Aku masa budak-budak kalau dulu ada dua puluh sen dah boleh hayun kaki ala-ala Warsaw dah. Apa lagi. Pekena ABC la. Kalau terasa nak makan keropok, beli ais kepal saja. Seposen lagi beli keropok. Ok la. Dulu keropok tebal-tebal. Sekarang macam bulu burung saja nipisnya. Baru pegang dengan jari dah retak bertabur.
Kalau tak kedai Pak Berahim, kedai Brader Atan. Selalu kedai Brader Atan la. Sebab dia selalu buat lawak bodoh. Tak lucu langsung. Tapi aku suka juga dengar. Bukan sebab minat sangat. Tapi sebab nak tengok tahap kebodohan lawak dia tu. Aku pun tak la gelak sangat. Gelak dua tiga das saja ambil hati. Meriahkan suasana serba sedikit. Kot-kot dapat keropok percuma. Kira berdikari dah masa tu kalau dapat rezeki macam tu.
Ada ke patut satu hari Brader Atan cerita kat aku perkataan ‘Thank You’ tu berasal dari dua perkataan Bahasa Melayu. Aku pun nak tahu la. Lalu dia pun cerita. Perkataan ‘Thank You’ tu berasal dari perkataan ‘Tin’ campur ‘Kayu’. Atau senang cerita ‘Tin Kayu’ la. Bodoh kan lawak Brader Atan? Tin tu pun asal kata Bahasa Inggeris la Brader Atan. Memang la aku sekolah rendah lagi. Tapi tak la setaraf tenuk sangat lagi.
Ada sekali tu Brader Atan tanya aku. Ingatkan dia nak uji tahap kebijaksanaan Bahasa Inggeris aku. Dia tanya lepas ‘one’ apa? Aku jawab la ‘two’. Lepas 'two’?. Aku jawab la ‘three’. Begitulah seterusnya. Tapi bila sampai lepas ‘ten’ aku jawab ‘eleven’, dia cakap salah. Aik, apahal? Cikgu B.I aku salah ajar ke? Tak faham aku. Lepas tu Brader Atan cakap lepas ‘Tin’(Ten), jatuh la ‘tin’ tu (kalau kita pegang tin, lepas tu lepaskan tin tu, jatuh la tin tu!). Mak aih, apa ke bangangnya lawak Brader Atan ni? Balik balik ‘tin’. Benci betul aku. Lahir dalam tin ke?
Dan suatu petang semasa Brader Atan sedang menyagat ketul ais aku pula teringin la nak bertanya. Aku order ais kepal rasa sarsi saja hari tu. Sebab ada seposen saja. Nak bagi nampak warna-warni macam selebriti sikit aku suruh campur oren dan sirap sikit. “Abang Atan, tak nak pindah duduk kat London ke?” aku mulakan dialog tak berfaedah petang tu.
“Nak buat apa nak pindah duduk London?” Brader Atan bertanya sambil menyagat.
“Meniaga ABC ngan Ais Kepal kat sana la. Mesti laku sebab Abang Atan lucu. Modal air batu pun tak payah keluar. Kutip je salji yang bertabur tu. Beli sirap, oren dengan sarsi je. Untuk ABC, macam biasa la Abang Atan. Keropok jangan lupa nanti!”
Kalian rasa Brader Atan dah ada kat London meniaga ais kepal tak sekarang ni?

31 comments:
mane ade meniaga dah skang...
dah jadik tokay!
goyang kaki...
lgpun kene tunggu musim sejuk...
kat mane pun dia berada aku rase dia tgh jaja lawak tin bodo dia tu lg. haha...
Brader Atan ada kat Central Market,KL..ahli muzik katanya sekarang..
Dia da x ske sejuk2..x cool katanya..
dan 1 lagi, dia da x buat lawak tin..dia buat lawak logam bumi beralkali dah..
CANGGIHKAN DIA..??
tak kisah lah kat mana pun brader atan. saya doakan dia bahagia dan kaya raya.mungkin dah jadi politikus sekarang.
haha-aku ketawa tertahan-tahan sebab dalam library. aduh.tak boleh berhenti ketawa.
haha
Aku dengan ini menyokong Yanhasmin... Mungkin dah jadi ahli politikus kot..
Haha...
Ahli politik kan perlu pandai buat lawak bodoh...
Jap,
Min, esoklah ko akan ditabalkan jadi Pm Jerantut,kan?
Gud Lurk...
Hahaha...
Haku syak atan tu dah pi London & belajar ilmu lawak bodo style omputeh.. Bila balik Mesia bole dia praktikkan dpn ko lagi tp dengan slang omputeh..jadi ko xkan kutuk dia wat lawak bodo lagi sbb ko akan panggil "uishh,ni lawak omputeh nie bang atan"...hikssss
hahaha....
suko selok kawe...
wei...aku tak dan baca...cc dah nak tutup lah plaks...ha ha ha...lain kali lah aku baca key...k apa atleast aku komen gak kan ha ha ha...cow...
apo barang soh niaga kat london..tu ikut musim..tak solid aa bisnes...soh je dok antartika nun..koman2 bley blaja bhs beruang kutub..paling extreme, bley jumpa santa claus..hebat!
Rahimin, aku teringin nak nengok ko kawad ala WARSAW... mesti comel kan? kan? kan?
london menda, dia jual ayam golek madu dah skang ni kat bazar ramadhan bandar pusat.
brader atan dh gile duk golek tin kat jalan...
amboiii minnnn..tahap imaginasi kamu melampau lah!
dia rugi teruk tau tak kalau meniaga ais kepal kat london tu. dah lah winter 3 bulan je. snow pun tak tentu turun kat london tu. haihhh :))
aku tau, aku tau!
die da jadik tokey tin lah..
huhu
aku rasa laa kan...brader atan skrg nie dah kaya raya kat London...bukan jual ais kepal tapi jadi pelawak...Mr.Bean tue brader Atan laa...dia dah buat pembedahan plastik...
aku rase die dh ade kt old trafford la, jual ais kepal kt players MU..hahah
ais kepal? huhu rindu ar..zaman skrg mana la nk carik ais kepal tuh kan..
bang min, kalo buat rumah terbuka raya nnt, jgn lupa jamu ais kepal ek..hahaha
Member aku jual cendol dekat org eskimo. Mampos org eskimo tu ngilu2 gigi..
apesal aku tak penah makan ais kepal ek? aiskrim goreng pun aku blum mkn lg..kat mana nk carik?..
kalau kat london, apa agaknya nama kedai Abang Atan?
aku rasa dia sudah jadi usahawan ais kepal MLM
pergh...bley cite pasal ABC plak bulan pose2 nih!!!tekak aku kering la weiiiiii.....
hahaha..
siot, tiap kali aku pikir kat mana brader atan berada, kepala aku terbayang ABC. mati pikiran macam ni.
hahaha..
sekarang keropok lekor mcm apa tah.
dah la seringgit 5.
ala, brader atan tu ada g meniaga kat jengka..die segan nak g london setelah mendengar soalan n idea busuk ko pasal ais kepal tu..tapi die dah berenti la wat tebiat lawak bodo tu..hahahah..
aku dah baca wei...ha ha ha...aku ingat dia dah ade kat london la skang nih...menyahut cabaran ko tu...
dia dh jual murtabak la ni...
Sdr. Rahimin,
Saya rasa Brader Atan dah round the world dengan kapal bersama-sama ais kepalnya.
Brader atan ni pakar bahasa la ni ek. hahaha!
Min,
tak baik aok ngumpat dier bulan poser gini..hehe
Hajime,
Ala, kat mimaland tak payah tunggu musim sejuk ada salji. Haha
Sultan,
Dia ada macam2 la. Betol. Kau tak kenal dia. Haha
Qaseh,
Hahaha dia mana reti main muzik la. Ketuk2 tin boleh la.
Aku yanhashim,
Woit, jangan buat bising dalam library la!
Wan,
Belum jadi PM ni. Aku terpaksa anjak lepas raya haji nanti! Haha
Umie,
Eleh, lawak omputih bukan bes. Lawak tamil lagi bes!
Hafiz mowk,
Hoh, koho sikit suko tu abey!
Man helang,
Kau jangan melampau man! Hahaha
Che sue,
Kau ingat brader atan tu Putera Umno Mat rempit ke?
Kikure-hime,
Hahaha dulu pernah buat. Masa ada fahaman kekirian sikit!
Poyotitos,
Ayam kat simpang kilang ALPS ke? Hahaha
Apek,
Kau jangan main2 pek!
Life,
Hahaha ala, kumpul la banyak2. export ke Malaysia!
Jac,
Hahaha salah la. Dulu dia tauke batu blok!
Akumasihdisini,
Woi, mr.bean tu idola bro zuldeanz tu!
Biskutrajin,
Hahaha dia tak minat MU la!
Ojie,
Eh, ada lagi la. Kau sagat la sendiri! Hahaha
Yoshz,
Ha’ah. Orang Eskimo jual cendol macam aiskrim kan?
Dzul,
Eh, depam megamall kuantan ada kan?
Brodenanz,
Entah la. Satan brothers kot! Hahaha
Rajuna,
Haih, kau dah join MLM ke? Ajak Qaseh Darwisy la. Dia tengah galak MLM tu. hahaha
Padel,
Eh, memang tujuan aku nak buat kau tergoda kat ABC ni. Hahaha
Rdius.F,
Hahaha beli la petang ni.
Haah, teruk betul keropok skang ni. Kau beli dua batang, goring sendiri. Puas hati!
Ckin,
Hahaha busyuk sangat ke idea aku?
Manhelang,
Haaa..mujur dah baca. aku nak karate dah tadi! Hahaha
Tasikmerah,
Hah, ramai sangat orang jual murtabak kak. Haha
Puan ritah,
Hahaha yang naik kapal tu orang lain. Patutnya saya naik kapal ALAM tu. tapi hajat tak sampai! Haha
Daniel,
Haha ye kot. Banyak lagi lawak dia. Dulu tak lucu. Skang rasa lucu pulak. Hahaha
Don balon,
Hahaha raya nanti salam la.
Jawapan dia yang sebenarnya,
14 ramadan hari tu, masa aku tulis entri ni, teringat peristiwa tahun 1990 dulu. Rumah jiran aku iaitu arwah ayah dan mak brader Atan tu terbakar hangus. Ia sekaligus melingkupkan bisnes Brader Atan tu. memang sedih. Lepas tu dia merantau dan jadi drebar Van rokok kat jerantut. Sesekali aku terjumpa juga dia. Sekarang dah lama tak nampak. Raya nanti ada la balik tu. tapi lawak bodoh dia sampai hari ni selalu buat aku jem! tapi harap dia sukses juga la. Hahaha
Post a Comment