Saturday, September 6, 2008

Kenang Daku Dalam Doa Kalian

Sebenarnya beberapa hari ni kesihatan aku kurang bagus. Boleh jadi juga salah makan kerana perutku juga meragam. Kelmarin aku dah tak larat. Aku cuti saja. Padamkan telefon genggam sampai jam empat petang. Kalau tak, tak ada maknanya. Pak Lah selalu sangat panggil aku minta idea walaupun aku tak pernah layan.

Dari pagi aku baring. Bangun dan berulang ke tandas bila perut meragam. Mujur bukan tandas awam. Kalau tak rabak la duit bayar servis. Rasa mahu ke farmasi cari ubat. Tapi aku puasa. Tak jadi. Buat keputusan untuk pergi petang saja.

Tengahari khamis kelmarin tu tiba-tiba dengar bunyi motorsikal masuk ke laman rumah mak. Aik, ada yang nak ziarah aku ke? Tapi bukan ada orang tau pun aku tak sihat. Dalam fikiran terbayang buah tangan yang lazat-lazat. Tandoori kambing ke, anggur California ke, atau paling kurang buah Melaka. Ah, boleh simpan buka nanti. Jimat sikit belanja.

Tiba-tiba deras dan berkali-kali hon motor tu menjerit. Kurang asam. Jangan la main hon. Sekali dah la. Lambat-lambat aku bangun dan menuju ke pintu. Bahu aku runduk dan tangan hampir mencecah lantai. La, Encik Posmen rupanya. Dia sengih dan tanya kenapa aku lambat? Lambat apa? Kalau keluar lepas Raya nanti baru la lambat Encik Posmen. Tapi aku jawab dengan sengih saja.

Rupanya ada bungkusan Pos Ekspres untuk aku. Lepas ucap terima kasih dua kali aku masuk rumah dan buka cepat-cepat. Dah agak. Ada enam naskah buku kiriman saudara Marsli N.O. Dua hari sebelum tu beliau ada panggil maklumkan dah terima pesanan aku.

Maka menunggu petang aku habiskan masa membaca buku beliau. Tak larat nak baca semua sekaligus. Tapi aku mulakan dengan kumpulan puisi terbaru beliau ‘Kepada Angin Juga’. Aku memang sukakan karya-karya beliau terutama cerpen. Cerpen-cerpen beliau memang ada gaya dan jurus tersendiri. Selalunya ekperimental dan absurd. Ah, tak larat la nak cerita banyak. Nanti kalian cakap aku promosi dan nak bodek dia pula. Untuk kisah lanjut klik saja sini.
*********************************************************************************

Itulah aktiviti aku kelmarin dan semalam sebelum keluar cari ubat dan beli buah-buahan. Aku tak ke pejabat dan rumah aku belum ada streamyx. Maka aku tak dapat nak balas komen-komen kalian dengan kadar segera. Bukan sebab aku tiba-tiba jadi hensem dan rasa sombong pula. Bukan. Aku betul-betul kurang sihat. Aku tak larat.

Kepada kawan-kawan yang selalu bertandang ke blog aku dan tinggalkan komen; terima kasih. Kalau kalian terhibur dengan celoteh aku baguslah. Aku tumpang gembira. Kalau rasa kurang senang maaflah. Aku tak berniat untuk berlaku kurang asam boi.

Hari ni aku dah beransur OK sikit la. Doakan kesihatan aku supaya kembali sihat seperti sedia kala. Kerja pun berlambak-lambak lagi ni. Bila sihat dan lapang, nanti boleh aku menulis dengan idea yang kaw kaw lagi.
Kalau nak doakan jadi hensem melampau-lampau pun boleh juga. Nak ceria lagi doakan aku dapat kuasa macam Naruto tu sekali tau. Mana tau doa kalian makbul. Boleh la aku pergi ke Washington. Aku dah lama teringin nak tempeleng George Bush anak beranak tu. Lebih-lebih lagi dekat-dekat 11 september ni!

Akhir kata untuk kawan-kawan blogger semua; kenang daku dalam doa kalian.

p/s: siapa yang dah paut blog aku tapi aku belum paut blog dia jangan kecil hati. Nanti aku paut juga. Aku sibuk sikit sekarang.

25 comments:

dMasyri said...
This comment has been removed by the author.
dMasyri said...

ala..
kesiannye kamu xsehat..
ade x rase cam ade anak badak dlm perut..huhu!!!

sultan said...

aku caye... aku caye...

sbb time pose mane bole tipu. haha...

yela2... nnt aku doakan la ko...

yoshz said...

Ko takde idea tulis blog, pandai2 la kopi pes org lain punye. jgnla cakap tak sihat la, jalan jem la, tak hensem la...

l.i.f.e said...

semoga cepat sihat ok

hahaha..komen yoshz memang mcm setan :))

man_helang said...

memandangkan yoshz dah bg green light...aku nak kopi pes lah entri dia...ha ha...eh! patut lama ko menyepi...ingat g bertapa td...

Kikuri-hime said...

Kesianye kau!!!! Macam mak aku. Almaklumlah, perut tu baru nak adjust ngan situasi. Makanlah pil CHI KIT TECK AUN!!! Pastu minum 100+.

Qaseh.Darwisy said...

aku pn x sht bro..demam..da 3 hari..nk pitam jea rasa..

smoga cpt sembuh..

kok ya pn x sht jgn la tls entri mcm ni..mcm da nk pergi x kembali jea..

poyotito's said...

kerja,kerja jugak.
badan nak kena jaga brader.
kerja tu sampai bila pun tak habis..


get well soon.

hajime said...

ko kalau dah ade power naruto...
ape lempang je...
ko kasik rasengan terus je...

Dzulkarnain Mohamad said...

man helang..kau jgn copy past yoshz punya entri, nnti dia saman!.
aku nyaris kena itu hari..

tp mujur dia tag aku masa tu maknanye dia green light.. aku dah cuak beb..

Redzwan Abdullah said...

Alahai.. Siannye...
Alasan nak ponteng puasa ke? hahah...Gurau jer...
'Selamat Ramadhan'---->(doa la ni kan?)

kikiEy said...

aduh cianya..


patutla da lme xkomen blog gue:]

hee.

KARKADEWA said...

salah mee goreng albert ke..??

papehal stanby tepi tandas...

S.YanaZ said...

Bro.,
Get 'say' Well Soon...
*ahaks*

Don Balon said...

ye la tu..
raya nanti moh la braya gen2..
koi balik kelantan dulu..
raya ketiga baru ada gamoknya.. (read Insya-Allah)..

Eh! Awey sangat ke kome menjemput?

manje said...

salam

cepat2 sihat... rajin makan ubat dan minum air masak byk2 tau...

apek terror said...

aku x bpe reti doa nie...sory i can't help...

♥~ir@~♥ said...

dugaan tuh sakit di bula puasa,,

aku doakan semoga ko cepat sembuh

rahimin idris said...

Comment Deleted,
Selamat berpuasa komen deleted. Kau raya kat mana?
[aku tau, ni dMasyri kan? Kenapa kau nyamar jadi komen deleted? Ha?]

dMasry,
anak badak? Tak ada. Perut yoshz je ada anak badak. Selamatkan badak sumatera dan badak yoshz! Haha.

Sultan,
Terima kasih tuanku. Berkat doa tuanku tu. haha

Yoshz,
Huik, plagiat? Tak senonoh la…
Maksudmu? Aku penipu? Ha? Aku pembohong?
Baik. Kalau aku dipihak benar, kau kenah panah petir dalam mimpi tiga malam berturut-turut. Ada berani?
[kih.kih.kih.]

Life,
Terima kasih kak shila!
A’ah. Macam setan gondol komen dia. Dia pulak macam gondola! Hahaha

Man_helang,
Kau nak cut n paste hasil kerja yoshz? jangan. Taktik dia je tu. nanti dia saman ko tau! Bertapa menda. Jem rasa. Tapi dah ok dah ni. Haha

Kikure-hime,
Dah ok dah sekarang. 100+ sedap gak. Haha. Mak kau macamana sekarang?

Qaseh darwisy,
Siteman/women macam kita ni memang kena kalis cuaca sikit la. Teruk betul kerja kan?

Hahaha. Kalau nak kenang dan doakan sesame kita, masa hidup ni pun tak ada masalah pun walaupun sekadar rakan blogger. Dah mati nanti lain ceritanya. Betul tak?

Poyotitos,
Thanx bro! viva la Jengkarians!

Hajime,
Lempang tu intro dia!

Dzul,
Aah, aku pikir cam tu juga.

Redzwan,
Aku puasa semacam je. Malas nak ganti la. T.K! haha

Kikiey,
Hahaha selalu aku jenguk blog ko tu. nanti aku komen yea!

Karkadewa,
Mee goring kisah dua tahun dulu. Tak kan baru hari ni ada kesan sampingan?

s.yanaz,
thanx bro! hahaha

don balon,
hahaha puasa dulu sampai habis!

manje,
trima kasih manja.
Dah nak ok ni.
Bila nak kirim bubur lambuk? Hahaha

Apek terror,
Balerrr…doa pun tak reti? Setiap kata2 adalah doa. Ucaplah kata yg baik2…

Ira,
Terima kasih ira. Jarang update sekarang. Sibuk ke dating ke? Haha

akumasihdisini said...

bulan ramadhan nie bulan yang banyak dugaan...sabar bro, jangan sampai tinggal puasa plak...

rahimin idris said...

akumasihdisini,
belum miss lagi bro.

dMasyri said...

en.rahimin..
sy bkn nyamar jd comment deleted ok..
sy terkomen 2 kali..
nnti org kate sy gile publisiti plak..
ooo..sy raye di pahang..
jemput la dtg umah..huhu!!!

rahimin idris said...

dMasyri,
hahahaha biasa la kesilapan tak disengajakan.
datang rumah? kat mana? insyaalah.

biskutrajin said...

marilah kite lempang bush sekeluarga reramai..