Petang semalam ketika memandu pulang dari kerja ada panggilan dua tiga kali. Nombor kawasan KL. Tapi liputan talian kawasan Mela ke Jerantut kurang bagus. Jadi terputus-putus. Aku tak tau siapa buat panggilan dan malas fikir. Kadang-kadang aku tak layan nombor asing. Kena pula yang tanya,"ni siapa ni?" Pernah aku mengaku aku ni Micheal Jackson.
Akhirnya panggilan tu sangkut juga. Rupanya Puan Nor Azah Abdul Aziz , Editor Kanan Utusan Publication. Aku berhentikan kenderaan di bahu jalan. Kami bercakap-cakap menerusi talian sebentar. Lembut suara beliau. Selalu tengok muka di media cetak serius saja.
Tak lama kemudia tiba di Pulau Mansuk kawasan Feri Cikgu Sahrunizam pula buat panggilan. Beliau tanya samada Puan Nor Azah ada telefon aku atau tak. Aku jawab ada la. Telefon genggam yang lama aku hilang. Mujur Cikgu Sahrunizam ada nombor telefon rumah mak aku. Aku bagi sewaktu bertemu dengan beliau di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005 dahulu.
Aku pun tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Memang susah juga nak cari aku rupanya. Aku memang tak akan paparkan nombor telefon genggam di blog. Lagi pun aku bukan JK Rowling.
Apa pun terima kasih Cikgu Sahrunizam. Terima kasih Puan Nor Azah. Terima kasih Utusan Melayu.
Agak-agak, Puan Nor Azah baca blog aku yang lintang pukang ni tak?
HAHAHA
updated: Nak entri lucu? Isnin atau Selasa. Gua sibuk macam wartawan perang pula sekarang ni. Haih!
37 comments:
hoh...
jadi pengarang Utusan Plak?
Haha...
Rencana mana yang kau nak tulis?
Politik, sukan, atau cerita jenaka?
Haha
Tahniah...
pergh!
mmg sesuai dgn tajuk nye...
x lari...
ape cite ni?
kau ganti astora jabat ker?
ke Hello boss versi bertulis?
p/s: aku tau banyak wartawan NST/utusan akan berhijrah lepas ni. congrats utk kau! tak sia2 kau guna template utusan.
jangan lah lambat update en rahimin.
sudahlah masa raya rindu
sekarang pun perlu merindu lagi ke?
bagai menanti bulan jatuh ke bumi.
Eyy... Jangan ganti Hello Boss okay..
Aku suke cite tuh...
Astora Jabat buleh..
Takpun kalo nk lagi berani, ganti Awang Selamat...
Aku tgk Die agak biased sejak akhir² zaman nih...
p/s:Saye link kamu, sape suruh komen blog saye... huh!
Tahniah. Berita luar negara ye? Harap boleh hensemkan sikit karikatur senyum kambing tu. Bagitau boss kau.
Bahagian mana dia nak masukkan kau tu?..
Wah!! akhirnya kau dah boleh jadi wartawan..
Kalau kita hilang atau tiba-tiba tak dapat dikesan, jangan fikir tiada orang akan cari kita atau ingat akan kita. Paling tidak pun orang bank akan cari! hahahaha.
Aku rasa panggilan yg tiba-tiba muncul itu mengundang aluan TAHNIAH! aku rasa-rasa ler...
sib baik bukan aku yg kena call ko! kalau tak... uuuuu chak!! haha
hoh! aku penah pegi mela tu. bapak jauh giler rasanya. tak habis2 aku mengomel tentang taraf kejauhannya
mcm mana kau menghilangkan diri,sure diaorg dpt cari engkau punye...makna nye diaorg syg kat engkau la tu..hehehe
wartawan ker???
peh..steady la selebriti!!
gua ingat lepas ni lu la handle ruangan gosip pancaindera.
peh!
mula terjebak dengan utusan malaya pulak.
gua syak lu handle yg bicara agama tuh. heh!
Akhirnya koi terpaksa la beli Utusan sebab rodonc koi ada..
Nanti koi kontek Editor Harakah pulok la.. tak kena koi tukor bahan bacaan koi..hehe
jangan lupa kawan. Ini nasihat yang tidak diperlukan
wahh..jadi selebriti la eh pas ni. taniah :D
aku duduk Feri dulu..
dari 94 sampai 98..
rahimin.
bila nak buat cerita maki2?
wah! wah! gua rasa lu nak kuarkan novel kan?
abang tomi
blog di rumah baru
www.akuyanhashim.wordpress.com
lu sibuk apa sebenarnye nih??
objektifnya?
lu nie rahimin buat gua melekek...nak tanye nie bpe mane lu buat rebonding tu? haha..
wah!
dapat keje kat utusan
bleh blanja teh o ais limau
bahagian mana weh?
Redzwan,
Tak ada la jadi pengarang. Tak ada kena mengena. Hahaha
Hajime,
Ada projek kecil2an sikit. Kalau jadi.
Yoshz,
Wartawan cari makan memang macam tu. tapi pemberita tukang lapor rasanya kerja macam biasa.
Yanhashim,
Aku tengah buat kerja finishing. Sibuk sikit.
Jack,
Nanti aku link blog kamu tu.
Astora jabat tu gua dendam sebab dia mansuhkan ruang sastera dalam alislam.
Facet,
Haih. Tak kerja dengan UM la. Aku kerja site. Mana boleh jadi reporter daaaa. Haha
Dzul,
Woi, tak la. Aku penyajak je. Ingat tak Hadia Sastera Kumpulan Utusan dulu?
Rozlan,
Hahaha ye kot berita baik. Pasal KOMSAS. Ko tau?
Life,
Haih, situ la aku langgor kambing dulu! Hahaha
Artsoul,
Haih, ye kot. Sebab aku pun penyayang. Haha
Ibrahim_n,
Tak la. Ada hal sikit.
Poyotitos,
Hahaha banyak la lu punya seleb!
Amar,
Kalau gua dapat ruanga tu gua ingat nak gosipkan lu dengan rosnah mat aris la! Haha
Darabdua,
Muahaha lu memang steady. Gua bab agama sekerat jalan pun tak lepas la. Hahaha
Donbalon,
Gua semua paper gua baca. surat kabar cina dengan tamil je tak. Tak minat boikot.
Pok li,
Tak pernah lupa bang. Ingat selalu.
Miezi,
Haih, selebriti mendanya weh. T.Kasih sebab ucap tahniah.
Radius.F,
Kampong Juliana Banos tu. haha
Rajuna,
Hahaha gua tengah fikir la ni. Tapi tak tau nak maki siapa.
Danielle,
Novel belum lagi. Baru dua bab tulis dah blank! Hahaha
Padel,
Kerja finishing di site berlambak la.
Pemikir lapuk,
Saja nak buat entri ni suspend.
Farah sr,
Kalau jumpa, gua belanja juga walaupun tak jadi wartawan.
apek terror,
tertinggal plk lu punya komen. hahaha
gua ingat nak gunting rambut je la lepas ni. jimat shampoo. haha
kalu datang kl, singah2 le ye.
bro denanz,
insyaallah. dulu pergi DBP tapi segan kat semua orang. tak bercakap pun bila tengok rahman shaari, lim swee tin, anwar ridhwan, nisah haron dll. hahaha
tahniah bang min..
kalo projek dh publish, gtau eh..
eh, sama2. tak tentu lagu. tapi sebelah kaki dah lepas. hihi
wah wah wah kan main lagi sekarang nie...entri blog pun kuar surat kabor...entri kat blog yang berpetok tue...pasal hattan dan lagu Negaraku...klau tak silap koi akbar tabloib apa ntah...koi belek2 kat kedai india di Temerloh...tue pun india tue dah jeling semacam jer masa koi baca...
WOW!!! I'm impressed! Tak sia-sia aku kenal kau. hahahah. Bila da jadik celeb nanti, jgn lupa comment kat blog aku. Atleast ade gak celeb yg baca blog aku...
akumasihdisini,
eh, ye ke yang hattan tu? suratkhabar apa? aku tak tau pun.
kikure,
laaa, mana leh lupe ko. aku pun bukan seleb la. hahaha
min, masakan tak tau.. kerana kalau kita menjadi kayu, aku kerah budak2 kg melayu subang bertingkah melagukan dikirnya di malam penyampaian. Tak pasti ko ada ke tak malam tue!?
Sayang aku tak rekod, kalau tak leh ko buat suara latar kat blog. hehehe.
memang best ah
rozlan,
ye ke? aku tak ada malam tu. bukan tak nak pergi. selain sibuk aku rasa aku cuma manusia kecil dalam dunia sastera dan aku agak pemalu masa tu. sampai sekarang di kampung aku tak ada siapa pun tahu tulis sajak tu!
sungguh aku tulis benda tu 'main-main' saja. tak sangka sampai jadi macam tu. minda bawah sedar kot. sebenarnya pasal pembalakan di hulu tembeling dan kisah orang kampung mencari gaharu je.
adoi! hahaha
laa koi ingat awok tau...mulanya koi baca pasal mancing udang galah...tup tup terbaca satu kolum tentang petikan dari blog...dia tak siarkan semua entri cuma sedutan jer...ada 2-3 entri dari blog orang lain pun disiarkan...nanti koi dapatkan nama akbar tue...
Post a Comment