Monday, November 10, 2008

Sajak Kematian

Kecoh sangat pulak. Konon mengganggu emosi. Ada yang menentang sebab katanya tak sesuai dan menakut-nakutkan budak-budak. Ia hanya untuk pendidikan. Menakutkan budak-budak dengan hantu jauh lebih membangsatkan.

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, orang yang selalu ingat kepada mati itulah orang yang paling bijaksana. Ingat kepada mati bukan boleh buat kita jadi miskin dan lemah pun. Tapi lebih kuat dan rajin.

Kalau kau ada sepohon anak pokok rambutan, dan kau tahu esok kau nak mati, tanam saja. Jangan fikir panjang. Dan esok andai Allah izinkan kau mati, dan suburkan pokok rambutan yang kautanam, akan ada makhluk kecil yang merasa nikmatnya. Lihat, kematian tak juga melemahkan kau. Ia tak bikin kau sedih. Kau cuma risau. Tapi kau tetap kena lalui.

Bodoh jika takut kepada kematian. Yang lebih menakutkan ialah cinta berlebih-lebih kepada dunia. Dah nak mampus pun gila kuasa. Gila harta. Tikam-tikam. Bunuh-bunuh. Mati mabuk berzina. Bukankah itu lebih menggilakan? Percuma usia.

Owh, mari kita nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star anak-anak. Marry Had A Little Lamb boleh? Bohemian Rapshody? Blues For Allah?

OK. Panggil saja Jacko nyanyi nasyid untuk mengembangkan minda anak-anak muslim kita.

Ini perbualan aku dengan Ajiz.

Ajiz: kalau kau nak mati, jangan lupa bawa rokok.

Aku: apahal?

Ajiz: kau banyak dosa. kalau malaikat nak pukul cakap; “opsss, nanti bos. Hisap rokok dulu!” (sambil hulur rokok kepada aku).

HA HA HA (kami)

Ajiz gila!


Bagaimana saudara-saudaraku yang jauh di sana? Moga amalan kita semua di terima dan dosa kita diampun. Tuhan, aku tunggu juga saat itu. Bila?

Ajiz dulu? Aku? Kamu semua? Kita tunggu.

Tengok sini. Aku tak reti nak upload menatang ni. Aku kolot!

35 comments:

mrblind said...

insaf bro..baca sajak lu..

Dzulkarnain Mohamad said...

huh..seram sejuk aku..

Qaseh.Darwisy said...

dah..aku x nk tengok..takut..mati mmg menakutkan.

Ojie said...

terima kasih bang min..hati aku terusik ngn entri ko kali nih..

Kikuri said...

Insaflaaa.... mekasih for this entry!!! Semoga kita sumer mati dalam iman... AMIN!

ms.eafatihah said...

seyes cakap..
aku takot giler!!
waaa..nak nanges jek rase

datoadil said...

Salam Pertemuan.

Saudara, saya ke AS lantaran tidak memasuki blog saudara Azli seperti kebiasaan.

Saya juga terkejut dengan tuduhan biadap prokhairy yang mengatakan saya menyertai mereka. Ini fitnah yang tidak boleh dimaafkan.

Dato Adil
Bangsar, KL.

Muhammad Azli Shukri said...

memang wajib ajar bebudak tu erti kematian..

Fadh said...

mati perkara yang pasti...nak tak nak, bila malaikat dah datang nak cabut nyawa...tak de nanti2 lagi...tapi persiapan menunggu ajal jgn diupakan...bekalan kena cukup...baru selamat di sana nanti...insyallah.

Water Lily said...

Entah..tak faham aku mak bapak sekarang.

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. saya juga mencadangkan kpd tv3 agar mengharamkan cerita seram seperti puaka niyang rapik kerana ia akan membuatkan anak kucing saya 4 ekor muram selepas menonton cerita seram itu. ia amat mengganggu psikologi kucing saya. sememnjak itu kucing saya tidak lagi active. kahkahkah.

sultan said...

mmg patut bdk2 tgk benda ni. ape plak nk halang. dr kecik la diorg patut tau. bile dah beso nnt dah jd buloh dah susa dah...

DarabDua said...

gua insap. entry bagus nih!

k.e.r.i. said...

insaf.
insaf.
insaf.

benjamin aka pekik lunak said...

huish. tiba2 tiba nih.yer, saya setuju. kematian tidak menunggu kita.

l.i.f.e said...

aku juga ada sedikit kesal pada ibu bapa yg buat laporan itu. seperti menidakkan proses pembelajaran dan pemikiran anak2. aku tanya pada anak yg darjah 1 "kalau abg tengok cerita org mati tu takut tak?". dia jawab "takut, tapi kan semua orang pun mati jugak nanti". aku tak tanya lebih.
dunia, dunia juga. akhirat, kalau kita tak dapat bimbing, beri peluang pada orang lain bimbing.
*insafi diri juga*

Che Sue said...

tak dpt nk p link tu tapi kalo pasai kes bangkang hal guna bedio yg dlm kubur tu..mmg bodo aa sapa yg bangkang tu..gua dah tgk dah bedio tu masa kusus kejiwaan back to basic..mmg insaf giler siut! sume org kena ingat mati..kena ingat kubur..

*first entry aku seyes..mcm gampang kan..hahahah*

padelkopak said...

gua tahu!ni mesti kes dlm buletin utama semalam kan?gua pon hangen juga.asal untuk menginsafkan pelajar je, sume tak boleh..!!!

farhanaLicious said...

wah. bagus entry ni. da lama x pikir pasal mati. entry ni buat lebih insaf. mati itu pasti!

*tetiba teringat kat arwah-arwah semua. alfatihah~

Umie said...

Aku pun hangen pasal sajak nie...tp bukan hangin sbb diorg tayang...aku hangin kat golongan yg menghalang tayangannye...benda elok cenggini sibuk je nak di halang/dikaji...video2 lucah/klip2 lucah yg mudah di download tu taknak pulak kecoh... sbb diorg masih kecik la nak kena ingatkan psl hukuman di alam kubur tu supaya bila diorg dlm proses tumbesaran dpt mengelakkan dari membuat dosa2 besar tu..kalau dh besar baru nak tgk sajak tu..dia dh susah nak di lentur...

Kan ke dlm pelajaran BM ade pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnye"...betul x bro????

yanhashim said...

terima kasih kerana ingatan ini en rahimin. semoga jadi peringatan untuk saya ini.
terima kasih saudara.

poyotito's said...

dia bila tak faham agama tu yang jadi gitu

ke camana min?

tasikmerah said...

aku sokong la kamu min.

siaran tv yang terselak2 ponggong tu mak bapak tak pulak risau.

haih~

etomyam said...

itulah, it takes a muslim to destroy another Muslim.....bukan agama lain yg menentang adab, peraturan dan ajaran Islam, tp orang islam yang merasa diri mereka dah terpelajar sangat...psikologi konon.....x tau ke yg psikologi tu pun western oriented..puak-puak ni amal Islam bila nak Raya aje, doa makan pun suruh ustaz yg baca..ada hati nak pulak..eh eh panjang pulak komen kawan nih

alif-mikail said...

mati tu adalah hakikat hidup..

apek terror said...

huh mendengus...gua x rokok pe cite?

rahimin idris said...

Mr blind,
Woi, ni bukan sajak gua la. Ada kecoh kat tv baru ni.

Dzul,
Ah, ko kan kuat sejuk. Aku ni ye tak tahan aircond!

Qaseh,
Woi, ko pernah mati ke? Tau pulak takut mati dia. Hahaha

Ojie,
Haih, cam ni pun terusik? Ala, sesekali ingatkan diri sendiri yang lagho ni.

Aku nak masuk sekolah pondok rasanya.

Kikure,
La, cam ni pun insaf.

Saja aku buat ni sebab kalau2 aku mati esok, aku pernah juga sampaikan pesan Rasul kita tu walaupun sebaris ayat. Kau cuba la selit sikit2. Insyaallah kita semua akan beringat.

Tapi jangan la asyik nak mati je pulak, keja tak nak! Hahaha

ms.eafatihah,
la, tu pun nak takut? Aku pun takut gak! Hihi

datoadil,
salam pertemuan juga.

Ah, pengikut kj tu memang.

Azli,
Gua pun sokong.

Waterlily,
Aku lagi tak faham. Orang kafir tu lain la.

Farid,
Hahaha kome pun moody tengok iklan tu!

Sultan,
Kalau jadi buluh baker je. Buat lemang.

Darabdua,
Insap ke isap? Hahaha

Keri,
Alhamdulillah,

Ben,
Yup. Kita yang kena tunggu.

Life,
Caya la akak. Haha

Che sue,
Woi, kop u reti insap? Mana poskad untuk aku ni?!!!!

Padelkopak,
Cikgu, diorang tu secular!!!

Farhana,
Thanx. Bila nak belanja aku tomyam?

Umie,
Betol. Eh, hari ni kau masak apa? Epal goreng ke?

Yan,
Sama2. sesekali rasa malas bergelak tawa.

Poyotitos,
Ye la tu.

Woi, bila nak join tabligh ni?

Tasikmerah,
Tu la. Tonggeng2 boleh pulak. Bodoh betul. Berebut nak taja!

Etomyam,
Boleh komen panjang. komen je.

Harga tomyam turun tak weh?

Alif,
Mati ni jangan memain. Nak gi jumpa Tuhan tu.

Apekterror,
Tak isap rokok? Kodi la lu. Haha

Fiziy said...

tp ramai org skrang hidup segan, mati tak mau. apa kes yg ni? HAHA

rahimin idris said...

fiziy,
kes tak berduit! haha

farah sr said...

nasihat untuk semua dan diri sendiri...
alhamdulillah
ko dapat pahala beb!

rahimin idris said...

farahsr,
tah la. ada pahala ok gak dari dapat dosa.

Suka Bebel said...

bagus tul pegisian ko kali ni. org kat malaysia ni selalu silap konsep atau memutarbelitkan konsep. nabi suruh beringat tentang mati bukan suruh takut akan mati walaupun memang tak bersedia lagi aku ni tapi kena redha je la kan? harap2 sempat aku hapuskan dosa silam dan mengembangkan zuriat.huhu

Ojie said...

bang, kat kedai buku MPH ada x kalau kita menjadi kayu?

rahimin idris said...

ojie,
entah. aku tak tau. ko google je la sajak tu.

farhanaLicious said...

tomiyam? ades. oke. meh! dalam kiraan masa 3 minit. lambat, takde.