Akibat terlalu dipengaruhi oleh drama bersiri Impak Maksima, dua orang pemandu ni lupa keselamatan pengguna jalanraya lain. Tengoklah. Macam-macam cita-cita manusia di Malaysia hari ni. Semua nak tunjuk terrer.
“Apa kejadah main drift atas jalan lurus!” entah mana punya kutu tiba-tiba komplen sambil juih-juih bibir. Leher panjang-panjang saja jengah-jengah dari kerumunan orang ramai.
“Woi, kat Istana Budaya pun orang buat drift la!” pemandu bas tu jerkah sambil hunus spanar 21 sambil membetulkan kuda-kudanya yang sumbang. Kutu Kuala Lipis tu pula cepat-cepat lari dan pura-pura pergi beli juadah buka puasa di gerai depan rumah tepi jalan Batu 2 tu walaupun jam baru pukul 12 tengahari. Beria dia paksa makcik yang tengah jemur lampin tu buat cucur udang. Alasannya mak dia suruh cepat balik untuk kupas bawang. Padahal mak cik tu berjiran saja dengan tuan gerai tu.
Pemandu lori ais tiub tu pula dah lesap selepas menewaskan pemandu bas yang tercabut tayar masa buat drift tu. Berhenti seminit untuk menunjukkan tanda ibu jari tanda *bagus* sebab bangga bukan main-main. Katanya nak hantar ais tiub ke rumah orang kenduri cukur jambul. Kenduri cukur jambul mende ke siang-siang Ramadan ni?
Aku sempatlah ambil beberapa keping foto sebab kes ni jadi dekat dengan projek tempat aku kerja – batu dua Kuala Lipis. Kawasan Pipiyapong ni.
“Badigol betul. Tak reti jangan drift la. Keh yang dah lulus PMR ni pun tak reti tau!” tiba-tiba seorang budak sekolah yang tunggu bas di situ marah-marah. Tak kuat sangat suara dia. Takut makan spanar 21.
“Kalau nak mendrift malam-malam la. Pergi Sungai Jelai sana. Bawak jaring ½ inci. Hari tu enam kilo keh dapat ikan bador weh!” Ada pula kawannya yang bermuka naïf tu menyampuk. Nelayan separuh masa Sungai Jelai barangkali.
“Tengok. Aku nak balik pun sudah kena tunggu lain bas! S@$%&!!” budak yang ketiga tu mencarut bahasa Tamil. Macam nak naik cacat muka dia sebut kata-kata tak senonoh tu. Ada satu dua perkataan yang aku faham. Yang lain tu tak tau la dia mencarut ke memuji.
Eh, aku kenal sangat budak yang nombor tiga tu. Anak pemilik restoran di batu 2 tu juga. Rumah kedai dia kalau jalan kaki perlahan-lahan macam kucing, seminit pun dah sampai. Nak tunggu bas apa lagi. Jalan kaki saja dah la bahlol!

21 comments:
fuh, bas transnasional..sampai tercabut tayar tu..
ramai ke penumpang dia?. ape da driver bas tu..yg pegi layan dreba ais tube buat ape. dia boleh la drive sorg2 nk mati pn dia sorang2.
peh... lori ais dpt memotong bas penumpang yg dah x bole gerak. haha...
hahaha drift sampai tayar tercabut ke depan..bagus entri ni..buat aku ketawa..teruskan usaha.
aku syak bredar bas tu ada niat nk mati bulan puasa la...~
bro rahimin..
ha ha ha.. (nasib baik gelak tidak membatalkan puasa..)
lawak le bro..
koi tau.. murid ke-3 tu mak dia menjual di restoran kan kan.. hari tu pegi makan ..
tu bukan drift.. tu drag..
P/S - koi rase dia lupa pasang skru tayar le..tak pun tayar tu pose jadi tak makan skru..
"kebodohan itu tiada batasan"
albert einstein.
dulu aku gie sekolah naik bas tanjung keramat...adik beradik lain mak lain ayah ngan bas transional...sikap manusia memang begitu...masing2 nak tunjuk teror laa tue...gila kalah orang jepun yang drift pakai kete...orang malaysia drift pakai bas ngan lori..
sudah la bus lu mmg x gerak dh lame kat tepi jalan tu...lu pusing cerite nie...
Bestnye drift. aku teringin nak drift. pastu pasang lampu biru bawah keter. Gerenti satria merah aku menjadi tumpuan kalu aku masuk kat datasan sekolah.....
Rahimin,
Aku macam ko.... baru baik sakit. CTBTlaaaa.... 2 ari mc. nak bukak laptop pun x larat...
Cis, kisah aok ni lagi menarik berbanding filem evolusi kl drift.
Bas tu tayar bocor ke?
ahhh dimana-mana pun driver bas suka buat drift gitu. mentang2 lah mereka besar. nak ku sumpahkan, kesian pulak pada para penumpang dalam tu.
isks
kesian tayar bas tu..
cilakak apa kes ni? pagi tadi aku lalu nampak lagi bas ni masih tersadai.
Itu bas tidak berdosa...
kabo ke drebar bas tu, lain kali menuntut dengan drebar srijengka.
puak tu biasa drift kat matau!
Haha...
Sape la drebar malang tue? Sepatutnya berguru dengan aku dulu tue...
Dzul,
Hahaha tak ramai sangat. Dekat-dekat raya ni macam-macam kisah pelik jalanraya kita ni. Tayarboleh tercabut. Ko tunggu je la.
Sultan,
Tu la. Aku nak foto bas je mula-mula. Dia pun nak enterframe! Haha
Ojie,
Hahaha tayar spare tu!
Tasikmerah,
Aku rasa tak. Sebab gaji bulan ni dia belum ambik tau!
Aliff,
Restoren mana? Cina ke India?
Haha tah la. Tapi teruk betul la kalau tercabut tayar ni. Pancit ok la.
Yoshz,
Betul la tu. Kepandaian pun satu bijak juga sebenarnya. Sebelum mati Einstein menyesal buat teori relative tu. Hiroshima dan Nagasaki adalah manifestasi kebodohan Einstein sendiri sebab dia terasa jadi alat kapitalis. Sungguh. Dia menyesal dan rasa amat bodoh. Aku setuju bila dia ngaku gitu. Kesian dia. Tapi padan muka!
Akumasihdisini,
Hahaha kau tunggu raya nanti. Lagi macam-macam.
Apekterror,
Haih, memang la. Kalau tulis berita nanti kau jemu pulak baca!
Kikure-Hime,
Kau pakai satria? Macam Dzulkarnain. Tapi kereta dia sama je macam baru keluar kilang. Kalau kau nak tolak aksesori cari dia je! Hehe
Sakit perut. Aku ok dah. Boleh la ko MC! Hahaha ala, nanti sembuh la tu kan.
Radius.F,
Hahaha aku tulis ni sebab nak sindir cerita tu la. Benci betul aku tengok!
Tercabut la firdaus. Kalau bocor mesti sempat jack.
Life,
Lori balak pun macam tu juga. Sepupu saya arwah kena gilis dengan lori balak la.
Don balon,
Haih aok ni. Ke situ pulok!
Kumprinx,
Aik, ada lagi? Semalam keh tak gi lepih. Ari ni nak gi lagi. Kalau ada lagi keh nak tolak j eke sg. Jelai!
s.yanaz,
memang la cikgu. Bas mana ada syurga neraka!
Poyotitos,
Woi, matau pun jalan straight la. Kuala sentul la!
Wan,
Hahaha aku tengok dah macam tu dah. Patut tampal P macam demeh kan? Hahaha
kasihan bas itu,,,
ah sudoh..aok sebut sikit sapa drebar dia..?? babil tu laa..
ira,
oi, orang yang tunggu bas tu lagi kesian!
pipiyapong,
laaa, keh lupa la nama dia. tapi ada masa tu nak mencari tayar!
hoho...kalo tecabot sume tyr lg bgus...heheheh
Post a Comment