Monday, September 8, 2008

Ramadan, Jambul dan Sebuah Erti Kemanusiaan Yang Rabak (Episod 1)

Suatu waktu dulu aku suka tengok gelagat Jambul. Bukan sebab dia badut sangat. Tapi dia pandai buat macam-macam mimik muka. Memang kalah la Jim Carey tu. Pelik-pelik mimik dia buat. Boleh jadi pelakon sampai tahap Hollywood kalau betul gaya asuhan.

Bila ke ladang tolong mak ayah toreh getah atau kutip sekerap aku lalu depan rumah Pak Anjang. Satu jam sampai la. Selalu juga arwah ayah punggah bila sampai sekerat jalan. Bas memang tak lalu dalam ladang kami.

Maka setiap kali lalu, aku memandang Jambul yang tak macam kita itu. Tak pandai cakap. Akal pun sifar. Pak Anjang rantai Jambul di pohon rambutan di depan rumahnya. Aku lalu jauh-jauh saja. Sipi-sipi pun tak langsung. Aku takut Jambul terkam. Buatnya Jambul rampas seluar baju aku macamana?

Tapi kalau musim buah sambil lalu situ, di tangan ada rambutan, langsat, duku, manggis, koko atau lain-lain aku baling juga ke arah Jambul. Bukan nak buat dajal. Saja nak kongsi rezeki sikit-sikit. Jambul memang cekap sungguh. Jambul tackle dan tangkap sebiji macam Canavaro. Kalau jadi goli pasukan bolasepak Malaysia jangankan piala Tiger, piala Dunia pun boleh juara. Malaysia tak akan bolos dan jadi juara secara penalti. Rasuah Jambul tak main la.

Jambul ni pun beradab sopan juga. Dapat saja rezeki dari aku dia buat muka dan bunyi-bunyian aneh. Agaknya Jambul bermaksud; “terima kasih!” Aku pula tak reti la nak jawab “sama-sama”. Tak kan nak tiru mimik muka Jambul. Buatnya ada yang tangkap gambar dan hantar dalam majalah Bujal ke, Bambino ke, Kuntum ke, mana aku nak letak muka? Tak kan nak letak dalam botol bedak Cuticura?

Bersambung…

(Sedutan episode akan datang)
Petang tu seperti Ramadan tahun-tahun sebelumnya. Asal puasa saja…


(perenggan ni perlu dibaca ala-ala alih suara Dragon Ball yang buat hasutan bila siri tu bersambung esok hari atau minggu depannya)
Apakah yang akan terjadi? Adakah Jambul akan membuat hura dan merampas kuasa serta perintahan Negara? Dapatkah aku menyelamatkan dunia ini? Sama-sama kita saksikana di dalam episode seterusnya pada hari Raya Haji nanti!)
P/S: Kisah ni panjang sangat. kena buat dua episod. yoshz, jangan cakap aku tak ada idea!

8 comments:

akumasihdisini said...

nie yang aku tak suka citer melayu...baru nak start dah iklan...pastue bersambung laa plak...nie citer nie berapa episod? 1 episod berapa yusof haslam bayar kat ko?

sultan said...

kalo dia rampas bj seluar ko, ko rampas la dia punye plak. haha...

woi... lame gile nk tggu sampe raya haji. ntah2 time tu aku tgh kat mekah ke...

man_helang said...

huh...gle suspen...dlm pala aku siap ade suara latar ngan muzik sekali time besambung tu...sejibik time fliza lwn kakaroch...

yoshz said...

haha. sah takde idea. satu cerita buat 2-3 entri. habiskan je la. bukannya tulis blog ni kena bagi laluan dekat iklan Apollo.

Marjerin said...

:)

Dzulkarnain Mohamad said...

nama jambul tu dia dpt dr mana?

alif-mikail said...

dzul..
nama jambul tu tulis dalam IC dia kot?

bro rahimin;
wei.. mai beli kuih koi.. sok sok sambung le cite..

S.YanaZ said...

Bedak Cuticura..
uiksss.

*adik punya...adik punya...*