Friday, September 12, 2008

Dendam John Doe Di Subuh Hari Nan Dingin!

Kampung asal mak aku dari Bandar Jerantut tak jauh. 20 minit kalau pecut laju-laju. Kalau kepala kalian ada kipas helikopter macam Doraemon tu mungkin lima minit dah sampai. Itu pun kalau tak kemalangan udara seperti bertembung dengan burung enggang ke, atau dilastik uncle seekers ke. Contohnya la.

Dulu kampung mak aku meriah. Penduduk penuh lagi. Sambut Hari Raya di kampung amat menyeronokkan bagiku. Rasa macam pergi Disneyland Tokyo. Siapa pernah pergi ke sana faham la perasaan aku. Tapi aku tak pernah pergi Disneyland Tokyo. Kalau Disneyland Hong Kong tu memang tak pernah juga.

Maka surau pun penuh la selalu dengan makmum. Masuk waktu solat azan pun berkumandang. Memang la. Azan suka-suka hati nanti tak pasal-pasal saja kena lokap sebab kena tuduh sesat pula kan. Makmum pun ramai memenuhi saf masa tu. Tua muda lelaki perempuan turut serta. Tapi subuh kurang banyak la sikit.

Dan di suatu subuh dingin yang menyelak hingga ke tulang hitam, aku, Aki dan Wan membelah kabus untuk ke surau yang jaraknya hanya kira-kira 50 meter saja. Kami bergerak ketika azan subuh belum berkumandang. Apahal aku tak tau. Padahal beduk dah berdentum pun. Speaker punah ke?

Sampai saja baru aku faham. Ada seorang mamat sengal yang bodoh-bodoh alang sedang tidur dalam surau. Budak ni tak sihat angkara sawan babi. Tu akal dia jadi tak cukup. Suara dia pun jadi halus. Ala, macam mamak teh tarik dalam iklan U Mobile tu. Bukan dia pinta. Maka untuk itu biar aku gelarkan dia John Doe saja.

Bagus saja dia bergulung. Dah la selimut dengan sejadah berhelai-helai. Mengorok di mehrab tempat Imam pula tu. Kalau nak jadi Imam sangat pun bangun la. Ini macam orang mati tidornya. Palu beduk sikit punya gegar haram John Doe tak goyang.

“John Doe. Bangkit la. Dah subuh ni. Moh kita semayang yek.” Sikit punya sopan Tok Imam kejut John Doe. Tapi Joh Doe keras macam bangkai dah kojol sehari saja.

“John Doe. O, John Doe. Bangun la weh. Komeh nak semayang ni. Pergi tidor belakang nu,” Tok Imam kejut lagi sambil gegar-gegar bahu John Doe. Tok Imam dah kerut-kerut dahi. Geleng-geleng kepala. Jemaah-jemaah lain dah berbisik-bisik. Ada yang ambil kesempatan tu untuk menyandar saja di dinding.

“John Doe! Hei, bangun la!” volume Tok Imam dah tolak kasi tinggi sikit.

“Jangan kaco la setan weh! Orang nak tido ni! Yeee..dunia ni tak aman doh gamoknya!” john Doe marah-marah merepek meraban sambil buat gulungan 360 darjah pula.

Tok Imam dah naik bengang. Ye la. Tak kan nak solat ada John Doe dekat depan tu. Macam solat jenazah saja jadinya nanti. Nak solat pusing belakang tak boleh juga. Tak kan nak berkiblatkan kedai runcit Mak Teh Milah kat belakang tu pula. Maka Tok Imam pun keluar la dari surau. Semua tercenung-cenung sebab sangka Tok Imam nak ajak jemaah kat jalan kampung.

Tapi meleset telahan kami. Tok Imam kembali bawa segayung air. Itulah usaha terakhir Tok Imam. Tak kan mengaku kalah. “John Doe. Bangun la cepat. Orang kampung nak sembahyang ni.” Kata Tok Imam sambil merenjis-renjis air dengan kadar yang cukup untuk mengejutkan John Doe. Tak sampai sepuluh saat menggelupur dan John Doe bingkas duduk. Itu saja ubatnya.

Tapi John Doe tak cakap apa pun masa tu. Diam saja. Lepas tu bangun dengan muka masam saja meninggalkan sejadah bertaburan. Keluar dari surau entah ke mana. Balik rumah abang dia agaknya. Mak ayah dia dah tak ada sebenarnya.

Maka selepas qamat bergemalah Takbiroturihram tok imam. Semua makmun kusyuk mengerjakan solat masing-masing. Aku ambil saf belakang. Maklumlah, budak-budak lagi. Semua budak-budak dan orang muda duduk belakang la. Saf pun ada tiga baris saja sebenarnya pagi tu.

Suara Tok Imam pun bergemalah membaca surah Al Fatihah. Menusuk ke sanubari. Kami mengaminkannya. Sedang Tok Imam membaca surah lazim, tiba-tiba ternampak oleh aku kelibat sedang bergerak. Aku tak la peduli pun. Lantak la.
Tiba-tiba. SPLASHHHH!!!!

“Haaaa, nok sangat…kaco lagi keh…hambik aok!!!!” John Doe bersuara kepuasan. Lepas simbah Tok Imam dengan sebaldi air John Doe cepat-cepat melesat hilang entah ke mana.

Subuh tu Tok Imam mengimam solat subuh dalam keadaan basah kuyup. Menggigil-gigil suara dia. Beberapa budak termasuk aku memang dah tak boleh tahan lagi dah. Kami lari keluar dan ketawa mengekah-ngekeh.

Siangnya heboh la Tok Imam kampung kami kena simbah dek John Doe.


Nota Lutut: Sebenarnya ‘aku’ dalam kisah ni bukanlah aku. Untuk mudah ditulis aku ambil secara sudut pandangan pertama ‘aku’ sebagai pencerita. Ia kisah benar yang dah dimodifikasi la. Ia pengalaman waris aku kat kampung tu. Aku membuta saja di rumah masa tu. OK tak? Janji terhibur kan? Hahaha.

34 comments:

yoshz said...

John Doe tu bukan Pipiyapong?
Apsal aku terbayang dia?
Sama kampung kan?

alif-mikail said...

yoshz..
aok meme zalim..

bro rahimin..
ha ha ha.. lawak .. lawak.. (gelak guling2..)

ijan said...

tu la psl. aku mmg rase pelik skit dr awal entri bila ko kate ko g surau nk smbyg suboh. hihi...

Hajime said...

ah!
aku setuju ngan sultan...
rupenye org lain...
tp mmg care a john doe tu...
siap menyetankan tok imam lagi...
dem...

Fadh Rahman said...

nasib baik john doe simbah ngan air...klau ngan asid...mau cair tok imam tue...kah kah kah

fadzil hafiz said...

mmg slumber gile jon doe tuh!!pak imam tu yg jd mangsa...lepas tu mesti pak imam carik die nak karate tengkuk..

Wardrobe kita said...

gila klaka...aduh, skt gigi weh aku tahan gelak..gelak lbh2,skt!

Aduhai John Doe..sape la org tu..kena panah petir la buat imam mcm tu..hahhaa...

*aku gelak smp kol 12tgh..

ckin said...

apala nasib pak imam pagi tu ek...huhuhu..

dMasyri said...

sy br je nak komen camni..
'bgsnye kamu..pgi surau time subuh..tue ayah sy dh meningkat usia br buat..'
nsb baik sy bace smpi abes..
huhu..

kagum ngan org yg still smyg after tok imam kne simbah..
ramai x???

Umie said...

Haku pun memula impress arr konon2 pecaye ko masa kecik2 sgt baik pegi surau tp rupa2nye betul kata ustaz panther...ko mmg xtau kiblat tang mana...muahahhahaha

Ojie said...

ahh bang min..potong betul la bila baca sampai abes..aku baru nak kagum sbb ko begitu suci smayang jemaah..subuh tu weh..

tp xpe, aku tetap kagum ngn entri bang min nih..lawak memaksa gelak namanya nih..

tasekM said...

aku br nk puji ko p masjid..

Ki Kiey said...

klaka gle!

aku ktwa guling2 .
haha!

john doe tu bkn ko?

idiotique scarecrow said...

saspek arr kat john doe tu.

Anonymous said...

Thanks for this entry. Aku gelak dari start sampai last! Sabor je john doe. Kene maap kan dia... dia bodo. Kang kalu kita layan kita pong jdk bodo gak! Tapi kalu aku... lama da kasut saiz 8 singgah ke muka!

Denanz ... said...

fuhh ... brani giler john doe. tak respek tok imam.

Don Balon said...

Fuh.. nama pun boleh tahan ..
macam cerita koboi la pulak..

tapi pak imam pun kira bagus la teruskan jugak..
koi respek tok imam tu..

Anonymous said...

saya dapat bayangkan John Doe dengan segayung air. Dan dengan muka yang marah kerna diganggu tidurnya. Dan bila John Doe menyimbah air pada tok imam yang sedang memimpin jemaah solat. Dan bila tok imam,berhenti sejenak kerana terpaku dan bila John Doe sgt berpuas hati, dendamnya terbalas.

haha.aku ketawa.ketawa buat aku haus.aku nak air oren. haih.

Radius.F said...

cis,nasib baik di akhir cerita ko bagitahu perkara sebenar..haha..
pergh, perangai john doe ni mcm john rambo.
idup lagi ke dia?

l.i.f.e said...

ahhh min, potong ah! baru nak puji2, bagus budak rahimin ni. pegi subuh berjemaah. isks

tapi dgn orang mcm tu memang tak boleh nak sebarang je sebenarnya.

itu dia bawak air. buat dia bawak lain.

biskutrajin said...

sian tok imam...x kushuk solat dio 2 weh..

S.YanaZ said...

Mcm mana kapir buleyyy masuk mesjid? Siap tido 360 darjah lagiii...

Nama dia John Doe,kannn...

Anonymous said...

salam

hehe hehe klako la john doe... ingat da balik umah, upenya dia mennyelesaikan 'dendam' dia di'basahi' huhu kot orang normal... berani la sgt nak cam gitu kan... kekeke

man_helang said...

aku respek john doe tu...ha ha...gile hebat...dendam kesumat tu...

artsoul said...

kirim salam aku kat john doe tu...hahahah

Redz da Tsar said...

Aku dah agaak dah bukan ko...
Mustahil ko pergi subuh jemaah...
Haha...
Waris ko tue boleh pulak terperasan kelibat John Doe yerk?

Kantoi tak khusyuk..
Huhu

dzul said...

aku dah agak jon do mesti datang balik nak balas dendam..aku ingat dia nak mengamuk dah bawak kayu ke hape. mujur dia simbah air je..
dia tak sihat.. ape2 pun boleh jadi weh..

Danielle_Corleone said...

hahahaha! gua mampu gelak ja ni.

Anonymous said...

terhibur haku!hahaha...

Rahimin Idris said...

Yoshz,
Bukan la. Dia orang tempoyang.
[kau ingat pipiyapong tu sawan babi ke?]

Aliff,
Yoshz memang!
Guling sokmo aok ni.

Sultan,
Pernah juga pergi. Jarang2 la hihi

Hajime,
Tu la. Kesian tok imam.

Akumasihdisini,
Hahaha nak cari mana asid!

Qaseh,
Hahaha kalau bukan tok imam kena rejam dah john doe tu!

Ckin,
Hahaha nasib kurang best!

Dmasyri,
Eh, kau tak pergi surau? Haha

Umie,
Haih, aku tau la kiblat. Kat mekah la. Tengok mentari diufuk barat nu.

Ojie,
Hahaha terhibur ke?

Tasikmerah,
Tak yah puji. Tak bagus puji2 amal ibadat ni. Biar tuhan menilai. Cewah! Haha

Kikiey,
Haih, yg buruk2 je aku ek? Haha

Kusutkusut,
Saspek mendanya?

Kikure-hime,
Hahaha sama-sama!
Betul la tu. dia tak sihat.

Bro denanz,
Dia respek. Tapi tengah mimpi best! Haha

Don balon,
Koboi menda. Makan tempoyak tu hahaha

Aku yanhashim,
Woit, tak pose ek? Haha

Radius.F,
Hidup lagi dia. Kadang2 simpati tengok dia…

Life,
Eh, tak mau la kena puji2..haha

Biskutrajin,
A’ah. Mesti bengkek tu! haha

s.yanaz,
haih, jangan mengkafirkan sesame muslim. Orang arab tu nama arab tapi bukan islam pun ramai apa…

manje,
hahaha..ko jangan tiru tau?

Manhelang,
Hahaha macam setan!

Artsoul,
Hah, minat dia ke? Hahaha

Wan,
Hahaha aku ni jujur. Ngaku je aku malas jemaah!

Dzul,
Betul. Maafkanlah dia kan.

Danielle,
Hahaha woit lama menyepi!

Che sue,
Haih, orang Algeria! hahaha

Unknown said...

kah kah kah, john doe takleh bla

Rahimin Idris said...

kuih,
hahaha dia tak sihat la..

♥~ir@~♥ said...

baru aku nak rasa kagum kat ko sbb kecik² lg dah rajin pg surau jemaah suboh,,hampehh jer,,,

apapun,,kelakar giler,,gelak guling² kesekian kalinya

Rahimin Idris said...

ira,
hahaha tak rajinnya aku ni haha