Wednesday, September 3, 2008

Harapan Seorang Insan Yang Tak Dapat Kulupakan Kala Ramadan Menabur Warna Senjanya Di Kaki Langit Nan Jauh...

Ramadan masih muda. Belum seminggu pun lagi. Petang tu aku balik kerja lewat. Penat gila. Terlepek atas lantai. Nak buka puasa dah rasa rugi. Jam dah 6.30 petang. Tekak memang kalah gurun Atakama kontangnya bila balik dari site ni.

Albert silang panggung menyandar tepi dinding. Bau rokok Marlboro Classic dia jadi macam bau minyak wangi pula. Kalah bau pontianak harum sundal malam Jumaat. Cilakak. Tapi aku tak hairan. Aku lebih rindu air dingin. Kalau sedingin salju lagi maju.

“Weii, mu tak nak cari barang makan buka puasa ke? Ke nak berbuka kat Masjid Putrajaya?” Albert yang tak puasa tu boleh pula tanya aku macam tu. Agak-agak la. Ingat kapchai aku ni tikar pandan terbang ke Albert?

“Tak larat la aku. Haus sangat ni. Minum air dalam peti ais tu je dah la. Lepas maghrib kita pekena kat kedai mamak.” Aku bagi cadangan dalam kemelepekan petang tu. Meniarap macam Iron Man terbang. Pipi kiri atas lantai. Kaki terkangkang. Kalau CSI datang mungkin mereka akan buat garisan kapur keliling tubuh aku.

Tiba-tiba Albert capai telefon genggam dan dail laju-laju. “Hello, Ita. Eh, antor mee goreng mamak satu. Roti telur dua. Nescafe O ais dua. Cepat sikit. Dah dekat nak buka puasa ni.” Albert memberi arahan sesuka hati dia.

Bagus juga Albert ni. Walaupun tak puasa sehari pun lagi tapi ada juga niat dia nak berbuka puasa. Aku anggap itu satu kemajuan yang amat memberangsangkan baginya. Lantak kau la Albert. Aku cuma mahu pejam mata tunggu azan maghrib saja.

Ita awek Albert pun sampai ngam ngam azan maghrib baru nak berkumandang. Restoren tempat dia kerja bukan jauh sangat. Jadi cepat sampai dan cepat juga berambusnya. Itu tak penting sangat buat aku. Yang penting ada la rezeki untuk aku maghrib tu. Terima kasih semua. Alhamdulillah.

Albert makan roti telur dan sedut Nescafe O Ais. Siap ambil sudu dan garfu lagi untuk aku makan mee goreng. “Makanlah. Aku makan roti telur dah la. Kenyang lagi Tauke belanja tengahari tadi.” Kata Albert sebelum sedut-sedut lagi air macam penyedut hampagas haus darah. Aku pula dah mula bersila dan ngap sikit-sikit.

“Ada hadis cakap; kalau kita bagi makan orang puasa, pahala yang kita dapat sama macam orang yang puasa tu juga. Yang penting ikhlas. Aku betul-betul ikhlas belanja ko ni.” Ujar Albert dengan muka ceria iras-iras ustaz motivasi dalam TV pukul 6.00 pagi.

Oh, suci sungguh hatimu Albert. Aku yang masa tu terdiam, terasa ada kehangatan mengalir di pipi. Cepat-cepat aku seka air mata agar tak merosakkan suasana nan indah. Merenung jauh ke kaki langit yang menaburkan warna senja, rasa nak ajak Albert masuk sekolah pondok pun ada juga masa tu.

34 comments:

denanz said...

hahaha. min. susah nak cari kwn karib macam albert tu.

Kikuri-hime said...

Pergh!!! Tajuk entri tak bole blahlaaa.... SAH! Ko seorang yang jiwang karaaaattt!!!!

Ojie said...

aku suka entri nih..gile sampai CSI nk dtg lukis badan ko pakai kapur..hehehe..

part2 last tuh mengocak emosi la bang min..huhu

*insaf2*

Dzulkarnain Mohamad said...

aku rasa aku kenai sang albert yang kau maksudkan nih..hihih..

Rajuna said...

kalau begitu ajak sajalah albert ke bayu senja di selatan sambil minum air dalam peti ais

hajime said...

adekah name beliau albert lim?
ataupun mohd albert?
abdul albert?

akumasihdisini said...

isk...isk...isk...syahdunya...terasa keinsafan meyelinap di setiap ruang rongga tubuh aku...nasib baik tak masuk dalam rongga yang terbuka...klau tak...batal puasa aku...

Rozie said...

cerita macam sedih..tapi gelak guling-guling, boleh ker? (rasa bersalah)

l.i.f.e said...

owhhh mulia sungguh niat beliau itu :))

Princess Z said...

I like this blog!

Faizal Zakaria's Blog said...

Jiwang :-)



Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

sultan said...

entri ni ko xde selitkan background musik lagu sedih2 ke. lagu kitaro pun bole gak. hihi...

manje said...

salam

hehe betol la tu... mak dan cikgu kite penah cakap... tangan yang memberi tu lebih mulia daripada yang menerima... moga2 terbuke ati si albert tu nak 'berpose' satu ari nati... hehe

yoshz said...

Ajak albert masuk tabligh. Lebih afdal masuk tahfiz.

princess z,
blog i lagi best tau...

aRe You? said...

muahaha..
seyes ke bro ade air mata?
xde pic so xde bukti
hahaha

poyotito's said...

cakap kat albert gua tunggu kat Azura berbuka karang.
datang cepat sikit kabor ke dia.

S.YanaZ said...

Albert oh, Albert...

*mak mentua sunggus terpikat gaya si Albert nihhh...*

man_helang said...

albert ainstain??? pergh...hebat tul kwn ko bro...ko tanya kat dia mana dia dpt ide cipte e=mc2 tu...

apek terror said...

membe gua kan semua ajak makan tgh hari...x mcm albert pun..

Suka Bebel said...

bagus tul hang dapat kawan mcmtu.jaga dia plak.kalau dapat goda goda dia masuk islam pun lagi ok.kaum macam albert ni ok kalau kena gaya kita kawan sama mereka

Don Balon said...

Min,
alberto maner ni wei?

NITA said...

min,

sampaikan salam aku kat albert ko tu yek..terusik sungguh jiwa nurani ku yg indah bak batu permata dihiasi embun pagi...(pergh..kena matching tajuk maaa!)

pastu ko tolong registerkan dia cepat2 sekolah pondok, takut x sempat kang....

ckin said...

bersungguh kan si albert tu..baiknye die ek...nasib la awek die keje kat lot 702 tu.x la jauh beno nk ngantor..hehehe

Qaseh.Darwisy said...

heheh..paham bebenor pnt dari site ni mcm mana...kalo hujan tu nganga jea ke langit..x sengaja telan x pe..

tasikmerah said...

boleh berkenalan albert? ;)

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam DARI OTAI

Radius.F said...

touching,touching..boleh buat drama sempena ramadan ni

Zakiyah said...

aku pon nak kawan gak la ngn albert tu.terharu aku baca cerita ttg kebaikan albert dan kemelepekan ko bro.

KARKADEWA said...

albert dah membawa satu sinar pade diri lu...
harap2 dgn adenye mee goreng lu xkn lupekan jasa air dlm peti sejuk lu...

albert...albert...
sungguh mulia hatimu..

kikiEy said...

albert kawan sampai mati:]

rahimin idris said...

Bro denanz,
Hahaha memang susah bro. sorang je dalam dunia ni.

Kikure-hime,
Woit, A.Samad Said tu sampai sekarang bahasa dia memang terindah. Cuba lu baca puisi Al-Amin kisah Nabi Muhammad Rasulullah SAW tu. pergh, memang bahasa terindah tau. Kalah Shakespear.

Ojie,
Hahaha memang macam mayat dah bila penat sangat. Tak ada darah meleleh je lagi.

Dzul,
Aik, laaaa…ko tak kenal ke?

Rajuna,
Haha. Orait gak. Tapi sekarang dia kerja di kuala berang ganu la!

Hajime,
Itu nama dia masa kerja dengan Ah Long lepas sekolah dulu. Bila berurusan dengan bank atau pejabat pendaftaran otomatik dia guna nama Melayu semula.

Akumasihdisini,
Ko ni asyik nak batal puasa je. Batal betul2 kang saja je. Bukan senang nak ganti.

Rozie,
Ni kalau dalam karangan masuk genre ‘komedi tragedi’ ni. Boleh nangis sambil ketawa atau sebaliknya. Jangan rasa bersalah. Hahaha.

Life,
Haih, memang la mulia. Tak boleh nak terjemah dengan kata2 dah. Hahaha.

Princess Z,
Terima kasih. Kau puteri daerah mana ni?

Faizal,
Laaa..tak jiwang pun. Saja nak sastera sikit. Salam kenal juga.

Manje,
A’ah, betul la tu. kalau kau beri, kecil tapak tangan lori aku tadahkan muahaha. Albert? Dia di terengganu. Jadi formen jentera. Teruk kerja tu. harap2 dia puasa.

Yoshz,
Diploma kejuruteraan elektronik pun dia drop out sem 3, tahfiz lagi berat bai.

[“Princess Z, blog I lagi best”]

Yoshz, yoshz. *geleng2 kepala selama 20 saat* tolong jangan buat macam ni lagi. Kalau kau nak pujian, email aku bila2 masa. Aku akan ajak Dzul dan yang lain2 pergi blog princess Z tu dan puji2 blog kau.

Uhuk!

Are you,
Siyes. Memang tak ada air mata. Albert buat lawak macam tu. senang betul cari pahala kalau cenggitu. Hahaha.

Poyotitos,
Nak berbuka menda. Dia pagi-pagi dah buka!

s.yanaz,
hah? Bius betis? Cam tu pun terpikat?

Manhelang,
Hahaha hebat, memang hebat. E=mc2 tu sebenar asal usul karbaid dia cakap! Haha.

Apekterror,
Lu pun ikut la skali pek aaa?

Suka bebel,
Dia memang muslim. Tapi cara hidup main bedal je. Tak reti dah aku. Haha

Don Balon,
Albert budak gen2.

Nita,
Hahaha sekolah jahat pun tak nak terima dia!

Ckin,
Hahaha ko pun tau cerita ni ek? Hahaha

Qaseh,
Hahaha memang penat kan. Rasa nak pakai macam angkasawan. Dalam baju tu buh aircond. Hahaha

Tasikmerah,
Nak no hp dia?serius?

Otai,
Salam.

Radius.F,
Hahaha drama radio Pahang FM?
Zakiyah,
Kiyah, ko nak kawan dengan dia? pikir sampai rentung dulu. Hahaha

Karkadewa,
Peti sejuk tu pun dia punya.

Kikiey,
Kawan selamanya tu. :)

Don Balon said...

Weh min..
aok bior betui..
budok gen2 semmer pose tawwww..
hehe

apapun, alberto ni ader doh sinar sket2 dalam hati dia..
Aok kena tarbiahkan skeeet je lagi min..
Insya-Allah..
lepas ni kalu dia pose tak tinggey semayang tak tinggaey..aok jugek yang dapat saham baik.. :)

rahimin idris said...

don balon,
aku kurang pandai berdakwah guna kata-kata. aku tunjuk perlakuan saja la. sebab tu aku puasa juga. kalau dia nak puasa juga bagus la. sebab dia pun tahu hal2 agama.
tu je la cara aku.
sebab tu kami ngam! haha

Don Balon said...

molek jugek gitu..
:)