Thursday, September 18, 2008

Tahukah Anda?

Kepada sesiapa tak kira lelaki metroseksual atau perempuan urban yang berhajat sangat nak buat suntikan botox samada di muka, siku atau pun pusat sila fikir-fikirkan sepuluh kali lagi. Ini kerana botox sudah ada saingannya. Anda sudah punya opsyen yang mungkin lebih menjanjikan.

Di London sekarang sejenis krim antikedut dengan meniru cara bisa ular telah pun dihasilkan dan kini ia menjadi jualan kosmetik paling laris. Malah aktres cantik dan terkenal Gwyneth Paltrow juga dikatakan antara pelanggan setia yang menggunakan krim berkenaan.

Menurut pengeluarnya; ia membuat kulit ‘kaku’ seperti terkena patukan ular sekaligus mengekalkan kelicinan wajah. Ia adalah gabungan versi sintetik racun ular kapak, saudara jauh ular orok-orok yang banyak ditemui di Malaysia. Asid Amino yang banyak terdapat dalam bisa menghalang isyarat saraf daripada mengecut, dan membantu menghalang pembentukan kedut.

Hah, ini peluang. Kepada budak-budak yang bakal jadi graduan tu, kalau susah nak dapat kerja sangat nanti apa kata buat penternakan ular pula. Lintah, cacing atau ikan keli tu dah biasa sangat dah orang buat. Nampak gayanya ada potensi belabesar ular ni. Bukan setakat buat silap mata tepi tembok, buat dompet atau jual kat restoran eksotik saja, bisa pun dah boleh alat mekap.

Risiko pun tak tinggi bela ular ni rasanya. Bagi makan perut ayam pun jadi dah. Lagi pun nak jaga ular pun mungkin tak sesusah jaga orang. Maklumlah zaman serba mendesak ni bukan setakat kawan-kawan, saudara-mara, adik-beradik malah anak-beranak pun saling belit “membelit”. Lagi dahsyat dari ular tu!

Sumber: Berita Minggu 14 September 2008


32 comments:

kusutkusut said...
This comment has been removed by the author.
kusutkusut said...

boleh eh botox kat siku.
pala lutut ada x.

HA HA.

Kikuri-hime said...

So, makcik2 jgn laa suka2 marah2 kat pakcik yg malas tebas lalang kat blakang umah. Bole jadikan tempat pembiakan ular kapak tuu...

akumasihdisini said...

bagi aku laa kan...awet muda yang paling berkesan ialah wuduk yang sempurna...

tasikmerah said...

biarlah aku kedut pun min... tak nak aku cucuk2 ni haih~

Qaseh.Darwisy said...

kecantikan semulajadi adalah kecantikan yg btl2 cantik..

kecantikan itu adalah sementara sahaja..

padelkopak said...

abes tgk muka dah jd cam ular!!!x jadik beb nak beli...

l.i.f.e said...

erkkk
macam2 lah org putih ni. semua tak mau mengaku dah tua...hishhhh

alia said...

jng nanti ular makan tuan udah ler

♥~ir@~♥ said...

kang muka aku jadi cam ular kodok lak,,hehehe

sultan said...

eh... ketiak aku dah bekedut la. ko tolong orderkan aku satu...

man_helang said...

ko biau betul...tak mati kene suntik ke nanti...

rahimin idris said...

Kusutkusut,
ala, sunti kat penagih dadah pun boleh ni tau! Hahaha

kikure-hime,
hahaha orang mesin rumput tak ble cari makan la kan!

Akumasihdisini,
Betul la tu. tapi omputih tu mana ada wuduk.

Tasikmerah,
Betul la tu. nak suntik menda lagi. Kau dah cun tu. tua2 nanti pun cun lagi apa. Hahaha

Qaseh darwisy,
Cantik tu subjektif. Tapi kalau suntik memang cantik juga walaupun tak asli lagi. Tapi ayam daging yang disuntik tu tak canti pun. Hahaha

Padel,
Eh, mana ada jual kat Malaysia ni. Aku baca je ni. Buat analisis. Bukan promote. Haha

Life,
Tu la. Kalau boleh kematian pun depa nan tunda. Tapi ini kira penemuan la kan. Bagus juga la.

Alia,
Eh, ramai orang kuat ngular apa. Haha

Ira,
Ala, tak pakai lagi. Mana nak tahu. Hahaha

Sultan,
Eh, aku tak tau la. Aku baca kat berita minggu je. Tanya NST. Cuba letak silicon ketiak kau tu! hahaha

Manhelang,
Eh, mana aku tau. Tapi kalau nak ternak ular ok ke? Janji masyuk kot? Hahaha

hajime said...

tapi jack...
nak bg makan perut ayam...
kene bela ayam...
pastu ayam makan cacing...
kene bela cacing lak...
ah sudah...

kuih said...

habis tu hajime, cacing plak nak mkn hampas kayu kena tanam pokok plak,
nak tanam pokok kena ada baja plak,
nak baja kena bela kambing plak,

perghhh bila nak start meniaga ni?

Ojie said...

tu la kuih..nak bela kambing, kena bg mkn rumput..nk ada rumput kene beli padang rumput cani..dah tu mana boleh kambing jantan aje..kene ada kambing betina..nk carik kambing betina, kene tunggu kambing tu besar dulu..thn bila baru nk mula nih?

kusutkusut said...

klu penagih dadah dia da tah nama 'penagih dadah' la. nama "PENAGIH BOTOX".

maklumlah bleh jd lawa.

yoshz said...

"Kecantikan sebenar adalah dari dalam"

-orang2 yg hodoh


weh aku takleh baca kartun tu.

rahimin idris said...

hajime,
btol la tu jack. tapi kat pasar kan byk perut ayam! tak kan nak jual gak perut ayam?

kuih,
tahnya hajime ni. jangan la d.i.y sangat kan? hahaha

ojie,
hahaha tu la. bayak alasan hajime tu. hahaha

kusutkusut,
btul juga tu. aku sokong. kalau ah long tu penagih hutang kan?

yoshz,
hahaha betul la tu. tapi maya karin pun cakap cam tu. maya karin hodoh di mata kau ya.

haih, aku pun tak reti dah kartun tu. dah klik pun kaku lagi. kena bisa ular kot!

Danielle_Corleone said...

Salam. bro mahu t-shirt pelangi chenta tu tak? :-) kalau mau emelkan ke (giga_rorqual16@yahoo.com) saiz, kuantiti, warna dan alamat pos pada gua. Harga RM 25.00 (tak termasuk bayaran pos).

rahimin idris said...

danielle,
ok. nanti gua email. tapi gua nak bayar macamana?
lu iklan la terang2. gua kurus je tapi gua suka xxl.
nanti gua email.

aku_yanhashim said...

erk..
aduhai.
nak bela ular?

[tade idea nak comment sbb baca entri pasal nak gelak je]

mengeluh*
kelakar lah.. haha

Radius.F said...

oh, patut la orochimaru tu tak nampak tua.

ish, aku paling gerun+takut+geli+seram dgn ular.

rahimin idris said...

yan hashim,
pernah baca edward d. bono? berfikir di luar otak! hahaha

radius.F,
haih, malam ni ada citer tu hahaha

denanz said...

bro, gua tengah pikir ni. nak carik duit lebih sket.
emm ... nak join mlm ke nak ternak ular. ish ...

manje said...

salam

hehe sejak bile awak jd promoter 'botox bisa ulau' nih??? kekeke

> biar ar kulit muke ini mengikut masa dan ketikanya... sampai masa dan fitrahnye nak berkedut... kedut la ia... huhu tak kuasa nak menghalang bagai...:)

Dzulkarnain Mohamad said...

kalau yang bela ulau tu kuat mengulau pn tak jalan jugak bisnes nih..

Don Balon said...

walau kulit setegang kulit drum..
Rumah 3x7x6 tetap menanti..

poyotito's said...

penemuan2 gini buat gua jadi malas nak mesin rumput belakang rumah ni.
tapi kalu dah bersepah ular kat semak tu esok sapa mau tangkap?

rahimin idris said...

Bro denanz,
Hahaha jadi editor tak kaya ke?

Manje,
Haih, bila masa aku jadi promoter ni? Saja nak bercerita haha

Dzul,
Ternakan ni boleh buat lone ranger je ni.

Don balon,
Ehhh, itu kubor!!! Hahaha

Poyotitos,
Haih, kata felda aok nak menang sejuta!!! hahaha

poyotito's said...

sapu sampah pun malas masing-masing,
menang sejuta mendanya..
keh wakil ke felda aok je laa..

HA HA

apek terror said...

gile ker ape trend org ternak cacing sekarang nie...

gua cadang ternak kuda laut...