Saturday, September 27, 2008

Haih, Dah Jadi Tahap Bangkai Ke?

Suatu ketika dahulu. Lama juga. Seorang kawan mahu beli anak-anak ayam. Tiba-tiba tanpa mimpi. Murah saja. 50 sen seekor. Mungkinkah anak ayam rejek? Dia pelawa aku beli bersama-sama seorang lagi kawan.

Masa tu anak ayam warna warni popular gila. Tapi aku beli yang putih saja. Sebab murah. Lagi pun bila dewasa warnanya hilang dan dagingnya tak ada warna-warni pun. Taiknya pun sama busuk macam taik ayam biasa.

Reban siap. Dari kayu-kayan dan atap terbuang. Mentol dan wayar beli. Anak ayam beli 10 ekor. Mati dua. Campak dalam lubang sampah. Rugi RM1. Modal tak banyak mana. Sebab bela sikit saja. Lagi pun anak-anak ayam tu comel-comel juga.

Tapi gembira menternak mula bertukar pening. Duit aku menoreh getah mengalir ke dedak ayam-ayam tu. Masa comel sikit punya berhemah makan. Sopan santun. Masuk minggu ke 6, mak aih mengalahkan orang berbuka puasa pula. Tempat dedak tu bergegar-gegar macam gempa bumi. Bekas minum air tu terbalik terbalik hentam dek demeh tu.

Reban kecil jadi sempit. Ayam-ayam tu patuk mematuk sama sendiri. Macam kanibal. Mak suruh sembelih saja. Masalahnya, dalam keluarga kami memang tak ada tukang sembelih. Arwah ayah memang tak pernah menyembelih ayam. Arwah tak sampai hati. Maka terpaksa la kami minta tolong Pak Awang di sebelah rumah kerana kami adik beradik pun tak jadi tak berani juga. Dan ia bukan masalah besar.

Kebetulan ayam-ayam itu membesar dan sedang-sedang sedap disembelih bulan puasa. Setelah mak masak ikut dan, juadah pun bertukar-tukar rumah. Lagi pun banyak kalau seekor. Mak dan arwah ayah tak makan ayam. Maka sehingga nak menyampaikan Hari Raya tinggallah empat ekor saja. Cadang kami nak sembelih bakinya untuk Raya.

Maka sehari sebelum raya sibuk la kami nak menyembelih ayam. Masalahnya Pak Awang entah ke mana dan kesibukan petang tu, aku tak tau dia ada kes apa. Tapi sibuk la. Hari dah nak senja. Risaulah sekalian kami gerangan tak ada tukang sembelih.

Tapi memang nak jadi rezeki. Adalah si Alek anak Pak Cik Sahak lalu. Aku jerit-jerit nama kawan aku tu. Dia datang. Tak ada masalah. Boleh tolong tanpa bayaran. Aku minta dia tolong sembelih semua dan seekor untuk ajak kawan-kawan buat BBQ.

Memang kami ada belajar sembelih haiwan disekolah dulu. Cuma aku tak praktik. Seekor demi seekor ayam keok di tangan Alek. Aku jadi tukang pegang saja. Aku gembira. Bukan sebab dapat makan ayam. selesailah beban tanggung dedak aku nanti.

Tapi ayam yang terakhir tu, yang bersaiz XXL tu, benar-benar membuat kami terasa aneh. Hampir sejam kami tunggu. Tak mati-mati. Haih, apa dah jadi? Apakah ayam ini ada menuntut ilmu kebal ke? Atautakah dia ada bela hantu? Ataukah? Ataukah? Ataukah? Macam-macam fikir terlintas di cepu kepala kami. Kami dah berpeluh-peluh kehairanan. Rasa nak panggil TV3 pun ada masa tu. Tapi tak tau macamana nak panggil.

Akhirnya Alek ajak sembelih sekali lagi. Simpati pula kat ayam tu. Mesti siksa dia tak mati-mati. Moyok saja tepi semak. Hanya satu urat saja yang putus. Setelah di sembelih sekali lagi barulah mati. Selesai masalah.

Malam tu kami pun buat la BBQ ayam sembelih dua kali tu. Aku dan adik beradik aku yang cuci dan katam-katamkan ayam tu. yang sembelih sekali diasingkan. Kami panggil semua kawan-kawan makan. Kami bakar di unggun yang digunakan untuk membakar lemang petang tu. memang sedap betul makan ayam malam tu.

Tapi sekarang baru aku terfikir kes malam Raya tu, sah ke sembelih ayam dua kali macam tu? Boleh makan ke?

26 comments:

Don Balon said...

Min..
hehe
mana boleh.. sembelih tabley angkat pisau.. tu arwah ayoh koi kabor..
nanti koi check laman kemusykilan agama..
Heh.. koi rasa macanc keney budok alek tu..
bukan bayer koi ke?
Aok ni alek, madi semua member aok jugek..
Azron je aok tok keney..

yoshz said...

Hmph..bab2 dhabihah (sembelihan) ni agak banyak percanggahan sebenarnya. Aku pun dah tak berapa ingat sangat. Tapi kalau berbalik kepada tujuan asal sembelihan, adalah untuk mengeluarkan darah kotor secara efektif dan mengurangkan kesakitan kepada bintang itu.Dengan menyembelih, otak akan serta meta kehilangan darah dan gagal mentafsir 'kesakitan'. Since kau gagal dlm objektif utama ini, maka bagi aku jawapan nya ialah 'tidak'. Tapi, takkan nak biar aje ayam XXL tu mati mcm tu. Membazir la pulak..bukan dosa lagi besar ke? jom pikir lagi...

Don Balon said...

Min,
betul kata arwah ayoh koi..
yo check this outt!!
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/037950c8561de592482573bf0043b484?OpenDocument

takpela min..
aok tok tahu maser tu..
solat taubat je la mintak Allah ampun.. :)

kirim salam ke alek dan madi yang tak keney koi tu..
koi je keney demeh.. doh sokmo koi tengok lepok dgn azron, mie & jana tunggu bas sekoloh JXII yang kecik tu..hehe..

Don Balon said...

Eh, eh min..
aok telepon ustaz la min..makin dibaca makin kompius plok koi..
hehe

Rahimin Idris said...

don balon,
aku pun tak tahu sangat. jadi sembelih je sampai mati. nanti aku check balik.
hahaha

yoshz,
memang membazir. tapi sedap juga. aku makan sebab aku rasa ayam dalam tin tu lagi entah hapa2 status dia. hahaha

l.i.f.e said...

ayam kaler2 tu memang cumil giler
tapi dah besar dah jadi huduh

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Tak tahu takper... orang tua2 kg aku selalu ckp gitu! Kalau aku dok tpt ko, aku belasah jer.

Redz da Tsar said...

haha... aku ingat ko buat jamuan raya ayam sembelih dua kali tue...

Boleh pulak ko terpikir nak asingkan ayam-ayam tue?

ini yang memunsykilkan aku nie... Adakah ko tak tau atau pura-pura tak tau...

Selamat Hari raya Min...
Maaf...
Jemput la ke rumah...

Aku said...

Hmmm, kemusykilan ni elok ditanyakan mereka yang pakar. Tapi setahu saya bila menyembelih haruslah putus urat 'merih' dan 'halkum'. Kalau hanya satu yang putus tak sahlah jadinya kot.

Kikuri-hime said...

Rihimin,
What is done cannot be undone... Tawakkal ajelaa. Anywas, masu tu kao kan masih jahil lagi kan?

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN!
Manela tau kalau2 ade comment antu entry aku yg menyinggung perasaaan halus kau...

ijan said...

aku ada study kes cam ni masa aku blajo kat cairo dl. lupa la ape hukumnye...

masalahnye skrg ko mkn ke ayam tu...

Anonymous said...

selamat hari raya semua!!!

fadzil hafiz said...

baru aku nak tegur!!x bley mkn ayam yg sembelih 2 kali....aku blaja masa skul dulu....kt skul dulu siap kena bg kt uncle non-muslim lagi sbb takut membazir...

alif-mikail said...

Bro Min..
Bab sembelihan..
"Memutuskan urat merih dan halkum"
itu ikut Syafiee.. kalau ikut hanbali halal..

sekarang camno.. ?? dah muleh sembelih kan kan?..

dol balon..
ramainye rodong! jeles koi!

Wardrobe kita said...

adeh...gelak smp skt hati..

x pe sbb ko x tau..skang da tau jgn la buat lg..tapi kalau kejadian ni jadi kat lembu, smp ati ke nk buang seko lembu tu??

biskutrajin said...

seingat ustazah aku ajar dlu,,cm x jadik je sembelihan korg 2...setahu aku kene ptus sume mse sekali sembelihan...wallahuallm

tasekM said...

ha ha. aku teringat arwah abah aku dulu jadi gitu jugak. sembelih ayam tp ayam tu tak mati. siap berlari2 lagi. esok br mati. sian plak aku tgk.

Unknown said...

hrmmm.. payah nk jawab.. tapi setahun aku sebab ada beberapa pendapat yg boleh diterime membolehkan...
lagipun perbuatan itu bukan disengajakan. ada perbezaan

Ki Kiey said...

xsah la.
haha.

HAMIDI BIN SARIF said...

lah nk buat gone dh mkn lah, kalau jumpa alex tu bakar jee, kalau susah 2 suruh suzana tlong bakar, haha
biasa lah ms muda x yah dikenang,
lain kali suruh budak kg jengke tu jgn undi alex jd tok imam kang suma menyesal plak

UMNO PARTI PENJARA said...

Salam perkenalan :-)
Akar Umbi & Calon ‘Kuda Hitam’ Ada Kejutan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Fadh Rahman said...

tak tau tak pe...tapi kena laa belajar...takkan nak jadi jahil sokmo more...

Anonymous said...

zaman gua kutu dulu ada juga gua mengalami kes2 mcm ni.
sembelih punya sembelih ayam siap boleh lari-lari lagi.
jenuh nak kejor

tasekM said...

beraya sakan si min... bila nk hapdet nih?

:)

apek terror said...

x boleh mkan tu...haram jadah hukumnye...haha..

Rahimin Idris said...

Rozlan,
Hahaha masa tu aku ragu2 juga. Tapi rasa rugi2 pulak kalau tak makan ayam tu.

Redzwan,
Hahaha aku bedal je. Takut juga bagi tetamu mkan haram.

Hanim,
Aku dah serik nak bagi orang tak tentu pasal sembelih ayam lepas tu. haha

Kikure,
Selamat hari raya juga. Kita berdua mana ada salah pun. Setakat saat ni la. Haha

Sultan,
Kau ni study ke melancong? Hahaha

Bom,
Selamat hari raya.

Padel,
Dah jadi darah daging pun. Hahaha

Aliff,
Aku tak pernah sembelih binatang setakat ni. Siang ikan dah mati boleh la. Haha

Qaseh,
Hahaha gila nak sembelih lembu. Tapi kalau jadi cam tu jual kat non muslim la.

Biskut,
Putus semua skali? Kau ni nak memancung ke? Hahaha

Ibrahim n,
Hahaha aku pun tak faham sangat masa tu. memang tengah rock!

Kikiey,
Haah. Tah2 ayam dalam tin tu pun ayam kena lenyek dengan motokar tak? Hahaha

Hamidi sharif,
Woi rodong! Hari raya ni tak menghanyut ke?

Faizal,
Eh, macam lagu hetty koes endang je? Hahaha

Akumasihdisini,
Huih, dulu memng outlaw gua ni. Haha

Tasikmerah,
Raya menda. Bos ada tiga projek nak serah. Penat betol buat clearance dan ISO ni. Akak dah ganti puasa?

Apek,
Haram zadey kanun inspector sahab lu apek!