la. jangan byk tanye. makan sudey... haha...

stu_comot said...

tgh sedih2 bace artikel tuh, tetibe rase xbaik tau ckp gitu kt girl tuh..hissh!!hmm, patot pompuan tuh beli cekelat mkn kt die, lg bgus!!nyum2..btw, ank peneroka yg sempat rase susah2 tula yg byk berjaya, nk dibandingkan ngn yg dpr sume mende skrg..g skola mls, ptg2 lepak kt simpang n merempit..hmm..

zairi said...

ya.kita sama2 anak felda.penah merasa lampu gasolin.main buai bawah rumah.ape sangat yang kita tau pasal susah nya mak ayah kita time tu?tido waktu malam dalam hujan lebat menitik2 kat celah2 paku payung sambil tadah dalam baldi.

Hidemichimomotani said...

Bersamamu aku suka part lagu tema tu je!

BudAk hijAu said...

membazir amalan setan!!hehehehe..

tasikmerah said...

aku ingat dulu. aku merajuk dgn arwah abah sbb aku inginkan sesuatu.

bila petang abah pujuk aku. abah kata 'kakak, esok abah cuba gadaikan jam abah ye. kalau dapat esok abah bg apa yg kakak nak..'.

sumpah. lepas tu aku tak pernah mintak apa2.



.

Rajuna said...

untung lah kalau gitu.
aku? dapat rantai basikal je.

Kikuri said...

Alamakkk... aku nanges baca entry kau...

I'm touched...

@t00neY r00neY® said...

saye xbleh tgk bersamamu sbb saye akan menangis dan menginsafi ape yg terjadi kepada orang lain...

baik lg segmen bersamaku...
ataupon makan coklat bersamaku..
lg kenyang saye rase...

kesusahan yg membawa kite erti sebenar kehidupan...entry awak sagt sedey

k.e.r.i. said...

kesusahan memang mengajar erti kehidupan.
skang aku rasa.
memang susah.

FarhanaLicious said...

eleh. nak cakap ko pernah dapat hadiah valentine day la ni?

Don Balon said...

Min..
koi no gelak machanc D-z jugek..
takde bagusnye koi ni..
cume betul la..tak pernoh hisap dadah..
koi dgn d-z pun tak pernoh isap rokok..
ha..itu bab yang baik..
yang tak baik?
Koi masa skolah menengoh dan di U..kalu toklayan Carcass atau Entombed sehari rasa ketor lutut..machanc nok demam.. hehe

Kesusahan di tanoh rancangan ni jangan cerita la min.. koi sampei di gelangi umur setahun..aok tahan la dari jerantut je...
koi dari kawasan Mahang di negeri kedoh.. bapok jauh perjalanan..
(tapi jangan persoal kepahangan koi nanti koi siku tulang rusuk aok..)
tapi koi tok ingat la umur baru setahun masa tu.. sapei ke pahanc pulok air ape semmer takdok..
koi kena asthma pulok.. mok koi kate maser tu memang kira tunggu ari nok mati je koi..
Alhamdulillah koi masih hidup dan telah membiak kepada 4 orang setakat ni la..
ambik air paya je mandi..
kemudian felda buat paip catu di simpang2 machanc aok cakak tu..
budok kire mender..nok bergumbira je la.. miskin takde duit perkara ke 18..janji seronok.. mandi ramei2..

kemelesetan ekonomi tahun 1987-88 den masih ingat.. ade sekali ayoh koi dapat pendaatan sebulan 17 sen..
diulangi 17 sen..mender nok makan?
pandei2 la weh..
kutip mender keliling rumoh la..

tapi koi suka kesimpulan aok..
aok, d-z dan koi masing2 doh kehilangan ayoh..koi yang last sekali.. hanya tinggal memori insan pejuang yang mahu anok2 menjadi lebih baik dari mereka..
secara zahir dan batin...
Al-fatihah..

Fadh said...

BERSAMAMU hanyalah mainan org2 korporat yang keparat...yang hanya tau mengerat dan memaratkan golongan melarat...

antara cinta dan lapar terselit nafsu yang memacu manusia menjadi pengampu atau pemburu...

Muhammad Azli Shukri said...

inilah satu2nya tulisan yang sangat menyentuh perasaan.

Indrasakty said...

Kejam.

Tapi gadis memang patut diajar secara kejam.

Anonymous said...

Salam Rahimin, bapa saudara saya pun memandang sinis pasal rancangan ni. Dia berkata mereka ini tidak apa apa dibandingkan kesusahan dia dahulu. Tidak perlulah hendak menangis nangis.

Dia berumur 12 tahun ketika datuk saya meninggal. Kakak seorang dan di bawah adik adik ada 6 orang. Di zaman jepun. Dia pergi membawa ubi kayu naik basikal dari Jasin ke Merlimau seorang diri. Dia akan cuba menjual atau menukarkan ubi kayu itu dengan beras atau minyak atau apa apa sahaja.

Jika kita di tempat nenek saya beranikah kita membenarkan anak lelaki berumur 12 tahun berkayuh basikal sejauh itu di zaman jepun? Tapi nenek saya tiada pilihan. Berjaya juga nenek saya membesarkan semua. Semua anak lelaki bekerja kerajaan. Emak saya menjadi guru. Tapi tidak pula bapa saudara saya menyokong kerajaan. Dia orang kuat PKR kawasannya.

Heh heh. Dari komen jadi cerita pulak.

Ummi Ammar

antusabun said...

Syahdu cerita lu ni. Gua nak menitik air mata bila membacanya. Besar betul pengorbanan ibu bapa kita. Ni bapak gua pesan siram bunga pun gua boleh doa agar tuhan turunkan hujan.. Hampeh!!

stu_comot said...

gadis mmg patot diajar secara kejamm?woooo...

Facet said...

min kalau kau ada novel free copy ye satu.

rahimin idris said...

Sultan,
Hah. Aku makan la tu. kalau ada jampi mati la aku masa tu. haha

Stu comot,
Tu pun nak sedih? Aku pun tak sedih. Haha

Zairi,
Bab rumah bocor tu aku setuju. Kalau buat bisnes tampal atap di felda masyuk!

Momotani,
Aku suka bila rancangan tu ditamatkan. Hihihi

Budak hijau,
Haah. Belanja aku takpe. Hehehe

Tasik,
Eleh. Tipu. Mintak kawenkan akak tu..hahaha adeh…

Juna,
Woi, besi mahal la. Kumpul banyak sikit!

Kikure,
Sheh, itu pun kau nangis? Biasa je tu…

Tooney,
Woit, jangan la sedih. Kan kisah2 macam ni banyak. semangat la weh!

Keri,
Ko tengah susah ke? Ah. Sabar je la.

Farhana,
Hahaha bila nak antor kek kopi kat aku? Hahaha

Don,
Hahaha aku dulu gila kat slayer.

Ala don, ini semua memang kisah biasa kita. Kita pun dah ok sikit sekarang. Aku tulis ni sebab tak nak bagi kita lupa asal usul kita. Tu je. Aku tabik bapak2 kita.

Fadh,
Itu kata2 jalaludin rumi. Betul cakap dia tu weh.

MAS,
Tak la sedih mana. kalau kau dapat jadi PM nanti, kau ingat2 la. Hahaha

Indrasakty,
Alah, layan je. Jadi budiman sikit. Hahaha

Ummi ammar,
La, apsal ko tak buat blog je. Tapi kalau kau nak komen panjang2, aku bukan marah pun. Hehehe

Antusabun,
Hahaha apa la lu ni.

Stu comot,
Ko marah je indrasakty tu! hahaha

Facet,
Hahaha entah bila la aku nak siapkan novel aku!

Qaseh.Darwisy said...

Aku mmg x kenal gasolin n arang..tapi aku syukur aku masih berada di landasan yang betul..x pernah tersimpang.

Bersamamu hanyalah lakonan semata2..Pck aku kerja TV3. dia pun penah jugak join buat rancangan bersamamu ni..