Tuesday, October 7, 2008

Misteri Bila Tiba Syawal

Semalam aku cuba-cuba cari murtabak. Haram tak ada. Kalau beraya dengan murtabak rasanya manis juga. Sebab aku tak ada lagi sejarah hidup beraya dengan murtabak ni.

Agak-agak kalian manusia yang jual murtabak masa pasar Ramadan tu dah kaya sangat ke? Atau dah kena culik dengan makhluk asing?
Habis tu macamana kalau orang puasa enam mengidam nak berbuka dengan murtabak?
p/s: SELAMAT IDULFITRI. MAAF ZAHIR BATIN KAWAN-KAWAN SEMUA!

40 comments:

akumasihdisini said...

meroyan apa ko nie tetiba nak makan murtabak di pagi syawal? tokey murtabak pun nak beraya bang ooii...dah sebulan dok tebar murtabak...terseliuh tangan...

alif-mikail said...

betul betul betul..

kenapa tak jual tiap2 petang.. camne orang puasa isnin dan khamis.. haa jawab2 ..

Ojie said...

aku dr pose ari tuh lg ngidam murtabak tp sbbkan kejadian peluh meleleh tu, sampai skrg ngidam aku xsudah2..huhu

Pok Li said...

Ramai mengeluh selepas raya. Kedai Makan tutup. Kalau ada pun sudah di serbu orang. Kueh raya sedap dimakan dihujung bulan syawal ;)

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Rasanya semua orang termasuk nelayan, petani, tukang kebun, jaga, tukang cat, bomoh dan ahli sihir masih bercuti. Demikian jugalah si penjual murtabak.

Kalau murtabak gerai ramadhan, cuti mereka selalunya lama ... hingga next season!

Kat opis aku ni pun masih lengang.

Cari jer murtabak kedai mamak min

Kikuri said...

Salam min...
Lama x muncul pas2 mengidam murtabak plak. Isk...


P/s-
Good 2 hv u back! Rindu... Kat entry kau!

jac said...

wah puasa nam lah!
syabas!

aku bru nk start mnggu depan..
huhu

hajime said...

nasib baik le ko ngidam murtabak...
kot2 ko ngidam daging unta ke lagi payoh...
btw...
dah bape "bulan" dah ko ni ek?

alif-mikail said...

Ojie..
UWEK! geli koi.. tapi murtabak memang sedap..

Hajime..
ha ha ha ha..

Bro min..
jom datang rumah setakat tebar2 murtabak tu pejam mata pun boleh order..

biskutrajin said...

kedai mamak kan open 25jam...carik le kat sne..hehe

poyotito's said...

penjual murtabak skang tengah joli sakan beb!
mana ada masa dah nak tebar murtabak..

sultan said...

mane ko nk cr murtabak time2 cam ni. diorg tgh kaya-raya tu. kompom mamak2 murtabak tu sume tgh holiday kat disneyland skrg ni...

Mas Mohd Yunus said...

sikit hari lagi martabak akan jadi makanan ruji gaya hidup pemakanan org malaysia. hehehe.

Hanim said...

Tol tu, kalau juadah raya hidang murtabak kan best

aku_yanhashim said...

hehe
;D
bukan mereka sudah kaya raya
tapi mereka sedang sibuk jalan raya beriya-iya..
sebulan sudah bekerja tanpa cuti
kali ini berilah masa nak goyang kaki..

tasikmerah said...

aku boleh carikan murtabak utk kamu... tapi syaratnya... malam nnti kamu kena terawikh... amacam?

padelkopak said...

peh!!!aku mmg da x bley blah makan mertabak woi!!!dah muak + nak muntah...mmg x bley masuk dah....

denanz said...

min, kalau ngidam kek, boleh la tolong. hehe.

farah sr said...

kat pasa malam ada kot...

Umie said...

pi la cari kat mamak beb!...kompem murtabak mamak lg best sbb dia dah expert wat murtabak hari2...kalau brader pasar ramadhan tu cuma muncul sekali setahun je...blm expert lg tuh...muahahahaha

Qaseh.Darwisy said...

tu la..aku baru pas sembang ngan kazen aku apesal time bulan posa smua pakat nk jual murtabak,kueh jala mas, buah tanjung,akok..tapi time raya x de pulak aku tgk mknn ni terhidang dengan gagahnya..

yoshz said...

Kedai mamak bukit indah ada jual mertabak all year round. 3 ringgit la tapi.

antusabun said...

Apa gila punya kerja la ko ni carik murtabak pepagi raya.. Ada2 je perangai orang2 skang ni

k.e.r.i. said...

kat pekan ade satu kedai murtabak jual sepanjang tahun..
sebelah pagar sekolah sultan ahmad shah..
gile besar murtabak dia..

kuih said...

apa plak takde, pg la kedai mamak....rm2 ke rm3 la sekeping...ada la

kikiEy said...

tnggu kucing bertanduk la kalu nk murtabak mse raya ni.
huaha:]

hafiz said...

di kedai maple pasti ada murtabak! salam kunjung!

Che Sue said...

wat sendri aa beb..gua layan murtabak maggi je kat sni..ni idealogi baru ni..

Jack a.k.a adDam said...

Murtabak takleh makan hari² la..
Nanti muak...
Tapi Roti John tak pernah muak plak kalo makan hari²...

Dzulkarnain Mohamad said...

hari tu aku sempat beli murtabak feri. dah rm6 sekeping..brader yg beratur depan aku mati2 ingat 2 keping. bila aku kata sekeping dia dh start ngomel2 kata mahal nak mapus. jd aku suruh dia kira orang yg beratur kt depan. dia terus senyap. tu la dia duduk kl lama x balik jengka.

stu_comot said...

murtabak kg mengkasar kt pekan sedap sgt..hahaha..last mkn 8thn yg lalu..haishh!!

Redzwan Abdullah said...

murtabak jerantut dah tak gah...

Rasa dah kurang, harga mahal nak mampus... Baik isi minyak petrol dari makan muratabak...

Kecewa aku...

Salam Syawal...

Facet said...

Kenapa semua orang suka murtabak?

Rajuna said...

aku syak
mereka telah difrancaiskan!

rahimin idris said...

Akumasihdisini,
Hahaha Ramadan dulu 3 k3ping je aku makan.

Alif,
Betul la tu. kalau nak berniaga hari-hari la kan. Raya 3 hari dah la.

Ojie,
Ko tau tak, daging burger tu buat lenyek dengan tumit je tau!

Pok li,
Ha, betul tu bang. Kena bawak bekal kerja.

Rozlan,
Murtabak mamat tu dah biasa makan. Jadi tak berapa. Ada. tapi yang kat pasar Ramadan tu dia lain sikit. Kau apasal kerja cepat sangat?

Kikure,
Salam kembali. Ada. kerja raya ke3 lagi. Kedai semua tutup. Haha

Jac,
Kao ganti puasa kao tu sekali! Hahaha

Hajime,
Woi, unta dalam tin ada tak?

Alif lagi,
Eleh, tebar jala pun tak berapa aku dengar! Hahaha

Biskut,
Mamak pun cuti hari aku terasa nak makan mertabak tu. jam ko kenapa 25? Hehe

Poyotitos,
Aku pun syak macam tu. depa layan kuda kat tong kiat!

Sultan,
Woi, kat mimaland dah la tengah2 gawat ni!

Mas,
Aku pun fikir macam tu. murtabak tu asal mana ha?

Hanim,
Waaahhhh kao. Kalau pasal makannnn…hahaha

Yan hashim,
Goyang kaki menda. Diorang kena tengah kira hutang tepung, daging dan bawang!

Tasikmerah,
Maknanya? Tahun depan punya terawih? Akak nak kena jadi inti murtabak? Hahaha

Padel,
Haaaa tu la kau. Makan hari2. aku tiga keeping je beli. Tu pun potong tiga!

Bro denanz,
Hahaha promosi sokmo kek ka dehanz. Kalau dekat memang saya support!

Farahsr,
Mana ada pasar malam masa raya ari tu. pasar budaya pun tutup kot.

Umie,
Woi, yang setahun sekali tu la specialist! Muahahaha

Qaseh,
Haaaa abang aku buat kerja di projek UDN bachok. Dia bawak balik kuih akok baru ni. Lama tak makan akok dari kelantan. Best hahaha

Yoshz,
Woi, petrol dari jerantut ke sana dah berapa?

Antusabun,
Woi, ok la tu. kalau nak makan muntah hantu tu yang ngeri! Hahaha

Keri,
Jauh kemain mung ni bagi cadangang kat aku! Hoh, lama betol aku dok cakak ganu! Jadi lagi dok? Hahaha

Kuih,
Mamak pun cuti lagi raya ke tiga sini. Semalam baru buka. Tu pun sebab ada yang ugut nak bom kedai!

Kikiey,
Kalau aku bikin sendiri amacam. Lempeng tu sepupu mertabak kan? Hahaha

Hafiz,
Gua cari kedai mamak la sok. Salam kunjung kembali beb!

Che sue,
Hahaha tahniah kerana wetanchaung anda dah semakin berkembang!

Jack aka addam,
Roti john? Kau niaga roti john malam2 kan? Hahaha

Dzul,
Phew, murtabak syed je aku layan. Harga baru rm4. feri tu tumpang glemer Juliana banos je!

Stu comot,
Haah aku dengar. Murtabak kancil ada situ?

Wan,
Woi, kau demam ke? Ada ke nak isi petrol dalam perut! Hahaha

Facet,
Hahaha apa kata kau buat entri hal ni. Nanti kami ramai2 jawab!

Rajuna,
Kao memang otak bisnes. Aku syak cam tu juga. Murtabarajuna! Ok gak nama tu. hahaha

Danielle_Corleone said...

jangan biarkan murtabak menyelubungi misteri hidung anda.

Faizal Zakaria's Blog said...

INFO TERKINI:

FAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD

RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

rahimin idris said...

daniel,
hoi, beraya sakan ke?!!! lama tak update?

faizal,
good luck saudara!

man_helang said...

murtabak bazar ramadhan tawar la...tak best langsung...

l.i.f.e said...

kat pasar malam ada je jual la rahimin