Monday, September 1, 2008

Resipi Yang Halallan Toyyiba

Bulan Ramadan adalah untuk menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkannya. Ini sudah tentulah termasuk acara-acara makan dan minum. Tentu semua muslim sedia maklum.

Tapi yang aku tengok sebaliknya. Bulan Ramadan jadi macam bulan pesta makan-makan pula. Merata ada makanan. Pergi la Pasar Ramadan kalau tak tak percaya. Pasar Syawal sampai Sya’ban tak ada pula.

TV pun sama. Masa tu la sibuk chef-chef selebriti di Malaysia ni. Artis-artis pun bukan main la walaupun pegang senduk macam pegang galah saja. Sampai ustaz-uztaz dan ustazah-ustazah motivasi pun memasak dalam TV juga. Apa ke halnya? Seolah-olah kalau tak buat macam ketinggalan zaman pula.

Jadi untuk nampak macam tak ketinggalan zaman, blog aku juga ada menyediakan resepi untuk kalian cuba. Jangan segan-segan. Cubalah.







UNTA PANGGANG ALA-ALA LA TOK!

Bahan:-
1 ekor unta - dibelah 4 atau 8. Belah 750 pun boleh juga. Senang cubit nanti.
6 tangkai daun ketumbar - kisar. Kalau tak ada blender pergi saja restoren iced blended.
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk. Nak karate, terajang, bagi lutut atau siku boleh juga.
2 ulas bawang putih - kisar. Kalau nak senang campur sekali dengan daun ketumbar tadi.
2 sudu kecil jus limau. Kalau nak jimat minta sesuku dari jiran. Nak sikit saja tu.
2 sudu kecil serbuk kunyit. Ini tak kan tak ada. Teruk betul la kalau tak ada.
1 sudu besar serbuk kari daging (ingat, kari daging. Bukan karipap!)
1 sudu besar madu (tang madu tu slow sikit sebut!)
2 cm halia – kisar. Kisar lagi? Ha, kalau malas lenyek saja dengan tumit!
Garam secukup rasa. Tak cukup taruk baja urea seguni.
Segulung tali belati. Kalau dapat yang panjang1 km lagi bagus.

Cara Memasak:-
Bersihkan unta dan toskan. Perapkan unta dengan semua bahan selama setengah jam. (umie aida masak sebentar unta bersama bahan perap dalam kuali dengan api perlahan) Bila setengah masak baru umie aida bakar). Sediakan alluminium foil dan letak unta serta lebihan bahan perap. (tak perlu tutup foil). Bakar pada suhu 1800 deg Celcius selama 35 - 40 minit. Balikkan unta bila separuh waktu memasak dan pastikan unta masak seeloknya.
Tali tu tadi tak payah la panggang sekali. Tu untuk tambat unta tu saja. Nanti merayau pula dia sebelum sembelih!

Sekian. Selamat mencuba. Kalau tak jadi jangan kecewa dan serik hingga pindah ke Baghdad pula! Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Byeeeee.

Nota lutut: Aku rembat resipi dan foto dari mama vogue ni. Foto unta tak ada. Aku bedal foto ayam la. Halal mama yek? Haha.

27 comments:

yoshz said...

serbuk kunyit ada. Sudu yg aku takder. camanerr?

Muhammad Azli Shukri said...

resepi ni boleh menang la..

sultan said...

aku rase cam nk letak conflake la dlm resepi ko ni. bg rangup skit unta tu. hihi...

akumasihdisini said...

pergh...menyelerakan sungguh...apasal laa ko letak gambar masakan nie...dah terliur air liur basi aku nie...kang tak pasal2 aku terbuka kang...

Dzulkarnain Mohamad said...

hoh..resepi murtabak takde ke?

zubeid said...

untanya 1 ekor...
tp amcm bhn perisa nye takat sesudu dua je...errk

apek terror said...

leceh...-kentaki lagi senang...

HeNtAM.SaJElaHhh said...

bleh g try nih...tul la bro...aku semlm tgk ustaz2 pun sebuk nak memasak...dan2 tu plak nak bg ceramah...ahhh kusut pala aku nak salin resepi...

Kikuri-hime said...

potong 750? Agak2nye, abang potong daging kat Tesco sanggup tak buat kan? I ni x leh tgk darah.. kang pengsan...

Ojie said...

tenguk gambar pn boleh buat gua kenyang..
ahh tp gua punya nafsu mkn sudah terbantut..sume sbb entri keji yoshz...

kikiEy said...

aku da try.

xsedap pn!

Rozie said...

cet...patut ler masa nk berbuka smlm, ayam panggang kat rumah mamavogue hilang,..ada org cilok rupanya...nnti dia(sambil pegang rotan)!!!

** kena bayar royalti nih!

poyotito's said...

untuk rasa yang lebih padu lagi, perahkan sedikit asam limau.

-pesanan ini dibawa khas oleh cap kipas udang.

Aku Yang Weird said...

Salam Ramadhan pada tuan tanah =) lama tak singgah.. ada bnyk entry baru.. aktif sungguh! (kalah orang tak puasa!)

Quote : "Artis-artis pun bukan main la walaupun pegang senduk macam pegang galah saja...".. hahahaha lawak antarabangsa!!!!!

Eireen Camelia said...

scary punye chef. klu chef camni kat tv da awal2 tuka channel kih kih kih

man_helang said...

sakit perut aku try resepi ko nih...ode unta dr mesir tu...2 kali aku ke toilet...nasib ade air, kalau tak jd cam yoshz...ha ha

S.YanaZ said...

Bro.,
kalo resepi unta, yg bonggol unta tuh nk masuk sekali ke...
Muat ke ekk periuk umah guaaa...

l.i.f.e said...

aaarrghhhh rahimin PENIPU!

aku keciwa

tak baik betul bebulan puasa ni kasi resipi palsu

NITA said...

min,

aku rasa raya aji nanti musti ada org amik ko jadik tukang masak masjid..

Lagi satu,disebabkan unta ko tu mesti ada banyak lebih lagi kan...aku syorkan ko masak 'daging unta 3/4 rasa'..sure ko lebih masyhur dan tersohor!!

ko nak resepi? aku kasik preee ajer....

rahimin idris said...

Yoshz,
Sudu tak ada? Duit ada? Pergi la beli. Beli megi cawan pun dapat sudu juga apa.

Muhammad Azli Shukri,
Menang apa bang? Menang hadiah sastera perdana ke? Hehe

Sultan,
Hoi, ko nak buat biskut unta ke?

Akumasihdisini,
Haih, baru foto nak buka pose dah? Buat malu je aok ni. Haha

Dzul,
Mertabak? Bila balik Jerantut? balik nanti mintak kat Syed!

Zubeid,
Haih, kau nak panggang semua ke? Jangan la ikut nafsu makan!

Apek terror,
Woi, kentaki tu mana ada unta! Lagi pun kebaratan. Ni hadhari sikit! Hahaha

Hentamsajalah,
Sedap nama ko. Haha ko pun nyalin resepi sambil dengar ceramah? Pergi je blog mama vogue tu. bersepah. Free je. Print je. Kalau dia mintak duit jangan salahkan aku.

Kikure-hime,
Eleh, alasan tak nak gi dapur la tu. habis tu kau siang ikan macamana? Tak kan pakai spek itam?

Ojie,
Yoshz tu memang pengotor. Lahabau betul. Aku tengok trafik light pun nampak macam ketul-ketul taik dah semalam. Nak tutup hidung lagi, nak pegang stereng lagi. Kecoh jadinya drive. Ah, pendek kata Yoshz tu menyusahkan orang la!

Yosh…yoshz. *geleng-geleng kepala*

Kikiey,
Tak sedap? Ko tak mandi ke? Selalu kalau tak mandi memang tak jadi. Baru nak panggang otomatik dia jadi basi. Tu tak sedap tu. hahaha.

Rozie,
Haih, copy foto kat blog pun sampai nak merotan awok ni. Mintak roti pulak tu. hahaha.

Akuyangweird,
Hahaha macam kena paksa je!

Eireen camellia,
Hahaha ala, stephene Chow tu scary gak tapi kelakar.

Manhelang,
Hahaha yoshz tu memang la. Bak kata ojie – keji!

s.yanaz,
bonggol wat helmet. Hahaha

life,
haih, tipu mendanya? Cuba dulu haha

nita,
ah, tak nak la jadi tukang masak. Tukang makan nak la! Haha

yoshz said...

Wahaha! Pesta mengutuk aku pulak kat sini.Demit tul..

rahimin idris said...

yoshz,
wahaha ugi pahala pose kami. tapi kau silap juga. pose2 wat citer cam tu!

aRe You? said...

siut!!!

lapa tau tak..
meleleh air liur tgk pic :(

Ojie said...

bro, aku xkata yoshz itu keji..aku kata entri nye saje keji..

xpe yoshz, ko xkeji..ko cuma jahat aje..

denanz said...

min,
bahagian tapak kaki, yang ada ladam tu nak buat apa. kalau ladam lembu gua biasa tengok org makan.

rahimin idris said...

are you,
tolong air liur tu cepat. nanti yoshz nampak!

ojie,
keji tu ciri2 jahat juga. jgn risau. yoshz marah raya nanti leh minta ampun!

brodenanz,
eh, tak tau pulak wat apa. wat souvinier boleh? hihi

Qaseh.Darwisy said...

bro,aku rasa mcm x elok la pakai unta..apa kata kita tukar skit resepi ni pakai cicak komodo..baru ngam ngan rempah ratusan ko tu..