Monday, August 4, 2008

Bukan Kisah 18SX: Mulanya Aku Malas Nak Cerita!

1997 semester pertama aku di Polytechnic of New Castle . Sebilik dengan seorang mamat Perak. Nama dia memang tak ada langsung bunyi-bunyi Joe. Budak-budak panggil Joe Janggut. Sebab jongang dan berjanggut. Budak Diploma Mekanikal Pertanian. Aku Diploma Kejuruteraan Awam. Kami sebenarnya tak berapa ngam.
Hari tu ada acara buat bubur Asyura. Aku bukan peminat Asyura. Pergi juga sebab acara wajib kunun. Ada sembelih lembu. Kenduri-kendura la. Masa makan memang ramai. Lepas tu sekejap saja dah ghaib. Kurang asam punya malaun. Tak boleh jadi. Aku pun kena ghaib juga la ni. Joe pun sama. Apa punya joe. Kerja tak senonoh pun nak tiru?
Tapi pelarian kami tu tak ke mana. Lari ke bilik memang la tak selamat. Bilik pula depan tempat buat majlis tu. Tingkat bawah pula tu. Kalau bilik kami lokasinya di Semenanjung Gaza atau atas gunung Kinabalu warden yang cari kami tu susah sikit la. Dia ke tingkap bilik dan panggil kami turun semula.
“Kamu berdua. Minta tolong cuci pantat kawah dan periuk-periuk tu. Lepas tu tolong hantar ke stor.” Warden tu dengan muka selamba menagih pertolongan kami.
“Beres Encik.” Jawab aku dengan gaya paling meyakinkan. Joe pula tergaru-garu sambil sengih-sengih lepas warden tu pergi. “Apahal? Jom la. Ke nak lari juga?” aku tanya Joe yang dah macam mabuk gam pula tu.
“Pantat?” Joe jawab tanya aku dengan tanya pula. Laa, itu pula yang dipeliknya.
Walaupun aku baru sangat di sini, tapi aku sebenarnya dah biasa juga dengan budaya orang Kelantan ni. Aku orang Pantai Timur dan membesar pula di Felda. Di Felda jangan kata orang Kelantan, Johor, Terengganu, Perak, Jawa, Banjar, Bugis, Cina, India dan entah dari mana lagi pun ada. Kalau di tempat lain perkataan tu dianggap mencarut. Tapi di kelantan tidak. Biasa saja.
Memang ada dalam Kamus Dewan pun. Ia bermaksud bahagian dasar atau paling bawah. Contohnya baldi ke, periuk ke, cerek ke. Apa-apa la kan. Begitulah penerangan aku kurang lebih pada Joe. Dia angguk-angguk faham. Muka pun nampak macam semangat pula. Tapi aku gagal baca apa ada dalam kepala Joe.
“Hoi, payah betul nak cuci pantat kawah ni. Tebal bukan main kerak kat pantat dia.” Tiba-tiba Joe bersuara. Perkataan pantat tu pula bukan main-main kuat la di sebutnya. Saja nak bagi orang lain dengar. Serius pula tu mukanya. Beberapa orang budak perempuan yang berada di situ berpandangan sesama sendiri. Budak-budak perempuan yang asal Kelantan mula bengang. Tuduh Joe sengaja menghina bahasa mereka. Budak-budak lelaki dah mula gelak-gelak.
“Hah, tu apa lagi tu. Cuci la pantat periuk, belanga, baldi, besen, cerek tu semua. Jangan nak harapkan aku je cuci pantat-pantat benda ni semua.” Joe mula buat bising macam orang hilang pedoman pula. Arahkan pula budak-budak perempuan yang ada di situ buat kerja. Perkataan pantat sengaja diulang-ulang dengan volume yang tinggi. Gelak budak-budak lelaki makin kuat.
Tak sanggup aku berkawan dengan Joe hari tu. Entah apa-apa. Memang lucu. Tapi bodoh sangat. Dan untuk uji ilmu ninja dalam dada, aku pun ghaib dan muncul di Kafetaria untuk lepak bersama kawan-kawan beberapa minit lepas tu. Ha. Ha. Ha.

Nota Ajaib: Aku tak faham sampai hari ni, kenapa tak lama lepas tu Joe Janggut masuk geng Tabligh?

19 comments:

ZulDeanz said...

hahahahahha.... hari ini kakak sebelah aku tegok aku kena gelak sorang-sorang depat monitor...hahhhahha ...dan... aku terus gelak sorang-sorang

sultan said...

sgguh biru kpala hotak joe tu. hahaha...

man_helang said...

bro...kalau kat perak nih org bahasakan dri awak tu sy...lg haru, 'awak nih bodoh, blaja takat darjah 2 je'...ha ha ha...kalau org tak phm ingat dia mengata kita...sebab tu kadang2 bila aku ketempat org aku lebih suka diam...takut tersilap phm...

♥ira♥ said...

kat sabah nih,,pantat tuh tak di kira 18sx pun,,

budak² pun sebut perkataan tuh yg bermaksud montot

Ojie said...

hahaha..
aku ingat cik pan itu sgt 18sx maksudnya..
nk sebut pn segan..
hehehe..

ko wat dip kt kota bharu ek?
zaman bila tuh?

alif-mikail said...

epidemik sungguh.. semua mula berkarya cerita lalu.. ekekke.. teruskan..

Siapa pula nak cerita lepas ni. .. silakan silakan..

denanz said...

bro min, kwn gua, asal melatah jer sebut pantat ... "oh pantat kau". jd bila dlm lif, dia pastikan tidak berada berhampiran kekawan yg suka mencocok supaya dia melatah, nak2 pulak dlm lif tu ada org yg x dikenali. kekadang ksian kat dia. tapi bila pikir balik, apasal "pantat" jer disebut bila melatah. sebut la benda lain ... biawak ke, keldai ke ...

Dzulkarnain Mohamad said...

hahaha..joe janggut mmg hati kering

yoshz said...

Joe janggut tu masuk tabligh pasal dpt mkn free kat masjid. lgpun dia insaf psl baca mastika banyak sangat.

Kikuri-hime said...

Alamakkk... malunyee *blush*... Tp kat indon, perkataan tu actually refer to backside bkn 'frotside'. Anyway, kita kan kat msia.. Hhehehehe...

Ojie said...

nape tuan rumah ni tak membalas komen2 kami..bz sangatkah dia?
hahaha..

rahimin idris said...

zuldeanz,
hahaha ajak kakak tu baca sekali bro hahaha

sultan,
bukan biru je..macam-macam warna ada haha

man helang,
ha, aku tau pasal tu. aku pun suka diam je haha

ira,
kat pahang pun biasa juga. tapi budak-budak muda tak biasa guna. hehe

ojie,
cik peter pan ka? haha
tahun 97. zaman pas lagi tu. haha

alif,
memang epidemik kot..kau pun sama haha

denanz,
tah la. tak faham saya. saya tak latah..bro denanz sebut 'maya karin' ek? hahahha

dzul,
bukan hati kering. gila glemer tu! haha

yoshz,
salah. pensyarah kami dulu ramai mat tabligh. jadi dia selalu dapat markah tinggi! huhu

kikure-hime,
aik, jangan la malu. salah faham bahasa je haha

ojie,
memang sibuk. sabar la. haa, baca la. print sekali taw! hahaha

alif-mikail said...

Bro rahimin..
Koi siap save masuk pdf.. kot nanti blog bro nak buat buku koi dah ada copy.. heh!

rahimin idris said...

alif,
woi, ko nak kena saman? hakcipta terpelihara tau! hahaha

S.YanaZ said...

Haaaiiiiiiiiipppppppppppp!

Dah..dah...aku dah karate si JJ tuhh.
Amboiiii...menc.u.r.a.t lak dia sambil basuh periukkk.

ha.ha.

Danielle_Corleone said...

dia insaf sbb malam tu dier mimpi tat ria datang dalam hidup dia!

rahimin idris said...

s.yanaz,
karate je? bakar je sekali! haha

daniele,
kuih tat ria? haha

pakcik kordi said...

kurang pahala pose koi gelok sambil sawan buih bce entry aok ni.koi rasa nk bg dagu² dkt aok klu aok dkt.kekekeh!

Nerzhul said...

hahahaha nak kate lucah macam tak lucah. joe memang gentlemen la. selamat berdakwah joe.