Aku bukan peminat telefon genggam. Kalau bukan sebab untuk kerja tak nak aku guna. Mengganggugugat kadang-kadang. Boleh buat dan terima paggilan, boleh SMS cukup. Setakat telefon genggam ada kamera 80 mega pixel ke, MP3 ke, MP39 ke, 3D ke, 4Z ke, radio ke, TV ke, basikal ke, sabit ke, motobot ke peduli apa aku. Jadi beli saja yang murah.
Pakai telefon genggam mahal-mahal pun susah juga nak jaga. Aku kerja lasak. Jatuh jangan cerita la. Selalu. Jatuh dalam sungai pun pernah. Hilang pun pernah. Jadi aku beli saja telefon yang harganya RM130.
Tapi entah apa sial minggu lepas telefon murah tu jatuh lagi buat yang ke sekian kali. Kalau jatuh atas nasi tak ada hal. Boleh kutip pakai mulut saja. Ni dalam lubang mangkuk tandas tu. Apa la nasib. Nak tak nak kena la seluk juga. Mujur dah lepas pam. Naik-naik dah kojol. Tak tergamak aku nak buat CPR. Aku basuh dan renjis-renjis ala-ala menepung tawar. Lap-lap dan relai satu-satu. Kemudian letakkan di tepi exhaust fan. Lepas dua jam aku cantum dan hidupkan. Bernyawa semula. Bagusnya!
Tapi masalahnya tombol nombor 4 dan huruf G, H, I tu pula susah betul nak tekan. Macam nak tekan paku tekan ke dinding baru terbit. Susahlah la nak SMS rakan cop kalau berlaku apa-apa. Macamana ni? Macamana aku nak sms rakan cop? Sebab nombor rakan cop pun aku tak tau.
Aku pun beli la telefon genggam baru. Harga murah punya juga. Tapi skrin warna-warni la. Kad SIM lama la. Telefon lama tu pun masih boleh guna dan baunya tak busuk pun. Aku beli housing baru warna merah metalik sekali. Dan sarung. Ingat nak guna dua. Saja-saja. Sebab cuping telinga ada dua. Kalau ada 18 aku beli la 18.
Sampai rumah mak pula minat. Adoi la. Tak tergamak rasa nak beri mak telefon yang terjun tiruk dalam mangkuk tandas tu. Lagi pun mak bukan pernah guna telefon genggam pun. Guna telefon rumah dah la mak. Mak tak minta sangat . Tapi kawan-kawan mak semua dah ada henset walaupun tak reti guna. Senang nak telefon anak-anak. Nak telefon awok suruh beli kuih di pasar Ramadan nanti pun senang. Anak-anak pun senang nak telefon mak kalau mak pergi mana-mana. Itulah cakap-cakap mak. Aku faham la. Puasa lambat lagi mak.
Aku belikan juga kad SIM baru dan beri pada mak esoknya. Tak bengang pun. Apa la sangat dengan mak. Ajar mak lebih kurang macamana nak guna. Simpankan nombor-nombor telefon orang lain yang penting-penting. Itu pun aku tak bengang. Mak cepat tangkap. SMS memang mak tak reti-reti la sampai hari ni. Sampai bila-bila pun tak reti agaknya. Mak, berusaha! Itu pun aku tak bengang juga. Biarlah. Asal mak senang hati cukup la. Walaupun mak sekolah sampai darjah dua mak rajin membaca, dengar Kasik Nasional dan Pahang FM. Mak pandai dan kretif.
Yang aku bengang lepas ajar dia macamana nak buat dan terima panggilan malam tu. Dia cakap nak pergi tidur. Tiba-tiba telefon rumah berdering. Aku nak bangun dan jawab.
“Mak la talipon tu. Hahaha.” Mak gelak bukan main-main sebab dah pandai buat miscal. Yeee..tak siap la draf cerita seram aku ni nanti. Entah apa la yang mak nak buat lagi tu nanti. Tapi dia bangun dan nak ke bilik tidur juga. Bagus la. Tiba-tiba…
“Bang SMS siapa ini bang, bang pesannya pakai sayang-sayang…”
Arghhhh apasal mak nyanyi lagu dangdut SMS kenduri kahwin tu! Walaupun Kristal dah buat rock aku benci juga. Kalau Metallica buat metal pun aku tetap benci. Benci tapi tak rindu!
p/s: Mak aku orang kampung dan dah tua. Kadang-kadang aku terasa nak merantau jauh-jauh. Tapi tak sampai hati. Kalau boleh aku nak pandang mak hari-hari. Aku rasa semua anak pun mungkin macam tu. Kalau ibu kalian masih hidup di kampung, apa kata telefon dia sekarang!
p/s: Mak aku orang kampung dan dah tua. Kadang-kadang aku terasa nak merantau jauh-jauh. Tapi tak sampai hati. Kalau boleh aku nak pandang mak hari-hari. Aku rasa semua anak pun mungkin macam tu. Kalau ibu kalian masih hidup di kampung, apa kata telefon dia sekarang!
24 comments:
lagu SMS(yg original punya. bukan yg metal,apa barang?) tu memang playlist rumah sewa aku selain dari lagu Kucing Garong. Kira kalau kau pergi rumah aku dah macam rumah mendut bina-binaan.
lagu ni layan beb. buleh buat pujuk awek kalau masam muka. sumpah dia cubit peha kau. auww
Tetiba aku rasa sedih Bro.,
Ah, aku dh takde makkk.
Pandanglah muka mak tiap-tiap hari, sebelum kita tak lagi dpt memandangnya...
Serius sedih nih,beb!
Akupun seperti cikgu s.yanaz juga... terasa sedey sbb dah jadi yatim piatu sejak dari kecil lagi.....
Apa nombor mak lu?
gua nak buat² suara hantu kacau mak lu.
dia takut tak?
Saya sgt setuju dgn Awak. Dunia saya ialah parents saya... esp. MAMA. I dunno wut 2 do if i dont have them...
Salam...
Cerita nie memang best...
Menyentuh jiwa dan hati nurani...
Tentang telefon genggam, memang aku sokong ko seratus peratus... Aku gune hp yang mane bleh ambik panggilan dan hantar sms jer... Aku tak bernafsu la dgn kamera, mp3 dsb... Tapi ok gak... Hp aku skrg ni maseh sehat dan sedap digunakan... Hehe... Pernah sekali tue, aku mereput (merempit macam nak maut)hp jatuh, habis berparut skrin macam ketua kongsi gelap plak parutnye... Tp, die masih hidop... Haha...
hahaha! cayalah gua jugak bukan peminat telefon genggam.
sbb tu la aku balik kg jugak biasanya 3 mggu skali. Minyak parak pn aku tak kisah..
memang...kalau bukan sebab kerja, tak adanya mau guna h/p
mak memang kan. suka2 buat misscall.suka2 send sms kosong. bila kita tanya, jawabnya saja nak suruh kita call dia semula. haihhh...mak memang sentiasa manusia yg sweet kan
kita sama. Aku pernah dua kali beli telefon mahal. Satu hilang kena curi. Satu lagi, jatuh dalam mangkuk tandas. Aku flush - lepas tu, terus handphone tu jadi bengong. La ni aku guna telefon yang praktikal: murah dan tahan lasak. Beli telefon mahal-mahal - kalau hilang sakit hati. Lepas tu mudah rosak. Telefon bimbit murah, tahan lasak.
:-)
:-(
mak ada ler segala²nya bagi kita,,tanpa mak siapa ler kita,,
Post yang bagus...
nk gak mak ko blajo pkai hp tu. mak aku dah siap dibelikn hp, sim kad tp x nk gak dia pkai. argh...!!!
rajuna,
lagu engkang-engkang bang juna tak layan? ih! ih! ih! haha
s.yanaz,
sabar la weh..
zuldeanz,
masih ada yang sayang padamu..
yoshz,
hahaha di gelak je. lepas bagi debu tuju-tuju kat kat lu!
kikure hime
kita sebahagian dari mereka..
redzwan,
merempit? ah, apa kelas. makan rempeyek lagi sedap!
danielle,
hahaha talipon bimbit bukan best pun.
zul,
ah, minyak apa la sangat. kau memang bagus!
life,
mak? masak sour sweet pun pandai! haha
lutfi,
siapa cakap barang murah tak berkualiti? haha
ojie,
laaaa, ni apa hal senyum, pastu sedih pulak? sesekali buat entri menyentuh hati apa salahnya kan? haha
ira,
tanpa mak? tak ada la kita ira weh!
alif,
terima kaseyyyy!!!
sultan,
kau je la yang pakai! hahaha
bro...aku ingat ko nih pandai wat lawak, blaja dr mak ko lah...aku ngan mak aku memang langsung takleh nak marah...ade sesiapa berani marah aku sembur2 tang2 tu gak...lg pun mak aku kurang bercakap...lg satu dia ade hp tp tak reti guna...mak aku tak pandai baca rumi, jawi leh la...ade tepon pakai uruf jawi tak???aku nak beli a...
Akak link blog ni. Rahimin memang anak emak yg baik dan mengenang jasa. Alhamdulillah.
man helang,
hah, ko tak tengok lagi mak aku marah. takut aku. hahaha
deehan,
ni sis deehan betul ke bro denanz ni? ragu-ragu saya hahaha
kalau sisi deehan tak apa. kalau bro denanz siap la! hahaha
min,
itu btul punya sis deehan. so, gua selamat dari kena silambam. haha.
denanz,
bro, nasib lu baik ini kali! haha
salam kat mak ko...tiba2 lak pupolar mak ko nih..alaa, skang ni smua org da pakai hp..mak ko pn x nk ketinggalan la..bgs la ko kasi mak ko hp tu...
baru ni aku offer kat nenek aku hp..mcm berminat jea dia...tapi x kan aku nk kasi kot..nk charge pn dia x tau..usahkan nk buat kol...nenek ku syg btl la..
qaseh,
la, ko dah offer? ko tak nak bagi pulak? bagi je la..baik ikut cakap aku kalau sayang nenek. nenek aku dah tak ada taw! aku rindu dia.
kau dah pindah tempat ke? bos marah lagi baca blog aku?
Aku da pindah bro...smlm baru aku dapat pc wei...ssh btl la cni...smua x complete lg..bos cni lg garang bro..x brani sgt aku nk bc blog ko nih...kalo baca pn aku banyk skip part2 yg bleh buat aku gelak mcm hantu..
dari aku bagi hp kat nenek aku bro, baik aku beli mesin urut..lagi bermakna idup dia..cerah skit masa depan dia dapat urut tiap2 hari..
Post a Comment