Tuesday, January 13, 2009

Kalau nak boikot, boikot la. Tak nak boikot kau punya pasal. Aku nak makan nasik kena kerja jugak!

Tahun lepas dua kali saja aku masuk KFC. Ada tokey cina upah aku susun program kerja dia dan dia ajak jumpa di situ. Satu kali lagi sebab kedai makan semua tutup. Yang buka kedai cina saja. Tahun ini tak masuk lagi. Mac D tahun 2003 rasanya kali akhir. Singgah dengan Dzul Menerung Paya itu dekat Mentakab. Sebelum itu tahun 1998. Hanya dua kali seumur hidup aku.

Kolgate memang aku tak guna. Guna arang. Tapi itu dulu-dulu masa sekolah rendah. Semenjak pakai dapur gas terpaksa guna ubat gigi dalam tiub. Kopi O ais aku suka. Tapi ‘Nescafe’ aku dah ganti dengan Indo Café. Sebab aku tak suka teh.

Bukan sebab boikot pasal Israel sangat semua ini. Bila band Napalm Death keluar projek tepi album Scum, dan tersebar di Malaysia awal 90an dulu, aku macam terikut-ikut membenci jenama hasilan korporat-korporat ini. Sama macam kenalan cina aku yang boikot produk Jepun yang memancung nenek moyang mereka di zaman perang dulu. Mereka kata, beli bila hanya jika benar-benar nak pakai dan tiada pilihan atau produk itu saja yang paling bagus.

Tapi semalam ada pulak MP Melayu Islam yang cakap, jangan boikot sebab itu untuk ekonomi. Siap usap-usap perut dalam parlimen pulak lagi. Apa bangang.

Tak tahu ke Zionis jadi kuat sebab kita bantu ekonomi mereka..!!!!!

Che Guevera kalau hidup lagi mesti suka album ini..!!!

21 comments:

Darab Dua said...

gua dulu kacip dengan frida. sbb tuh saja ada kt kampung gua.
tapi skang ntah mane hilang frida tuh.

dah jadi MacDe dengan Pizza Hir pulak
heh!

Umie said...

Aku syak MP tu ade syer ngan kompeni2 zionis tu... sbb tu dia bg nasihat baekk punye cenggitu!!

sib baik la aku bukan peminat fanatik brg2 dr kroni zionis tu tp ade certain things yg aku mmg takleh nak elak kena beli gak dr diorg...huhuhu

ijan said...

ah... boikot... boikot...

takbir...!!!

Kikuri-hime said...

Bior betull! Ko makan McD baru dua kali ke? And then, kau guna arang? Ishh! Ajaibnyeee! Fakta menarik ni!

Anonymous said...

Sapa MP bahlol tu? Dia tak tahu ke Yahudi anggap manusia lain selain Yahudi sebagai haiwan yg tak bernilai di muka bumi. Sebab tu kalau takat nak sembelih budak kecik idup2 mereka takdehal punya! Esk MP tu kene pulak baru tahu!

hegira said...

setuju jugak.

tapi tadi ada pakcik yang ada pangkat doktor cakap, kfc tu malaysia dah beli, jadinya tak ada kaitan dengan US. tak tahulah. sapa rajin sila check.

ala. berger ramly pon sodap.

dan ahli mp tuh aku rasa kena masuk kuliah dr farish.

KARKADEWA said...

nsb baik gua tak minum nescafe...

@tune® said...

gosok gg ngan arang leh bersih ke?
mesti xbyk plak gigi nih

dzul said...
This comment has been removed by the author.
dzul said...

thn ni aku langsung x jejak kfc..ah bukan sedap pn kfc..
mcd dah lama giler x jejak..mcd jarang ada kt pekan kecil mcm kemaman,jerantut..

ah, bukan mati pun x mkn n pakai brg2 yg berkait ngan yahudi. jgn pikir pasal kesan ekonomi lah..kalau semua org boikot nnt byk la kompeni tempatan yg cuba buat fastfood sendiri..kn lebih baik utk ekonomi..

bak kata ko lama dulu...makan peha ayam kfc seolah macam memamah peha umat islam palestin..huh

zairi said...

aahhh...kera-jaan skang dah macam bangang!!!

Fadh Rahman said...

aku rasa laa kan...kita rakyat marhaein nie jer yang dok bincang pasal boikot tapi bakal PM tue boleh cakap yang kerajaan tidak menyuruh rakyat boikot kerana itu hak individu dan terpulang kepada rakyat samada nak boikot atau tidak. Apa ke jadah...cakap bukan main berkobar2 kutuk kekejaman israel tapi bila bab boikot tetiba menikus plak...nie mesti termasuk dalam golongan samseng kampung dusun nih!!!

mrblind said...

gua tumpang boikot..allahu akbar..

tasekM said...

aku syak ada suku sakat dia yg business produk2 yahudi nih....


.

.farah. said...

aku dah agak.kerajaan xkn boikot brg2 palestin punye.setakat buat demo merata2 semua bole la.

Anonymous said...

tutup jer lah cawangan dorang kt malaysia. tp aku suka twister ngn bandito pocket

Anonymous said...

go2 jiayou!!

alif-mikail said...

jom makan HFC

HPA Fried Chicken.. kasi golek itu Yahudi... bagero!

Suka Bebel said...

aku memang secara jujur sukar nak elak kep c ngan mek d ni, dah orang umah aku duk ngidam macamana? tapi selagi boleh memang elak la.ubat gigi takde la sampai pakai arang, aku guna mukmin yang ditanggung halal katanya.tapi lum tau lagi sejauh mana halalnya

Hartini Omar said...

kerajaan kita setakat cakap boleh laa.. dua kali lima yahudi gak dorang ni

Rahimin Idris said...

DD,
Tempat gua dulu ada jugak. Tapi diorang dah pindah mana tah. US kot. Haha

Umie,
Aku pun syak gitu. Ah, gila dunia.

Sultan,
La, kau pun memboikot gak? Haha

Kikure,
Sungguh. Baru dua 2x. pizza hutt pun baru 2x. burger sebenarnya barang murah. Daging sisa. Lagi pun aku memang begitu. Bukan pasal nak boikot sangat. Anti pop. Pasal arang tu dulu2 arwah nenek aku yang ajar. Haha

Momotani,
La, rais yatim.

Hegira,
Hegimoni. Semua benda diorang akan masuk. Yang sokong selalunya ada profit tersembunyi dari segi material la selalunya.

Karkadewa,
Kadang2 aku minum jugak. Kadang2…haha

Tooney,
Haha woi, tu dulu2. skang pakai berus la!

Dzul,
Haha aku rasa aku dengan ko macam anti dengan benda2 yang branded la. Padahal kalau nak beli mampu sangat! U know who I’am. Haha

Zairi,
Dah la bangang. Bangang pulak tu!

Fadh,
Perang memang berlatarbekangkan ekonomi. Kalau tak macamana dema tu nak bikin senjata?

Mrblind,
Gua pun!

Tasikmerah,
Aku pun. Entah2…tak de apa2 la! Hahaha

Farah,
Tah la. Demo lo ni tak serupo mulo…haha

Encik bibir,
Tak yah tutup. Cuma kurangkan je. Tapi kalau ko belanja aku on je. Haha

Stu comot,
Dapat ptptn nanti belanja aku ek? Haha

Aliff,
Haha sini pun ada HFC!

Sukabebel,
Depa taruk ganja tak? Haha

Hartini,
Aku rasa diorang macam diprojeksi sebegitu la.