Monday, December 29, 2008

Tentang Azan...

Bila hujung tahun selalu sangat orang cerita pasal azam. Oleh kerana enggan jadi klise aku tak mahu cerita pasal azam. Aku pun tak pernah ada azam. Betul. Buang masa. Siapa nak cerita, boleh juga. Geng mufti tak marah. Geng Jerit pun tak jerit.

Tapi aku ada seorang kawan. Nama dia Mohd Azan. Tak la rafiq sangat, tapi pernah la berborak selalu. Dia ini manusia pemalas sekolah. Kasut memang kuning-kuning sokmo. Hari Isnin tak pernah hadir perhimpunan.

Pernah Mohd Azan sekali mengeluh, mengapalah kerajaan Malaysia tak suruh budak-budak sekolah pakai kasut hitam saja. Aku angguk-angguk sambil nyanyi-nyanyi ‘Gadisku’. Peh, sebiji macam suara Ali M’pire sikit-sikit.

Masuk tingkatan tiga Mohd Azan cakap dia nak berubah. Kasut dia pun baru masa itu. Pallas Jazz memang tengah top. Seluar tempah fesyen budak ‘GQ’ apa kejadah entah.
Mohd Azan cakap nak belajar rajin-rajin. Tak nak enjoy-enjoy lagi. Kalau dapat masuk sekolah aliran sains bolehlah jadi Inspektor Kesihatan.

Sebulan lepas itu, suatau pagi Selasa. Mohd Azan datang sekolah. Pakai sandal Bata pinjam abang dia. Kasut Pallas Jazz dia hilang dekat funfair masa Wings buat gig. Ruhil la paling melayan masa itu. Kasut Mohd Azan tercabut masa berjoget-joget. Entah kutu mana sepak lepas itu ghaib. Laju betul sepakan kutu itu gamaknya. Tinggal sebelah kiri saja. Tak kan nak beli sebelah lagi? Buat kasut simpanan boleh la.

Akibatnya cikgu disiplin gunting sandal Mohd Azan bila ternampak. Tajam gunting itu gamaknya. Mohd Azan berjiwa komando. Dia tumbuk muka cikgu itu. Cikgu itu ketakutan juga tapi tutup dengan gaya Silat Sendeng. Tak tahu la siapa salah. Aku tak mahu fikir. Sebab yuran kelas tak bayar lagi.

Akhirnya Mohd Azan berhenti sekolah dan merantau kerja kilang di Shah Alam. Rugilah dia. Sebab beliau bukan anak orang kaya. Bagi anak orang kaya, ilmu itu perhiasan. Bagi anak golongan proletar macam kami, ilmu itu akan jadi suatu keperluan menempuh waktu mendatang.

Tapi mentaliti sebegitu tidak la ada dalam jiwa rebel kami masa itu. Sungguh merugikan. Perdana Menteri waktu itukah (Dr. Eminem) yang bersalah..?!!!
Selamat Tahun Baru Hijrah. Aku sayang kamu semua. Babai Sasuka!

25 comments:

yoshz said...

la..kau bukan anak orang kaya ke? kesian kau. tgk aku. degree aku saja buat eksyen2 ajer..

Umie said...

laa...aku mati2 ingat tajuk entry ko nie nak cite pasal orang AZAN ke...ghupa2nya kisah seorang makhluk bernama AZAN...huhuhu

Slmt thn baru jugak!!!

zairi said...

selamat menyambut awal muharram. untuk mereka2 yang dah waras, tinggal kan budaya sambut tahun baru gaya yahudi.

Rahimin Idris said...

yoshz,
tapi sekarang aku dah ada facebook!!!

umie,
la, nama dia memang azan.

selamat tahun baru.

zairi,
ah, tahun baru omputih tido lagi bagus!

Darab Dua said...

buleh berkaca mata azan baca entry yg lu titip spesel kt dia ni.
heh!

FarhanaLicious said...

macam mana dengan encik azan tu sekarang ya? selamat tahun baru! kami pun sayang kamu. haha!!

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

brutal gile azan tu..dah jadi komando agaknya...

Pok Li said...

Salam Hijrah dan Tahun Baru

Anonymous said...

time new year je xde azam tp nk menyambut katne sume dh plan awl2 kn?

Anonymous said...

azam gua ialah takmo buat azam..
weh citer azan tergantung je..apo conclusion nyer? dah jadi tokey skim cepat kaya kah skang? mandur kilang kah? ke tokey eskrem?

Hajime said...

aku setuju ngan ko...
tp apepun...
aku skola dulu kasut itam aper...
kulit lagi...
=op

ijan said...

aku rase pihak atasan ada skandal ngan tokey kilang kapur kasut...

Anonymous said...

kasut putih la best, bleh tulis lambang hippies kat tepi!

Don Balon said...

koi geng kasut warna cream dulu maleh nok geng dgn geng kasut hitam..

Anonymous said...

xsuke bile masuk thn baru sebab kene pikir pe nak jwb bile org tny pasal azam thn baru..xblh ke kalo xde azam thn baru? slh ke kalo azam koi tiap2 tahun same je?

KARKADEWA said...

ah..
sungguh kental jiwe azan...

tasekM said...

apa cerita azan la nih?

dzul said...

petang tadi aku tengok orang buat echosrounder kt sungai. aku baling2 batu ke sungai. tapi tak melantun.
aku - ah, tak melantun pulak?
kwn - kat sungai memang payah melantun, arus kuat.
aku - tapi sasuka boleh buat.
kwn - haha

Suka Bebel said...

gile ganas dak azan nie, selantang namanya lah tu.hehe...slamat slamat slamat tahun baru bro!

Denanz ... said...

kat kampung gua dulu ada kilang roti Azan. roti krim dia memang sedap. memang terkenal roti azan kat kawasan utara masa tu. tapi tak lama, kilang tu tutup. roti azan takda lagi. tak tau la apa hal. agaknya melayu memang susah nak bertahan dalam perniagaan.

hegira said...

selamat tahun baru hijrah.

Kikuri-hime said...

Aku rendu gila kat blog kau! Akhirnyaaa... aku bebas! Bebas sampai december 2009 laaa..


Ada dua persamaan antara Azan ngan aku..

1. Aku kat skolah dulu pon pakai Jazz gak...

2. Aku kat skolah pun bernah bertumbuk ngan cekgu... masa camping!
Tumbuk sambal belacan sama2 ngan cekgu...

Kira okla tu.. tumbuk gak..

biskutrajin said...

kilang bata kot si mohd azan 2 keje kat shah alam 2.ehehe

seluksaku said...

kesian azan tuh...

*slamat taun baru, moga ko jadik org kaya ek...

Anonymous said...

alah alah
sayang kamu juga
eceh